CHAPTER 30

4K 387 83
                                    

Yeoreum melabuhkan punggung diatas kerusi diberanda biliknya. Peristiwa seminggu yang lalu dimana dia meminta untuk memutuskan pertunangannya dengan Jeon Jungkook masih segar dalam ingatannya.

 Peristiwa seminggu yang lalu dimana dia meminta untuk memutuskan pertunangannya dengan Jeon Jungkook masih segar dalam ingatannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selama seminggu, dia langsung tidak melawat lelaki itu dihospital. Ada juga Puan Han bertanya kenapa dia tidak melawat tunangnya, namun dia hanya berdiam diri.

Entahlah, dia bagaikan sudah tawar hati dengan lelaki itu.

Perasaan cinta masih ada namun rasa sakit hati mengatasi segala-galanya.

🍁

Puan Han melangkah untuk membuka pintu tatkala lonceng rumahnya ditekan.

"Siapa pula yang datang?" Soalnya didalam hati. Jarang sungguh rumahnya menerima tetamu pada waktu petang begini.

"Eh, Puan Jeon." Sapa Puan Han bersama senyuman manis. Ingatkan siapa tadi, rupa-rupanya Puan Jeon yang yang datang ke rumahnya.

"Maaf kalau saya menganggu masa Puan Han dengan Yeoreum pada waktu petang begini. Tapi, saya betul-betul mahu berjumpa dengan Yeoreum." Kata Puan Jeon bersama senyuman kelat. Walau apapun yang terjadi, dia mesti pujuk gadis itu. Sudah seminggu gadis itu menyebunyikan diri dan seminggu juga Jungkook berdiam diri.

"Puan Jeon masuklah dulu. Saya panggilkan Yeoreum sekejap."

"Terima kasih."

Puan Han melangkah menaiki tangga buat kesekian kalinya. Ramai pula orang hendak bertemu anak gadisnya hari ini.

"Yeoreum, Puan Jeon nak jumpa kamu." Kata Puan Han diluar bilik Yeoreum.

Yeoreum membulatkan mata tatkala kata-kata mamanya bermain ditelinga. Puan Jeon datang? Takkanlah dia sudah tahu yang Yeoreum ada masalah dengan anaknya?

Pantas dia turun dari katil lalu membuka pintu biliknya.

"Mama biar betul?!" Soalnya tiba-tiba.

Puan mengurut dada. Terkejut dengan terjahan anak gadisnya.

"Betullah. Dia ada dekat bawah sekarang tengah tunggu kamu. Cepat turun. Tak sopan biarkan tetamu tunggu lama-lama."

Yeoreum hanya mengangguk. Dia menghantar mamanya yang berlalu pergi dengan pandangan mata. Dada di bahagian kirinya disentuh. Ya tuhan, kenapa dia berdebar sangat sekarang ni?

Yeoreum menarik nafas dalam. Mungkin Puan Jeon datang sebab rindukan dia? Atau mungkin sekadar datang melawat sahaja.

Yeoreum menuruni anak-anak tangga perlahan. Dalam hatinya tidak berhenti-henti berdoa agar apa yang difikirnya tidak menjadi kenyataan.

Figura Puan Jeon yang sedang duduk di sofa diruang tamunya menyapa mata. Buat kesekian kalinya, Yeoreum menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now