CHAPTER 47

4.1K 399 94
                                    

p/s : nma mama kim jineul sya ltk nma puan kim tau..sbb kalau guna puan han tkut trtukr dgn mama yeoreum.

"Kenapa awak tak bagitahu ibu yang kita dah tak ada apa-apa?" Soal Yeoreum setelah lama berdiam diri.

Jungkook memalingkan wajahnya.

"Sebab saya nak teruskan perkahwinan kita." Balas Jungkook jujur tanpa seoindung lagi. Cukup, dia sudah tidak mahu mendera hatinya lagi. Dia tidak mahu mempertaruhkan cintanya demi memuaskan hati pihak lain.

Yeoreum ketawa sinis.

"Awak dah gila ke apa sebenarnya?" Yeoreum menggeleng kepalanya perlahan. Baginya, Jungkook seorang lelaki yang tidak tetap pendiriannya. Sekejap mahukan itu dan sekejap mahukan ini. Pendiriannya tidak tetap dan teguh.

"Awak cakaplah saya gila atau apa pun, apa yang saya tahu, saya nak awak balik." Jungkook memberhentikan keretanya dipinggir jalan. Wajahnya dikalihkan ke sisi lalu tangan Han Yeoreum dipegangnya.

"Please Yeoreum, terima saya balik. Kita teruskan rancangan kita. Kita kahwin." Jungkook memandang wajah Yeoreum dengan penuh harapan. Berharap agar gadis itu menerimanya kembali.

"Saya tak nak. Saya dah tawar hati dengan awak. Awak tiada pendirian. Sekejap awak mahukan saya, sekejap awak mahukan Jineul. Dan tak mustahil kalau saya terima awak kali ini, awak rosakkan peluang itu untuk kali yang ketiga." Yeoreum memalingkan wajahnya ke arah tingkap. Tangan yang berada didalam gengaman Jungkook ditarik perlahan.

"Tak, kali ini saya betul-betul nak teruskan perkahwinan kita. Saya nak kahwin dengan awak dan bukannya Kim Jineul." Jungkook merayu lagi. Dia sedar bahawa tiada perempuan yang dapat menggantikan Han Yeoreum dihatinya dan hanya Han Yeoreum sahaja yang layak bertakhta dihatinya.

Diam. Yeoreum tidak mengeluarkan apa-apa kata putus.

"Yeoreum, please. Saya merayu. Kita teruskan perkahwinan kita ya?" Pujuknya lagi.

Yeoreum menghembus nafas lama. Hatinya tidaklah sekeras mana. Rayuan adalah kelemahannya. Dia paling lemah apabila orang merayu pada dirinya. Lihat sahajalah dulu, dia sanggup melepaskan Jungkook tatkala Kim Jineul datang dan merayu pada dirinya.

"Bagi saya masa." Hanya itu yang keluar dari mulut Han Yeoreum.

Jungkook menghembus nafas lega. Sekurang-kurang gadis itu tidak menolaknya mentah-mentah. Apa yang dia tahu, dia masih ada peluang untuk memenangi hati gadis itu kembali. Walaupun sinar harapan itu tidaklah cerah mana.

"It's okay. Take your time. Saya akan tunggu."

🍁

Jineul mengambil pisau lipat yang disembunyikan didalam laci meja. Perlahan-lahan, senyuman sinis muncul diwajahnya.

"Kau cabar aku?" Jineul bermain-main dengan pisau lipat itu.

Seketika kemudian, air matanya jatuh.

"Apa kurangnya aku?!" Tepiknya kuat didalam bilik.

"Apa lebihnya Han Yeoreum, Jeon Jungkook?!" Tepik Jineul bersama linangan air mata. Pisau lipat didekatkan pada pergelangan tangannya.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now