CHAPTER 32

4.1K 395 59
                                    

p/s : abaikn typo pliss😂

Yeoreum tersenyum sambil memandang pantulan dirinya di muka cermin. Sebentar tadi Jungkook mengajaknya untuk keluar berjanji temu, katanya sudah lama tidak keluar bersama. Tanpa berfikir panjang, Yeoreum memberi kata setuju. Teringin juga melakukan night date bersama lelaki itu.

Bukan senang mahu keluar bersama lelaki itu, selalunya Jungkook lebih memilih untuk keluar bersama Kim Jineul berbanding dirinya.

Lipbalm berperisa strawberi dioleskan nipis dibibir merah jambunya.

Setelah berpuas hati dengan penampilan dirinya, Yeoreum pantas melangkah menuruni tangga.

"Yeoreum nak keluar ke malam-malam macam ni?" Soal mamanya yang sedang duduk di sofa diruang tamu.

"Haah, Yeoreum nak keluar dengan Cikgu Jeon."

"Jangan balik malam sangat. Tak elok." Nasihat Puan Han.

Lega hatinya apabila Yeoreum dan Jungkook berbaik semula. Risau juga jika mereka berdua benar-benar ingin menamatkan hubungan mereka berdua. Tapi syukur, Jungkook dan Yeoreum tidak memilih jalan itu sebagai kunci kepada jalan penyelesaian masalah mereka.

"Okay ma. Yeoreum pergi dulu." Yeoreum memeluk Puan Han lalu menciun pipi kiri Puan Han sekilas.

"Hati-hati."

"Ya!"

Yeoreum melangkah keluar dari perkarangan rumahnya. Keluar sahaja dari pintu pagar kecil rumahnya, figura seorang lelaki yang tinggi menyapa mata. Siapa lagi jika bukan Jeon Jungkook si kekasih hati.

 Siapa lagi jika bukan Jeon Jungkook si kekasih hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cikgu Jeon." Panggil Yeoreum.

Jungkook yang sedang melihat telefon terus mengangkat wajahnya.

"Dah siap?" Soalnya bersama senyuman manis. Coat panjang di badannya dibetulkan.

Coat panjang yang berwarna hitam itu sungguh padan apabila dikenakan di badan tegap Jeon Jungkook, sedikit sebanyak Yeoreum tergoda.

"Dah." Yeoreum mengangguk. Pipinya sedikit memerah apabila senyuman manis tidak lepas terukir dibibir Jungkook.

"Jom." Jungkook menghulurkan tangan kanannya. Sebelah keningnya diangkat bersama senyuman kacak.

Yeoreum terkedu. Darah merah menyerbu muka. Sungguh dia malu.

"Umm, jom." Gadis itu menyambut huluran tangan Jungkook dengan gugup.

🍁

Yeoreum melemparkan pandang keluar tingkap kereta tatkala Jungkook memberhentikan keretanya dihadapan sebuah kedai serbaneka. Takkan nak date dalam kedai serbaneka?

"Cikgu nak buat apa dekat sini?" Soal Yeoreum pelik. Jungkook yang sedang membuka tali pinggang keselamatan dipandang.

"Rahsia." Kata Jungkook.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now