CHAPTER 5

4.5K 511 39
                                    

Yeoreum menuruni tangga rumahnya perlahan. Tangan dimasukkan kedalam poket hoodie bewarna brown yang dipakainya.

"Ma, Yeoreum pergi kerja dulu." Kata Yeoreum apabila melihat mamanya yang berada dimeja makam untuk minum petang.

"Minum lah dulu Yeo." Ajak mamanya.

Yeoreum duduk dihadapan mamanya. Tangan menuang teh lemon yang tersedia diatas meja kedalam cawan.

"Yeoreum tak penat ke kerja lepas balik sekolah?" Soal mamanya prihatin.

Sudah dua bulan Yeoreum melakukan kerja sambilan. Dia hanya berkerja empat hari seminggu. Selang-selang hari. Kelmarin dia tidak bekerja kerana bukan jadualnya. Dia ingin merasa memegang duit sendiri. Sampai bila dia mahu bergantung pada mamanya?

"Tak penat pun." Balas Yeoreum. Lagipula, dia suka kerjanya. Dia bekerja sebagai pelayan disebuah cafe dibandar Seoul.

"Kalau penat berhenti je." Mamanya membalas.

"Hmm, yelah mama. Yeo pergi dulu." Yeoreum mencium pipi kiri mamanya lalu mengambil beg sandangnya. Cafe itu tidak jauh dari rumahnya memandangkan rumahnya dikawasan bandar juga. Jadi dia berjalan kaki sahajalah.

"Hati-hati."

"Ya!"

· 🌹 ·

Yeoreum yang sedang mengemop lantai mengangkat kepala apabila seorang pelanggan mengangkat tangan dan memanggilnya untuk memesan makanan.

Lantas dia mengambil pen dan buku kecil yang tersedia lalu mengatur langkah menghampiri meja pelanggan itu.

"Encik nak pesan apa?" Soal Yeoreum tanpa memandang wajah sang pelanggan. Wajahnya menunduk memandang buku kecil bersedia untuk mencatat pesanan lelaki itu.

Sang lelaki pula langsung tidak memandang Yeoreum akibat terlampau asyik membaca buku menu.

"Saya nak Latte and Blueberry pancake." Pesan lelaki itu.

Selesai sahaja mencatat, Han Yeoreum memandang lelaki itu.

Lelaki itu pula melempar pandang keluar cafe. Cuaca hari ini tidak begitu elok. Hujan.

"Pesanan encik akan sampai sekejap lagi. Sila tunggu sebentar." Kata Yeoreum.

Lelaki itu mengalih pandang pada Yeoreum. Mata membesar apabila tepandang kelibat Han Yeoreum sebagai pelayan cafe ini.

"Han Yeoreum?!" Kata Jeon Jungkook agak kuat dengan mata yang membulat.

"Cikgu Jeon?" Yeoreum memandang Jeon Jungkook atas bawah. Berpakaian simple. BerT-shirt hitam dan berseluar skinny jean biru gelap.

Kacak, desis hati Yeoreum.

"Awak kerja sini Han Yeoreum?" Soal Jungkook. Matanya masih memandang Yeoreum tidak percaya. Gadis kaya ini bekerja sambilan? Wah, ini sungguh pelik.

Yeoreum menjulingkan matanya keatas. Kenapa dia selalu berjumpa dengan cikgu ni?

"Tak la. Saya datang nak beli air. Saja acah pelayan kejap ambil pesanan cikgu." Yeoreum menyindir Jungkook. Jelas-jelas dia memakai seragam pekerja, masih juga ditanya soalan sebegitu.

Jeon Jungkook tertawa riang. Jelas kelihatan gigi arnabnya.

"Pandailah awak buat lawak. Sakit perut cikgu ketawa." Tangan Jeon Jungkook menampar lembut lengan Yeoreum. Serupa pondan jika dilihat dengan mata kasar.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now