CHAPTER 7

3.9K 444 23
                                    

Yeoreum mengambil keputusan untuk pulang dari sekolah dengan berjalan kaki. Sekali-sekala tukar mood. Lagi pula sekarang musim bunga, jadi rasa tenang saja bila melihat bunga sakura terbang ditiup angin.

Gadis dingin itu berjalan sambil cuba menangkap bunga sakura yang berterbangan. Melompat-lompat dia cuba menangkap bunga itu.

Akhirnya, dapat juga dia menangkap bunga itu setelah mencuba beberapa kali.

Namun, satu suara tua mengejutkannya.

"Kalau kita dapat tangkap bunga sakura yang gugur, kita akan berkahwin dengan cinta pertama kita." Kata seorang nenek tua yang sedang menjual buah epal ditepi jalan.

Terkedu Yeoreum apabila disergah begitu. Nasib baik dia tiada penyakit jantung.

"Nenek percaya mitos tu?" Soal Yeoreum. Dia menghampiri nenek tua yang berada dipinggir jalan itu.

"Kenapa, kamu tak percaya?" Soalan dibalas soalan.

Yeoreum mengangguk. Ahh, baginya itu hanya mitos orang-orang dahulu. Takkan lah kita kahwin dengan seseorang akibat bunga sakura. Ye idok?

"Mari kita lihat siapa jodoh kamu kelak." Kata nenek itu. Dia ralit menyusun-nyusun buah epalnya diatas tikar.

"Umm baiklah, saya pergi dulu." Pamit Yeoreum. Kekok apabila berbual bersama nenek itu dan agak menyeramkan. Tiba-tiba saya berada dipinggir jalan. Sebelum ini kalau dia melalui jalan itu, tiada pula kelibat nenek itu kelihatan.

Pantas Yeoreum berlalu pergi. Apabila kelibat Yeoreum menghilang, nenek itu tersenyum sinis.

"Lelaki itu jodoh kamu, gadis muda."

🌹

Jungkook menyerabutkan rambutnya. Pening! Kusut!

Mana dia nak cari calon tunang dalam masa sebulan? Mana sempat nak jatuh cinta. Syarat ibunya memang pelik. Tetapi jika tidak dituruti, ibunya akan meminang Da Yoon untuknya. Dia tidak mahu!

"Argh, kusut!" Jerit Jungkook di balkoni rumahnya. Pulang sahaja dari rumah ibunya, terus fikirannya bercelaru.

Dia berdiri dibalkoni rumahnya. Menghirup udara tenang di waktu malam.

"Mana aku nak cari calon tunang ni? Upah orang? Ah, membazir!" Katanya sendirian.

Jungkook termenung lagi. Siapa ya?

🌹

"Yah, Han Yeoreum. Result exam awak kalini teruk macam biasa. Macam mana awak study?" Soal Pengetua Lee. Dia memandang gadis yang sedang menunduk itu.

"Saya tak ada masa nak study." Balas Yeoreum perlahan. Matanya tidak berani untuk bertentangan dengan Pengetua Lee.

Pengetua Lee menghebus nafas perlahan.

"Han Yeoreum, dengan keputusan awak yang macam ni, amat susah untuk awak lulus ujian kemasukan universiti. Awak tak mahu sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi?" Soal Pengetua Lee lembut.

"Saya nak."

"Kalau awak nak, awak mesti usaha. Usaha dapatkan apa yang awak mahu. Saya tahu awak ada potensi dalam akademik cuma awak yang ambil ringan. Saya nasihatkan awak carilah seorang tutor yang dapat membantu awak terutamanya dalam subjek matematik." Nasihat Pengetua Lee. Dia tidak mahu Yeoreum terus gagal dalam pembelajarannya. Dia tahu, jika gadis ini berusaha, dia akan memilik masa depan yang amat cerah.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin