CHAPTER 1

9.1K 659 49
                                    

"Kau fikir kau siapa nak langgar aku?" Soal Yeoreum sambil menarik rambut seorang pelajar perempuan yang terlanggar bahunya tadi.

Jelas kelihatan pelajar itu menahan sakit. Tapi apa Yeoreum peduli, sikit pun hatinya langsung tidak terkesan dengan rengekan dan tangisan budak malang itu. Nak buat macam mana, hati dah hitam.

"Maafkan saya Yeoreum, saya betul-betul tak sengaja terlanggar bahu awak. Saya nak cepat tadi." Gadis itu memegang tangan Yeorem yang putih itu. Tapi maaf, hati Han Yeoreum amat keras. Lagi kuat pula gadis dingin itu menarik rambut panjang mangsa bulinya. Pipi gadis malang itu sudah basah dek air mata kerana menahan sakit dikepala.

Pelajar yang lalu-lalang hanya memandang tanpa menghulurkan secebis bantuan. Pandangan kesian dan semoga berjaya melepaskan diri dilemparkan oleh mereka kepada gadis malang itu atau nama sebenarnya Kim Jineul.

Siapa tidak kenal gadis dingin ini? Han Yeoreum, The Queen of Bully. Sebut sahaja nama gadis itu pasti semua kecut. Dikurniakan wajah yang amat diidami para gadis namun tidah dihiasi secebis senyuman.

Hatinya keras dan dingin. Namun, kadangkala hatinya senipis tisu. Senang cerita, Yeoreum ini multijenis hatilah. Sekali pandang pasti terlintas pada fikiran mereka diluar sana yang Han Yeoreum ini seorang gadis yang lemah lembut, sopan, baik, pendiam dam seangkatannya. Tapi itu hanya penipuan luaran semata-mata dan mohon jangan percaya. Tak kira lelaki atau perempuan, siapa yang mencari pasal dengan gadis ini, pasti akan menerima balasan.

"Kau fikir tangan aku ni tiang nak langgar-langgar?" Yeoreum menyoal sinis. Hatinya masih panas akibat pelanggaran tadi. Yeoreum ini agak panas baran orangnya. Ummm, sangat sebenarnya. Entah dari siapalah gadis ini mewarisi genetik itu. Pantang orang sentuh sikit, habis dia melenting.

"Saya betul-betul tak sengaja Yeoreum. Tolong lepaskan saya." Rayu Jineul. Sebenarnya ini bukan kali pertama Kim Jineul dibuli oleh Han Yeoreum. Dah banyak kali Yeoreum menyeksanya dan boleh dikatakan yang Jineul ini mangsa buli dan hamba kepada Han Yeoreum.

"Nope, aku tak akan lepaskan kau selagi aku tak puas hati."

Baru sahaja Yeoreum mengangkat tangannya ingin menampar Jineul, pergelangan tangannya digengam erat oleh seseorang. Dan gadis itu tahu bahawa orang itu ialah lelaki. Tangan berurat dan agak kasar.

"Yah, hagsaeng. Lepaskan budak tu." Suara garau seseorang membantutkan niat Yeoreum.

Tangan yang sedang mengengam rambut Juniel perlahan-lahan gadis dingin itu lepaskan.

Pergelangan tangannya, dia rentap kasar sehingga terlepas dari genggaman sang pengacau aktiviti aktiviti bulinya.

Wajah cantiknya dipalingkan lalu tangan dibawa ke dada dan disilang dengan penuh lagak. Muka yang paling dingin dan sombong ditayang olehnya.

"Neon nuguya?" Kening diangkat berani. Lidah menolak dinding pipi dibahagian dalam mulut. Wahh, memang layak sungguh diberi gelaran BAD GIRL dan QUEENKA.

"Saya cikgu baru disini dan tak silap saya, membuli dilarang dalam peraturan sekolah." Guru baru itu menolong Jineul bangun. Sapu tangannya yang terletak elok di kocek bahagian dada dihulur kepada Jineul.

Yeoreum memerhati tanda nama milik guru yang berada dihadapannya.

Ohhh, Jeon Jungkook. Nice name.

Anak mata dialihkan pula memerhati segenap wajah guru itu. Muka boleh tahan. Putih, tinggi memang menawan walaupun hidung besar sikit.

Muda lagi. Bisik hatinya.

"Ehem." Yeoreum membetulkan suaranya. Tangan pula masih setia tersilang didada. Tiada langsung riak takut terlakar di wajah gadis itu.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now