CHAPTER 4

4.9K 497 42
                                    

Yeoreum melabuhkan punggung diatas katilnya. Rambut yang masih basah dilap perlahan menggunakan tuala kecil.

"Penatnya." Katanya perlahan. Otot-otot badan direnggang perlahan lalu keluhan penat dilepaskan.

Pulang sahaja dari sekolah tadi terus dia menjalankan misi mengemas biliknya yang bersepah. Buku bertaburan, baju dilempar sesuka hati, cadar yang tidak terpasang elok sungguh menyakitkan mata jika memandang.

Sebelum mamanya memulakan sesi ceramah percuma, baiklah dia mengemas biliknya terlebih dahulu. Lebih kurang dua jam juga dia mengemas biliknya tadi. Dia tidak mahu menyusahkan orang gajinya, jadi dia mengambil keputusan untuk mengemas sendiri memandangkan orang gajinya sudah tua. Lagi satu, dia tidak suka orang masuk kedalam biliknya, katanya bilik ialah tempat yang paling privasi.

Ting!

Bunyi telefon bimbitnya menhentikan tangannya yang sedang mengurut tengkuknya yang terasa lenguh. Telefon yang berada diatas meja kecil ditepi katilnya diambil. Satu mesej yang diterima dari nombor tak dikenali dibukanya.

Good night Han Yeoreum 😊.

Dahi Yeoreum berkerut. Siapa pula yang menghantar mesej padanya pada waktu begini? Yoongi? Ahh, tidak mungkin. Nombor itu nombor yang tidak dikenali. Jadi siapa?

Maaf, tapi awak siapa?

Balas gadis itu.

Dia meletakkan kepalanya di atas bantal. Lega sedikit rasa penatnya.

Cikgu Jeon✌.

Yeoreum menjeling skrin telefonnya. Menyampah dengan Jungkook yang sering menganggunya. Mesej dari Jungkook dibiar begitu saja. Malas hendak melayan gurunya yang agak tak betul itu. Telefonnya dicampak ke sisinya.

Ting!

Yeoreum buat bodoh. Tahu sangat yang penghantarnya pasti Jungkook.

Ting!

Ting!

"Arghhh!" Jerit Yeoreum frust. Jungkook tak fahamkah yang gadis ini tidak mahu melayannya pada tika ini?

Pantas telefon dicapai kembali. Tiga mesej yang belum dibacanya dibuka.

Han Yeoreum, cikgu bosanlaa.😩

Balaslah..👉👈

Yahh, layanlah cikgu.😢

Yeoreum bangun dari baringnya. Kalau guru muda itu ada dihadapannya sekarang, pasti dia sudah membelasah lelaki itu. Pantang sungguh orang mengacau waktu rehatnya.

Cikgu nak apa? Saya penatlah. Tak ada masa nak layan cikgu. Kalau cikgu hantar mesej pada saya sekali lagi, saya block number cikgu.

Mesej yang berbunyi ugutan itu dihantar. Yeoreum menutup matanya, berharap tiada lagi mesej dari guru muda itu.

Ting! Sekali lagi telefonnya berbunyi. Yeoreum membuka mata geram.

Okay okay, tak hantar dah.✌

Laju tangannya membalas mesej Jungkook dengan geram.

Habistu tak payahlaa balas!

Ting!

Okay okay, tak balas dah.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now