CHAPTER 26

3.3K 378 175
                                    

p/s- abaikan typo. Saya trlmpau mls untk double check😅


"Ibu dengan ayah baliklah. Yeoreum boleh tolong jagakan Cikgu Jeon." Yeoreum memegang bahu Puan Jeon yang masih duduk ditepi katil Jeon Jungkook. Dari petang tadi lagi P7an Jeon tidak menjamah apa-apa makanan walaupun Tuan Jeon ada membelikannya makanan. Katanya tiada selera.

"Tak apa, ibu boleh jaga Jungkook. Kamu baliklah Yeoreum, kamu mesti penat." Balas Puan Jeon perlahan.

"Awak, mari balik. Sejak tadi awak tak makan. Awak nampak lemah sangat sekarang ni. Jungkook tak apa-apa, dia akan sedar nanti. Kita balik dan esok kita datang lagi ya." Pujuk Tuan Jeon. Risau hatinya apabila si isteri asyik bersedih sejak tadi walaupun telah disahkan yang Jungkook akan sedar tidak lama lagi. Biaslah, Puan Jeon seorang ibu. Apa yang dirasa atau dialami oleh anaknya pasti memberi kesan pada hidupnya walaupun sedikit.

"Betultu Yeju. Mari kita pulang. Saya yakin yang Yeoreum boleh jaga Jungkook memandangkan Jungkook tunang dia." Pujuk Puan Han pula.

Puan Jeon berfikir sejenak. Memang tubuhnya perlukan rehat. Kepala pula asyik berasa pening sahaja mungkin kesan daripada tidak menjamah apa-apa makanan sejak petang tadi.

"Baiklah. Yeoreum, kamu jaga anak ibu baik-baik ya. Dia saja yang anak yang ibu punya di dunia ini." Puan Jeon mengusap pipi Jungkook dengan penuh kasih saya. Matanya turut dipenuhi demgan manik manik jernih tatkala tersentuh kesan lebam yang menghiasi wajah puteranya.

"Yeoreum janji, Yeoreum akan jaga Cikgu Jeon baik-baik." Kata Yeoreum bersama senyuman. Sedih dia melihat keadaan Puan Jeon. Lemah sahaja pergerakan dan tutur bicaranya.

"Terima kasih Yeoreum." Senyum Puan Jein lemah.

"Biar saya yang temankan Yeoreum." Jineul mengangkat tangannya bersama senyuman kekok.
(p/s-ok sya thu anda smua nk bunuh sya.)

"Tak perlu, saya okay jaga Jungkook sendiri." Yeoreum mengeleng kepalanya pantas. Penyibuk betul perempuan ni, tak tahu malu ke?

"Yeoreum, biarlah Jineul temankan kamu. Nanti kalau ada apa-apa dia boleh tolong. Lagipula kamu tu perempuan, bahaya kalau bersendirian." Nasihat Tuan Han.

"Mana ada sendiri, Cikgu Jeon kan ada." Yeoreum menunjuk kearah Jungkook yang masoh terbaring. Tolonglah, dia tidak mahu Jineul menemaninya, nanti tak pasal-pasal dengan Jineul sekali masuk hospital.

Tuan Jeon tertawa kecil. "Jungkook masih lemah. Takkan kamu nak suruh dia berlawan sekali lagi pula."

Yeoreum terdiam. Nampaknya ramai yang menyokong Jineul kali ini.

"Biar Yeoreum seorang sajalah yang jaga Jungkook. Kenapa mahu libatkan Jineul atau perempuan lain pula? Biar saja tunang dia yang jaga. Saya yakin Yeoreum mampu jaga diri." Tindas Puan Jeon setelah lama berdiam diri. Sungguh dia rasakan sesuatu yang tidak kena pada gadis yang bernama Kim Jineul ini. Bukan dia membenci tetapi entahlah, hatinya berasa tidak suka apabila berada rapat dengan gadis itu.

"Awak ni, bahayalah kalau Yeoreum tinggal sorang-sorang. Nanti kalau jadi apa-apa, bakal menantu kesayangan awak juga yang kena." Perli Tuan Jeon manja.

Puan Jeon menjeling suaminya. Ada benar juga. Dia tidak mahu Yeoreum menerima nasib yang sama seperti Jungkook. Dengan hati yang berat, terpaksalah dia membenarkan Kim Jineul untuk turut serta menjaga Jeon Jungkook bersama Han Yeoreum.

"Baiklah. Tetapi kalau dalam bab bersihkan badan Jungkook, biar Yeoreum yang lakukan. Saya tidak izinkan perempuan lain sentuh anak saya mahupun jururawat." Puan Jeon memberi syarat. Matanya melirik kearah Kim Jineul seketika. Dia tidak rela badan anaknya disentuh oleh perempuan lain melainkan perempuan itu ialah Han Yeoreum.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now