CHAPTER 2

6K 567 67
                                    

Cikgu Jeon 😙👆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cikgu Jeon 😙👆






Yeoreum menapak keluar dari kelas dengan bahagianya. Bosan betul dia dengar cikgu sejarah tu bercerita.

Bayangkan, cikgu sejarah itu bagi salam je terus kepala dia atas meja. Sebenarnya, Yeoreum syak cikgu sejarah tu spray ubat tidur dalam mulut dia. Baru sepatah ayat keluar dari mulut dia dah mampu buat mulut Yeoreum menguap dengan cemerlangnya.

Jadi sekarang mata pelajaran kimia. Serious talk, kimia memang bukan style gadis bernama Han Yeoreum ini. Setakat ini pekerjaan sebagai ahli kimia or apa yang berkaitan dengan chemis tiada lagi dalam list masa depan dia.

Jadi tempat yang Yeoreum tuju hanyalah rooftop. Nak lepak kantin memang cari bala namanya. Sah-sah kena tangkap nanti. Lepak kat library memang kena halau lah jawabnya kalau dia masuk semata-mata nak buat peta dunia.

Yeoreum membuka pintu yang menghubungkan ke ruang rooftop. Pintu ni memang dah tak lama, tunggu masa je. Nak roboh semacam dia tengok. Bila buka pun, bunyi pintu tu nauzubillah. Kalah cerita seram.

Gadis dingin itu duduk di atas penghadang rooftop. Nak kata tak kecut memang sah-sah lah dia tipu kan. Tapi nak duduk mana lagi, kat rooftop ni manalah ada kerusi. Lantai pula kotor semacam.

Han Yeoreum memerhati permandangan dari rooftop sekolah. Tenang sahaja memandangkan sekarang musim bunga. Nak-nak ada banyak pokok sakura depan gate sekolah, memang cantik.

Walaupun dia ganas, jangan ingat dia tak suka akan bunga. Hakikatnya, bunga adalah benda yang paling Han Yeoreum suka. Lagi-lagi ros merah jambu. Yeppeoyo.

"Han Yeoreum?" Satu suara menyapa gegendang telinga dia. Valak mana pula yang kacau dia ni? Memang hari ini hari kacau orang seluruh dunia ke? Tadi orang kacau aktiviti buli dia. Sekarang waktu gadis ini ingin redakan stress pula.

Yeoereum memalingkan muka. Huh, cikgu muda ni lagi. Tak sampai hati nak panggil dia valak, muka dia macam bidadara syurga.

Han Yeoreum menjulingkan mata. Nafas dihembus kasar. Biar Cikgu Jeon terasa sikit.

"Yes, nak apa Cikgu Jeon?" Gadis dingin itu bertanya tanpa nada. Suara dan pandangannya dingin, sedingin ais.

"Awak buat apa kat sini? Sekarangkan masa pembelajaran dan pengajaran. Awak ponteng ya?" Soal Jungkook bersama senyuman creepy. Jarinya ditunding tepat pada wajah Han Yeoreum.

Jungkook ingat dia datang sini nak hilangkan stress juga. Alang-alang tiada kelas, baiklah dia round satu sekolah. Tup-tup nampak pintu yang menghubungkan rooftop terbuka. Terus dia masuk dengan rasa ingin tahu apa yang ada di rooftop.

"Bukan hal cikgu." Yeoreum membalas dingin. Pandangan dilemparkan kembali kearah bunga sakura yang gugur ditiup angin. Bagusnya kalau dapat tangkap gambar sekarang.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now