CHAPTER 42

3.6K 360 43
                                    

Yeoreum melangkah keluar dari rumah Tuan Han bersama air mata yang membasahi pipi. Sungguh dia tidak menyangka yang Jeon Jungkook lebih memilih Kim Jineul berbanding dirinya. Buktinya, lelaki itu langsung tidak mengejarnya apatah lagi menjelaskan perkara yang sebenar-benarnya.

Yeoreum memasuki keretanya lalu pintu kereta dihempas kuat. Stereng kereta dijadikan tempat melempaskan segala amarah dan kekecewaannya terhadap Jeon Jungkook.

"Bodoh, bodoh! Jeon Jungkook bodoh!" Yeoreum menghentak kasar stereng keretanya. Air matanya yang mengalir dibiar tanpa diseka. Biar, biar dia lepaskan segala-galanya. Segala kesakitan yang dicipta oleh lelaki yang bernama Jeon Jungkook.

"Kau tipu aku. Kau tipu aku buat kali yang kedua!" Tepik Yeoreum. Tangannya masih setia menghentak stereng kereta.

Terasa dirinya bodoh kerana terlalu mudah memberikan peluang kedua buat lelaki itu. Terasa dirinya bodoh kerana mempercayai segala kata-kata manis yang diluahkan oleh lelaki itu.

Kepalanya direhatkan diatas stereng kereta namun air mata masih setia menemani hatinya yang terluka.

Bunyi ketukan pada cermin kereta Yeoreum hiraukan. Hanya tangisan sayu dari dirinya yang mengisi kesepian.

Ketukan pada cermin keretanya masih tiada henti membuatkan dia mengangkat kepalanya. Wajah yang terpapar diluar kereta menambahkan lagi rasa amarah yang menguasai diri.

"Han Yeoreum, kita perlu berbincang!" Tepik Jungkook dari luar. Suara cuba dikuatkan agar Yeoreum dapat mendengar kata-kata yang akan keluar dari mulutnya.

"Tinggalkan saya sendirian!" Jerit Yeoreum pula.

Jungkook masih setia mengetuk cermin tingkap gadis itu bahkan dia cuba untuk membuka pintu kereta Yeoreum namun hampa, ianya dikunci oleh Han Yeoreum.

"Tolong dengar penjelasan saya. Tolonglah keluar Yeoreum, saya merayu." Rayu Jungkook. Walauapapun, dia harus menjelaskan perkara yang terjadi pada gadis itu. Jujur, dia juga tidak mampu hidup tanpa gadis yang bernama Han Yeoreum.

Yeoreum menyeka air matanya kasar. Pintu kereta dibuka lalu dia berdiri tegak dihadapan Jeon Jungkook.

"Saya minta maaf." Pinta Jungkook. Dia cuba mengapai jemari gadis itu namun ditepis kasar oleh Yeoreum.

"Maaf? Semudah itu awak ungkapkan kata maaf? Awak penipu Jeon Jungkook. Awak penipu!" Yeoreum menumbuk kasar dada bidang Jungkook. Jungkook tidak menghalang dan hanya membiarkan. Dia tahu bahawa gadis ini terlalu terluka dengan keputusannya.

"Saya tahu saya bodoh."

"Saya tahu saya lelaki yang tak guna."

"Saya tahu saya tak layak untuk bersama dengan perempuan sebaik awak."

"Saya tahu saya bukan yang terbaik untuk awak."

"Saya tahu saya tak sempurna." Jungkook berkata perlahan. Air mata cuba ditahan dari jatuh membasahi pipi. Dia lemah kerana cinta. Dan dia bodoh kerana mensia-siakan cinta Han Yeoreum.

Yeoreum meraup rambutnya lemah.

"Kenapa awak buat saya macam ni Jungkook?" Soal Yeoreum lemah.

"Saya minta maaf." Pinta Jungkook lagi.

"Maaf awak tak mengubah segala-galanya Jungkook. Maaf awak tak berguna. Hati saya dah tawar dengan semua kata-kata awak. Hati saya dah tertutup untuk lelaki yang bernama Jeon Jungkook iaitu awak." Kata Yeoreum sebelum nelangkah menjauhi lelaki itu.

Jungkook hanya berdiri statik. Menghadam segala kata-kata yang terluah dari mulut gadis itu.

"Tahniah diatas perkahwinan awak dengan Jineul dan terima kasih untuk segala-galanya." Ucap Yeoreum membelakangi Jungkook. Dia melangkah masuk kedalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan lalu keretanya meluncur laju meninggalkan Jungkook yang masih berdiam diri.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now