CHAPTER 45

4K 391 57
                                    

p/s : short update utk mengubat kerinduan anda pd Kim Jineul😂

Yeoreum melemparkan beg yang berisi jam tangan ke tempat duduk di sebelah pemandu. Punggung dihenyak kasar keatas kerusi kereta lalu stereng keretanya digengam erat.

Dengusan geram keluar dari mulutnya.

"Tak guna punya Kim Jineul." Kata Yeoreum. Entah gila apa perempuan itu mencari pasal dengannya setiap kali berjumpa. Semua yang dia punya sudah dirampas oleh perempuan itu. Apa lagi yang Jineul mahu?

Leterannya terhenti tatkala pintu keretanya dibuka.

"Yeoreum, kita perlu berbincang." Kata Jungkook lembut sambil memegang pitu kereta Yeoreum.

Yeoreum menjeling. Ini satu lagi masalah.

"Nak bincang apa lagi? Kita dah tak ada apa-apa kan?" Sinis Yeoreum membalas. Dia cuba menutup pintu keretanya namun gagal apabila ditahan oleh Jungkook.

"Awak nak apa sebenarnya?" Soal Yeoreum geram.

"Nak awak." Balas Jungkook bersama senyuman. Rindu untuk bergurau senda dengan gadis itu.

"Tolonglah. Saya dah malas nak ada masalah dengan Jineul. Nanti kalau dia nampak awak jumpa saya, macam-macam dia tuduh saya nanti." Yeoreum berkata geram. Sungguh, dia penat untuk berperang dengan gadis itu. Buat sakit hati, sakit mata. Semua sakit.

"Tapi saya nak jelaskan sesuatu pada awak." Jungkook mencuba nasibnya.

"Nak jelaskan apa lagi? Dah terang lagi bersuluh yang awak pilih Kim Jineul berbanding saya." Yeoreum menatap wajah Jungkook.

"Tak, saya terpaksa pilih dia. Percayalah." Jujur Jungkook. Biarlah Yeoreum tahu, sebab dan penyebab kenapa dia membuat keputusan untuk memilih Kim Jineul.

"Kenapa? Sebab dia ugut nak bunuh diri? Macam tu?" Yeoreum membalas sinis.

Jungkook mengangguk.

"Jadi kalau saya bunuh diri, awak nak kahwin dengan sayalah?" Soal Yeoreum lagi. Sengaja menguji lelaki itu.

"Tak Yeoreum, awak jangan salah faham. Saya kesiankan mama dia sebab tu saya tolong." Jungkook mengapai tangan Yeoreum. Anak mata gadis itu ditatap. Berharap agar gadis itu memahami isi hatinya.

"Tapi kenapa awak tak pernah kesiankan saya? Saya tak layak?" Ada getaran dalam suara gadis itu. Air mata yang hampir mengalir diseka.

"Yeoreum." Jungkook menarik tangan Han Yeoreum lalu badan gadis itu dipeluk erat.

"Bagi saya masa. Bagi saya masa untuk perbaiki semuanya. Bagi saya masa untuk selamatkan cinta kita." Bisik Jungkook. Rambut gadis itu diusap perlahan.

Yeoreum menutup matanya erat. Namun dia sedar, dia bukan tercipta untuk lelaki yang bernama Jeon Jungkook.

Yeoreum menolak badan Jungkook perlahan. Jujur, dia sudah tawar hati. Penat dengan semua masalah ini.

"Tak apa, jangan kisahkan saya. Teruskan niat awak untuk mengahwini dia. Saya sedar yang kita tiada jodoh. Mungkin Kim Jineul adalah yang terbaik untuk awak." Yeoreum menggeleng perlahan bersama senyuman nipis.

Jungkook cuba mengapai tangan Han Yeoreum kembali namun pantas gadis itu mengelak.

Beg yang berisi jam tangan diambil lalu dihulurkan kepada Jeon Jungkook.

"Anggap ini sebagai hadiah terakhir saya. Kalau awak nak anggap hadiah ni sebagai hadiah perkahwinan awak pun boleh." Kata Yeoreum bersama senyuman palsu.

"Yeoreum, jangan buat saya macam ni. Saya cintakan awak." Luah Jungkook. Tak, dia tidak mahu kehilangan gadis ini buat kali kedua. Dia sedar yang sebahagian nyawanya adalah Han Yeoreum. Seluruh hati dan jantungnya milik gadis ini.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now