CHAPTER 25

3.3K 451 13
                                    

Jungkook memakirkan keretanya ditepi kedai serbaneka. Niatnya mahu membeli makanan ringan dan beberapa makanan segara memandang stok makanan dirumahnya telah habis. Langkah diatur laju lalu memasuki ruang kedai serbaneka tersebut. Petang ini dia mahu pergi mengajar Yeoreum pula, kalau dia terlambat risau pula gadis itu akan melancarkan perang dingin kembali.

Selesai membeli beberapa jenis snek dan makanan segera, plastik yang berisi makanan diletakkan ditepi tempat duduk pemandu. Sempat juga dia membeli beberapa snek untuk Yeoreum tadi.

Belum sempat dia memasuki ruang pemandu, telinganya menangkap satu jeritan meminta tolong.

"Tolong, peragut!" Jerit seorang wanita didalam lingkungan usia 50-an. Kelihatan wanita itu sedang bergelut dengan peragut itu sambil cuba menarik beg tangannya.

"Woi!" Tepik Jungkook. Kaki berlari menghampiri si peragut dan si mangsa.

Akibat terkejut dengan jerkahan Jungkook, lelaki itu menarik kasar beg tangan wanita tua tersebut menyebabkan wanita tersebut jatuh terduduk diatas tanah.

"Tolong makcik nak. Semua barang makcik ada dalam beg tu." Kata wanita itu dengan nada merayu pada Jungkook. Hati Jungkook dilanda kasihan melihat wajah sayu wanita tua itu. Teringat dia pada neneknya dikampung.

"Saya akan cuba dapatkan beg makcik." Jungkook mengejar peragut itu. Kebetulan pula pada waktu itu jalan sunyi sahaja, jadi tiada orang yang sedar akan situasi tersebut.

"Woi, berhenti!" Jerit Jungkook. Kakinya laju mengejar si peragut yang melarikan diri dihadapannya.

Peragut itu berhenti tatkala menemui jalan mati. Tangannya masih memegang kemas beg yang diragutnya.

"Serahkan balik beg tu." Kata Jungkook dengan nada marah. Tiada gunanya berlembut dengan manusia begini.

"Kau dekat, kau mati." Ugut peragut itu. Dia mengeluarkan pisau lipat dari poket seluarnya lalu dihalakan tepat kearah Jungkook.

Jungkook tidak gentar, dia menghampiri si peragut lalu melayangkan sebuah sepakan pada perut lelaki itu. Mereka bergelut seketika. Pisau lipat si peragut sudah tercampak entah kemana.

Melihat keadaan si peragut yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan, Jungkook merampas beg tangan itu kasar. Satu lagi sepakan diberi pada belakang badan si peragut.

"Nak cari makan, bukan dengan cara macam ni. Kau ada tenaga, boleh cari kerja dan kau bernasib baik sebab aku tak heret kau ke penjara." Kata Jungkook kasar. Dia meninggalkan lelaki itu yang sedang terbaring diatas tanah.

Tanpa dia sedar, lelaki itu mencapai pisau lipatnya yang berada agak dekat dengan tangannya. Dengan kudrat yang masih tersisa dia bangun lalu menghampiri Jungkook yang sedang melangkah pergi tanpa berpaling.

Bahu Jungkook ditariknya lalu pisau itu ditusuk ke perut Jungkook. Pisau itu ditarik kembali lalu dia berlari pergi. Risau jika orang awam menyedari jenayahnya.

"Erghh." Jungkook memegang perutnya. Darah merah yang pekat membasahi baju kemeja dan tangannya. Matanya berpinar mungkin kesan daripada darah yang mengalir keluar dengan terlalu banyak.

"Tolong." Satu perkataan yang keluar dari mulutnya sebelum di rebah menyembah bumi.

🍁

"Yeoreum, Yeoreum!" Puan Han menghampiri anak gadisnya yang sedang duduk di gazebo.

"Kenapa ni mama?" Soal Yeoreum. Riak wajah mamanya yang risau mendatangkan tanda tanya didalam hati.

"Kamu pergi tukar baju sekarang, ikut mama pergi hospital."

"Hospital? Siapa yang sakit? Yeoreum tengah tunggu Cikgu Jeon ni. Dia mesti tengah on the way sekarang. Apa kata kita pergi dengan Cikgu Jeon?" Cadang Yeoreum. Nanti kalau dia ikut Puan Han, takut Jungkook tertunggu-tunggu diluar pula.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now