CHAPTER 41

3.8K 381 151
                                    

Jungkook mengelap rambutnya yang basah menggunakan tuala. Hujung penjuru katil menjadi pilihan hati untuk melabuhkan punggungnya. Dalam diam dia mengukir senyuman.

Senyuman bahagia. Siapa yang tidak bahagia jika bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan? Petang tadi sahaja dia dan Yeoreum telah membeli barang-barang perkahwinan. Bukan main bahagia lagi mereka berdua. Sedikit sebanyak dia bersyukur kerana impiannya untuk bersama dengan gadis itu hampir tercapai.

Kakinya juga sudah membaik, jadi dia telah bebas untuk kesana kemari walaupun kadangkala pergerakkannya agak terbatas.

"Tak sabarnya nak kahwin." Kata Jungkook sendirian. Senyuman manis masih setia terlakar dibibir. Wajah cantik Yeoreum yang sedang mengayakan busana pengatin kembali bermain di minda.

 Wajah cantik Yeoreum yang sedang mengayakan busana pengatin kembali bermain di minda

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Cantik. Hanya itu yang terkeluar dari mulut lelaki itu tatkala disoal oleh Han Yeoreum akan penampilannya. Tersipu malu gadis itu bersama tawa yang janggal apabila dipuji oleh kekasih hati.

Jungkook memejamkan matanya. Tidak lama lagi gadis itu akan sah menjadi miliknya. Milik lelaki yang bernama Jeon Jungkook.

Sedang asyik Jungkook melayan perasaan, dia dikejutkan dengan deringan telefon yang berjaya menyetakkan lamunannya. Kerutan di dahi mula muncul tatkala nombor yang tidak dikenali menghubunginya.

"Yeoboseyo?" Angkat Jungkook.

"Ini Jeon Jungkook kan?" Tanya seseorang disebalik talian. Nada suranya kedengaran cemas bersama suara yang kecoh dibelakang.

"Ya saya. Puan siapa ya?" Soal Jungkook sopan.

"Saya Auntie Kim. Ibu Kim Jineul. Jungkook boleh tak datang rumah auntie sekarang? Tolong auntie Jungkook." Cemas wanita itu menyoal.

Dahi Jungkook berkerut. Apa yang wanita ini mahu daripadanya? Tolong? Tolong apa?

"Tolong apa auntie?"

"Jineul, dia nak bunuh diri. Auntie cuba hentikan dia tapi dia degil. Dia kata dia akan letak pisau yang dia pegang kalau Jungkook datang jumpa dia." Kata Puan Kim bersama esakan.

"Bunuh diri? Sekejap auntie, sekejap lagi saya sampai." Jungkook bangun dari duduknya. Kunci kereta yang berada diatas meja soleknya diambil pantas.

"Terima kasih Jungkook. Terima kasih sangat-sangat. Auntie tunggu kamu datang."

"Baiklah auntie." Jungkook memutuskan talian. Rambutnya yang kusut dirapikan menggunakan jari sambil mengunci pintu rumahnya. Pintu kereta dibuka lalu enjin kereta dihidupkan laju.

Keretanya meluncur laju menuju ke rumah Kim Jineul.

🍁

Puan Kim meletakkan telefonnya diatas meja makan. Air mata masih setia membasahi pipinya.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now