CHAPTER 21

3.2K 384 36
                                    

"Termenungkan apa tu Yeoreum?" Soal Halmonie Jeon yang baru melabuhkan punggung disisi Yeoreum.

Yeoreum yang duduk disisi pangkin hanya tersengih. "Tak ada apalah halmonie. Hirup udara kampung yang segar, bukan termenung. Bukan senang nak hirup udara macam ni di kota Seoul."

"Yeoreum." Seru Halmonie Jeon. Mata tuanya menatap Yeoreum.

"Ya?" Yeoreum membalas kekok. Bunyi Halmonie Jeon macam serius sahaja. Jangan-jangan dia sudah dapat menghidu sesuatu? Alamak, habislah mereka berdua.

"Kamu sayangkan Jungkook?" Tanya Halmonie Jeon.

Yeoreum terkedu. Aduh, kenapa Halmonie Jeon tiba-tiba tanya soalan macam ni?

"Sa-sayang."

"Kamu sukakan dia?"

"Su-suka."

"Kamu cintakan dia?"

Jantung Yeoreum bagaikan terhenti. Dia terdiam dengan pertanyaan Halmonie Jeon. Adakah patut dia jujur sahaja? Tapi kalau dia tipu yang dia tidak cintakan Jungkook, pasti Halmonie Jeon akan syak sesuatu. Tuhan, kenapa masalah jadi serumit ini.

"Ya, saya cintakan dia." Jujur Yeoreum. Debaran didada yang datang bertandang cuba disembunyikannya. Janganlah luahannya didengari Jungkook. Jujur, dia tidak mahu Jungkook mengetahui isi hatinya. Dia belum bersedia. Biarlah semua ini menjadi rahsia terlebih dahulu. Biarlah dia menanggungnya seorang diri.

Halmonie tersenyum manis. Betul kata hatinya. Dari pandangan mata tuanya, dia tahu Yeoreum ikhlas mencintai cucunya. Dari senyuman dan lirikan mata gadis itu, dia sudah dapat mengagak yang gadis itu mencintai Jungkook.

"Jungkook cintakan kamu?" Soalnya lagi. Cuba menduga Yeoreum walaupun dia sudah tahu kebenarannya.

"Ha?" Yeoreum terkesima buat kesekian kalinya. Kenapa soalan Halmonie Jeon pelik-pelik ni? Hatinya dilanda gusar.

"Halmonie tahu yang dia tak cintakan kamu. Halmomie tahu yang kamu berdua tidak saling mencintai."

Yeoreum terkedu. Jantungnya bagaikan terhenti seketika tatkala Halmonie Jeon menuturkan katanya.

Rambut hitamnya diraup kebelakang perlahan. "Macam mana halmonie tahu?"

Gadis itu bertanya perlahan.

Halmonie Jeon melemparkan senyum tipis. Tangan tuanya mengusap lembut telapak tangan Yeoreum.

"Halmonie orang tua Yeoreum. Halmonie lebih banyak makan garam daripada kamu berdua. Masa kamu berdua mula-mula datang, halmonie dah rasa ada sesuatu yang tak kena antara kamu berdua. Halmonie cuba buang perasaan tu. Halmonie fikir, itu semua mungkin hanya mainan perasaan. Tapi halmonie terdengar perbualan telefon Jungkook dan halmonie tahu orang itu orang yang istimewa baginya. Dan halmonie tahu itu bukan kamu. Tak mungkin kamu kerana kamu ada didalam bilik juga ketika itu bersama dia." Terang Halmonie Jeon.

Memang ketika itu dia tidak sengaja terdengar perbualan Jungkook. Hatinya menyuruh dia pergi tetapi dia berkeras untuk mendengar segalanya. Pada mulanya, Halmonie Jeon berfikir yang Jungkook berbual bersama Yeoreum. Tetapi isi perbualan amat mencurigakan membuatkan dia mengambil keputusan untuk mengintai dicelahan pintu yang sedikit terbuka. Tersentak hati tuanya apabila melihat Jungkook sedang berbual melalui telefon sedangkan Yeoreum ada dihadapan lelaki itu ketika itu. Dan semuanya terbongkar tanpa pengetahuan Jungkook dan Yeoreum pada hari itu.

"Maafkan Yeoreum sebab tipu halmonie." Yeoreum menundukkan kepalanya. Rasa bersalah datang bertandang kerana menipu wanita sebaik Halmonie Jeon.

"Kenapa kami berdua bertunang sedangkan kamu berdua tidak saling mencintai?"

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now