CHAPTER 43

3.6K 379 16
                                    

Yeoreum membuka matanya dengan perlahan-lahan. Sinaran mentari yang terpancar dari ufuk timur menyilaukan pandangan matanya yang masih kuyu. Kepala yang semakin menyengat sakitnya dipegang.

"Erghh, pukul berapa ni?" Yeoreum bertanya sendirian. Telefon pintar yang berada elok diatas meja kecil disebelah katilnya digapai.

Matanya membulat.

"8.00 pagi?!" Jerit Yeoreum. Alamak, dia terlajak tidur! Pasti ini kesan daripada minuman keras yang dia minum semalam. Sudahlah hari ini dia bertugas pada shift pagi yang bermula pada jam 8.30 pagi. Pasti dia bakal dimarahi oleh ketuanya jika terlambat.

Yeoreum melangkah laju ke bilik air. Kepala yang berpusing hebat dihiraukan. Apa yang penting, dia mesti sampai di hospital tepat pada masanya.

Setelah 5 minit berada didalam bilik air, gadis itu melangkah keluar. Ahh, mandi ala kadar sahaja. Tak ada masa nak sabun sana syampu sini.

Seluar slack hitam bersama blouse putih dipadankan. Rambut diikat satu lalu gadis itu bersolek nipis. Beg sandang dicapai lalu kakinya melangkah laju menuruni tangga.

"Han Yeoreum." Panggil Puan Han tatkala kelibat Yeoreum muncul di ruang makan.

"Ya mama?" Yeoreum memberhentikan langkahnya.

"Duduk dulu." Puan Han berkata tegas.

Yeoreum menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tak boleh la mama. Yeoreum dah lambat ni." Balas Yeoreum tergesa-gesa. Sesekali matanya mencuri pandang kearah jam tangan yang tersarung elok dipegelangan tangannya. Sebelah tangan lagi memegang kot putih doktornya.

"Mama kata duduk." Perkataan 'duduk' ditekankan sedikit.

Yeoreum mengeluh perlahan. Kerusi ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya.

"Ada apa mama?" Gadis itu menyoal.

Puan Han memandang tajam anak gadisnya.

"Kenapa kamu mabuk semalam?" Soal wanita tua itu tegas. Sungguh, dia paling pantang jika anak gadisnya menyentuh minuman yang berbahaya itu.

Yeoreum berdiam diri.

"Kamu tahukan mama tak suka kamu sentuh minuman tu?" Puan Han bertanya lagi. Kali ini, nada suranya bertambah tegas.

"Tahu." Gadis itu membalas pendek. Kepala ditundukkan memandang jari-jemarinya yang bersilang elok diatas riba.

"Then, kenapa kamu minum?" Puan Han memandang Yeoreum. Setahunya, gadis itu juga tidak suka dengan minum keras.

"Yeoreum stress semalam."

Puan Han mengeluh. Inilah anak muda zaman sekarang. Jika mengalami masalah, pasti minuman yang melekakan itu juga dicari. Memang masalah akan dilupakan selepas mengambil minuman itu tetapi masalah tetap tidak dapat diselesaikan.

"Kamu stress pasal apa? Pasal Jungkook?" Puan Han menduga.

Yeoreum mengangkat mukanya. Dia terkedu. Adakah mamanya telah mengesyaki sesuatu? Atau Yoongi yang telah menceritakan segalanya kepada Puan Han?

"Tak, bukan pasal Jungkook." Tipu gadis itu.

"Habistu pasal apa?"

"Pasal kerja je. Yeoreum tertekan sebab ramai sangat pesakit." Yeoreum melakar senyuman hambar. Biarlah perkara ini dia tanggung sendiri. Dia tidak mahu melibatkan Puan Han.

Puam Han hanya mengangguk walaupun masih ada curiga yang bertandang dihati.

"Janji dengan mama, malam tadi adalah kali terakhir kamu sentuh minuman tu."

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now