CHAPTER 34

3.7K 385 21
                                    

p/s - abaikan typo please..buat x nmpk je okeehhh😅

Yeoreum merenung bintang-bintang yang bersinar terang di malam hari di beranda biliknya.

Hatinya tidak tenang sejak peristiwa Jungkook melamarnya. Sungguh dia tidak sangka lelaki itu mencintai dirinya.

Hati dia mahukan lelaki itu. Tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu dilabel perampas. Sesungguhnya title perampas adalam panggilan yang paling dibenci oleh Yeoreum. Dia masih ingat yang papanya sanggup meninggalkan mereka sekeluarga demi wanita lain iaitu ibu kepada Kim Jineul. Sehingga sekarang Yeoreum masih membenci wanita itu kerana telah merampas kebahagiaan mamanya dan dirinya.

Yeoreum menarik nafas dalam. Berharap udara malam yang segar dapat menenangkan hatinya yang sedang dilanda gelisah.

Yeoreum memandang cincin yang masih tersarung di jari manisnya. Cincin pertunangannya dengan Jeon Jungkook. Ya, dia masih belum memulangkan cincin itu pada Jeon Jungkook. Biarlah dia menyimpan cincin ini sebagai kenangan mereka berdua.

"Saya tahu saya bodoh. Saya bodoh kerana lepaskan cikgu kepada Kim Jineul kerana saya tidak mahu dilabel perampas. Saya tidak mahu dibenci sepertimana saya membenci ibu Kim Jineul kerana telah merampas kebahagian kami sekeluarga. Cikgu Jeon, jika kita ada jodoh, kita pasti bersama." Kata Yeoreum sambil memandang bintang-bintang yang berkelip indah.

Sedang asyik dia melayam perasaan, sebuah kereta hitam berhenti dihadapan pagar rumahnya.

Dahi Yeoreum berkerut. Siapa pula yang datang pada waktu begini?

Matanya merenung nombor plat kereta tersebut. Setelah dapat mengenalpasti nombor plat kereta tersebut, mata terbutang puas.

"Cikgu Jeon?" Panggilan itu meniti dibibirnya. Sungguh dia tidak percaya yang lelaki itu sanggup mencari dirinya sehingga ke rumah.

Apa pula tujuan Jungkook malam ini? Mahu memujuk Yeoreum lagi supaya menerima dirinya?

Selepas beberapa minit, Jungkook melangkah keluar dari kereta. Pintu utama rumah Yeoreum dituju lalu diketuknya perlahan.

Yeoreum melangkah laju memasuki biliknya. Pinti beranda ditutup rapat. Risau jika Jungkook sedar akan kehadirannya.

Yeoreum sudah tidak senang duduk. Apa lagi yang Jungkook mahukan dari dirinya? Nasib baiklah mamanya tiada dirumah, jika tidak pasti Puan Han akan bertanya pada dirinya akan apa yang terjadi.

"Cikgu Jeon nak apa lagi?" Yeoreum mengeluh kuat. Dia menggaru perlahan belakang kepalanya, cuba mencari idea untuk mengelak daripada berjumpa dengan lelaki itu.

Ketukan Jungkook masih tiada hentinya. Buat kesekian kalinya, Yeoreum menyesal kerana tidak mengunci pintu pagar.

"Han Yeoreum! Cikgu tahu awak ada dekat dalam. Tolong buka pintu ni, kita perlu berbincang." Kedengaran suara Jungkook memanggil namanya membuatkan Yeoreum semakin gelisah.

Dia menuruni tangga perlahan. Kakinya melangkah menghampiri pintu utama.

"Cikgu tahu awak tipu. Cikgu tahu yang awak cintakan cikgu. Tolong buka pintu ni Yeoreum, perkara ni masih boleh dibawa berbincang. Please Yeoreum." Jungkook merayu lembut, berharap Yeoreum berlembut hati dan bersetuju untuk bersua muka dengan dirinya.

"Cikgu baliklah. Saya tak mahu panjangkan masalah ni. Cikgu kembali pada Jineul dan cintakan dia seperti dulu." Balas Yeoreum disebalik pintu. Walau apapun yang terjadi, dia tidak akan membuka pintu.

"Tapi cikgu tak cintakan dia."

"Sama seperti saya. Saya juga tak cintakan cikgu." Yeoreum mengetap bibirnya. Air mata jatuh membasahi pipi tatkala dia melafazkan kata-kata itu.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now