CHAPTER 31

4.2K 396 73
                                    

p/s : terkejut tak? terkejut tak?🙈🙉 ni pendk je tau.

"Ehem." Yeoreum berdeham perlahan selepas bibir Jungkook menjauhi bibirnya. Pipinya yang memerah cuba disembunyikan.

"Maaf." Sengih Jungkook kekok. Tengkuknya diusap perlahan. Entah apa yang merasuk fikirannya sebentar tadi untuk mencium gadis itu.

"Jomlah turun makan. Ibu suruh saya panggil cikgu tadi." Yeoreum berpaling lalu melangkah ke pintu. Dia menutup matanya. Ya tuhan, malunya!

"Yeoreum." Jungkook memegang tangan gadis itu. Menghalangnya berlalu pergi.

"Janji jangan merajuk lagi?"

"Tak janji." Yeoreum menjongketkan bahunya. Bab ni tak boleh janji sebab Yeoreum kaki merajuk sebenarnya.

Jungkook tersenyum. Tangannya menggosok kepala Yeoreum perlahan. Sungguh dia rindu mahu mengusik dan bergurau senda dengan gadis ini. Lihat sahaja personalitinya dingin, tapi kuat merajuk sebenarnya!

"Jomlah turun. Kesian ibu tunggu lama dekat bawah." Yeoreum menarik tangan Jungkook lalu menuju ke dapur.

Jungkook memandang tangannya yang ditarik oleh Yeoreum. Senyuman bahagia mula terukir di wajahnya.

 Senyuman bahagia mula terukir di wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🍁

Puan Jeon tersenyum melihat Yeoreum dan Jungkook menuruni tangga sambil berpegangan tangan. Ucapan syukur terluah dalam sudut hatinya yang paling dalam apabila melihat senyuman Jungkook yang telah lama hilang muncul kembali.

"Bahagia nampak." Kata Puan Jeon apabila pasangan itu tiba di dapur.

Jungkook bertindak memeluk bahu Yeoreum. "Mestilah bahagia."

Puan Jeon mengeleng perlahan melihat ke'sweet'an mereka berdua. Rindu zaman muda.

"Dah duduk sini. Ibu dah siap masak. Kamu berdua makanlah, ibu nak naik atas sekejap."

"Baik ibu." Balas Yeoreum. Tangan Jungkook yang melilit lehernya ditepis perlahan. Jungkook mencebik.

Yeoreum melabuhkan punggung diatas kerusi diikuti Jungkook yang melabuhkan punggung dihadapannya.

Banyak sungguh Puan Jeon masak, kecur air liur dibuatnya tatkala terhidu bau-bau yang sungguh enak.

Sup kimchi dihirupnya perlahan menggunakan sudu. Yeoreum memejamkan mata, sedapnya.

Dia memandang Jungkook yang masih berdiam diri. Aik, mogok lagi ke?

"Kenapa Cikgu Jeon tak makan?"

"Cikgu nak awak suap." Kata Jungkook manja.

"Mengada!"

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now