CHAPTER 23

3.5K 359 21
                                    

Pagi itu Yeoreum menuju ke kelas ditemani Yoongi. Kebetulan mereka terserempak di pintu pagar sekolah tadi.

Yoongi memerhatikan Yeoreum. Aik, diam sahaja gadis ini hari ini. Ada masalahkah? Selalunya ada juga Yeoreum berbual dengannya. Tapi hari ini, sepatah kata pun tidak keluar dari mulut gadis yang diberi nama Han Yeoreum.

Diperhatikan dari riak wajah gadis itu, Yoongi tahu Han Yeoreum sedang dilanda masalah.

"Kenapa kau diam je dari tadi?" Soal Yoongi. Wajah murung Yeoreum dipandangnya. Sah, gadis ini memang sedang ada masalah. Tapi Yoongi tidak pasti apakah masalahnya.

"Saja." Jawab Yeoreum ringkas. Mindanya sekarang sedang bercelaru. Over sangatkah dia marahkan Jungkook kelmarin? Tapi dia berhak marah kerana Jungkook mengingkari perjanjian mereka.

"Habistu kenapa diam?" Soal Yoongi lagi . Sungguh dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Han Yeoreum. Sungguh tidak munasabah jawapan yang terluah dari mulut gadis itu.

"Tak ada mood." Yeoreum menghembus nafas panjang. Cuba menenangkan fikiran dan hatinya. Patutkah dia maafkan Jungkook? Atau terus berjual mahal dengan lelaki itu? Tidak pelikkah lelaki itu jika dia terus berjual mahal?

"Aku tak percaya. Mesti kau ada masalah. Tak apa, nanti aku siasat." Yoongi tersenyum sinis. Heh, ini Min Yoongi anak Min AgustD okay. Semua yang dia mahu tahu pasti dia akan cari tahu sehingga ke lubang cacing. Sesungguhnya sifat ingin tahu anak Min amat tinggi.

"Ikut suka kaulah Yoongi." Balas Yeoreum tanpa nada. Malas mungkin melayan kerenah Yoongi.

Yeoreum menundukkan kepalanya. Mindanya masih terkenang pertengkarannya dengan Jungkook kelmarin. Separuh hatinya rasa bersalah, separuh lagi menyokong tindakannya. Memang benar dia terasa hati dengan Jungkook. Tidak sangka yang lelaki itu seratus peratus terlupa akan dirinya apabila bersama Kim Jineul. Cinta matikah lelaki itu pada gadis yang bernama Kim Jineul?

Langkahnya terhenti apabila seseorang berdiri tegak dihadapannya tanpa beralih. Terus dia mendongak untuk memarahi orang itu kerana menghalang langkahnya namun mulutnya terkunci rapat apabila menyedari siapakah gerangan yang menghalang langkahnya.

"Han Yeoreum." Panggil Jungkook lembut. Mungkin cuba memujuk gadis itu buat kesekian kali. Hati dia tidak tenang selagi gadis itu tidak memaafkan dirinya. Jiwanya tidak tenteram tatkala gadis itu marah akan dirinya. Mindanya bercelaru apabila teringat wajah kecewa gadis itu.

"Jangan halang jalan saya. Tepi." Kata Yeoreum dingin. Kakinya melangkah kekiri namun tangan kanannya digapai Jungkook.

Yoongi yang berada dibelakang Yeoreum hanya mampu menjadi penonton. Takkanlah dia mahu masuk campur pula. Nanti dikatakan jaga tepi kain orang pula.

"Han Yeoreum, cikgu belum selesai dengan awak."

"Bukankah semua sudah selesai kelmarin?" Kata Yeoreum sinis. Suaranya cuba diperlahankan agar tidak didengari oleh pelajar atau guru disekolah itu.

"Yeoreum, please. Cikgu betul-betul lupa. Cikgu tak sengaja." Rayu Jungkook. Tangannya masih memegang erat lengan Yeoreum agar gadis itu tidak melarikan diri darinya.

"Saya nak masuk kelas." Yeoreum merentap lengannya lalu meninggalkan Jungkook. Yoongi membongkokkan badannya sedikit pada Jungkook lalu mengejar langkah Yeoreum.

Sekarang ini Yoongi sudah tahu kenapa Yeoreum muram sahaja. Pasti gadis itu mempunyai masalah dengan tunangannya. Tapi Yoongi sedikit pelik, bukankah Yeoreum tidak mencintai Jungkook? Bagaimana boleh muncul konflik sebegini rupa pula?

"Yah, Han Yeoreum!" Laung Yoongi. Kakinya pantas berlari anak mengejar Han Yeoreum yang melangkah tanpa berpaling.

"Kau merajuk dengan Cikgu Jeon ya?" Usik Yoongi.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now