CHAPTER 35

4K 402 41
                                    

p/s : abaikan typos guys..ssunguhnya sya mmg pemalas. Bateri pun dh tinggl 4%😂

Yeoreum memandang kosong telefon bimbit yang sedang berada ditangannya. Dalam tiga hari lagi dia akan pergi meninggalkan bumi Korea ini.

Niatnya mahu berjumpa dengan Jungkook dahulu sebelum pergi tetapi Jungkook bersetujukah untuk berjumpa dengannya?

Yeoreum mengeleng perlahan kepalanya. Lantaklah Jungkook nak jumpa dia atau tidak, yang penting dia harus memberitahu Jungkook tentang rancangannya untuk ke canada.

Pada masa yang sama, dia juga mahu berterima kasih pada lelaki itu kerana telah membantunya sehingga dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Yeoreum menarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Tenang Han Yeoreum.

Cikgu Jeon, boleh kita berjumpa malam ni? Mungkin dalam pukul 8.00 malam. Saya ada hal penting nak bagitahu cikgu.

Ayat itu ditaip dengan penuh debaran didada. Hapar-harap lelaki itu sudi membalas mesejnya.

Yeoreum menanti balasan daripada Jungkook dengan penuh sabar. Setelah 5 minit menanti dan tiada balasan dari lelaki itu, dia mengeluh perlahan.

"Dia taknak jumpa aku ke?" Soal Yeoreum sendirian. Matanya memandang sayu mesej yang dihantar. Kecewa sangatkah Jungkook pada dirinya?

Yeoreum menyembamkan mukanya pada bantal tidurnya. "Jangan buat saya rasa bersalah Cikgu Jeon." Katanya didalam hati.

Ting!

Yeoreum laju mengangkat mukanya dari bantal. Telefon yang berada disebelah dicapai sepantas kilat.

Dekat mana?

Balasan dari Jungkook ditatap dengan senyuman lebar. Walaupun pendek balasan dari lelaki itu, dia tetap gembira. Sekurang-kurangnya dia tahu yang lelaki itu masih mahu berjumpa dengannya.

Hangang River boleh?

Yeoreum mengengam telefonnya erat. Nasib baiklah mesej tidak dibiarkan tergantung.

Okay.

Yeoreum tersenyum hambar. Tahu sangat yang lelaki itu masih kecewa terhadap dirinya. Lihat sahajalah mesej-mesej yang dibalasnya, semuanya pendek-pendek belaka.

Tidak boleh menyalahkan lelaki itu juga kerana bersikap dingin begitu. Semua ini berpunca daripada Han Yeoreum sendiri juga. Tetapi tidak boleh juga menyalahkan Han Yeoreum 100% kerana gadis itu melakukan semua ini atas permintaan Kim Jineul.

Biarlah Jungkook bersikap dingin atau apa terhadap dirinya. Itu hak juga Jungkook sendiri. Apa lagi yang Yeoreum boleh lakukan jika lelaki itu sudah benci akan dirinya.

🍁

Ting tong!

Yeoreum menekan loceng rumah Yoongi. Dia mengambil keputusan untuk bertemu dengan Jungkook pada malam hari kerana pada petang ini dia telah merancang untuk berjumpa dengan Yoongi.

"Selamat petang Auntie Min." Yeoreum menunduk hormat tatkala pintu utama dibuka oleh ibu Yoongi. Senyuman manis dilemparkan buat wanita yang berusia dalam lingkungan 40-an itu.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now