CHAPTER 28

3.4K 387 47
                                    

Puan Jeon dan Tuan Jeon bergegas ke hospital setelah mereka menerima panggilan dari pihak hospital. Mereka dikhabarkan yang jahitan Jungkook terbuka dan terpaksa dijahit sekali lagi. Hanya Tuhan yang tahu betapa risaunya hati Puan Jeon.

Sampai sahaja dihadapan bilik pembedahan, figura Kim Jineul menyapa mata Puan Jeon.

"Macam mana keadaan Jungkook?" Tanya Puan Jeon risau.

Kim Jineul hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tidak pasti akan keadaan lelaki itu. Sudah hampir 1 jam Jungkook berada didalam bilik pembedahan tanpa khabar berita.

"Mana Yeoreum?" Puan Jeon mencari gadis itu.

"Dia dah balik." Jawab Jineul perlahan. Dia hanya menundukkan wajahnya, tidak berani bertentang mata dengan Puan Jeon. Dia sedar akan kedingingan suara Puan Jeon terhadapnya.

"Balik? Kenapa Yeoreum balik?"

Jineul hanya berdiam diri. Sungguh dia tidak berani untuk berkata perkara yang sebenarnya. Pasti Puan Jeon akan menyalahkan dirinya.

"Pasti Yeoreum balik kerana kamu. Kamu dengar sini Kim Jineul, jangan ingat auntie tak tahu apa hubungan kamu dengan anak auntie. Dan jangan sesekali kamu terfikir atau terlintas difikiran kamu yang Jungkook akan jadi milik kamu. Auntie tak akan pernah restu. Ingat apa yang auntie cakap." Puan Jeon memberi amaran.

Ya, dia tahu segalanya. Dia tahu yang Jungkook ada hubungan dengan gadis itu. Tetapi dia masih belum tahu akan perjanjian yang dibuat di antara Yeoreum dan Jeon Jungkook.

Beberapa minggu yang lepas, dia tidak sengaja ternampak Jungkook dan Jineul keluar berdua-duaan. Pada mulanya dia hanya berfikiran positif, mungkin Jungkook hanya menemani pelajarnya. Tapi selepas dia terdengar perbualan telefon diantara Jungkook dan Jineul beberapa hari yang lepas, dia yakin bahawa Kim Jineul merupakan orang ketiga diantara Yeoreum dan Jungkook.

"Awak, kita dekat hospital sekarang ni. Tahan sikit marah awak dan jangan terlalu beremosi." Nasihat Tuan Jeon pada isterinya.

"Tapi dia perampas." Puan Jeon membentak geram.

Jineul hanya berdiam diri. Sungguh dia terguris dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Puan Jeon. Dia pasti yang Puan Jeon amat membencikan dirinya.

"Jineul, kamu balik dulu ya. Biar auntie dan uncle yang jaga Jungkook." Kata Tuan Jeon bersama senyuman nipis.

Jineul hanya mengangguk.

"Saya balik dulu. Nanti saya datang melawat Cikgu Jeon lagi." Katanya lembut tetapi sedikit bergetar nadanya. Mata yang bergenang dengan air mata cuba disembunyikan.

"Tak perlu. Saya tak suka kamu ada di sini. Menyakitkan mata dan hati." Kata Puan Jeon sinis.

Jineul mengangguk perlahan. Senyuman tipis diberi walaupun hatinya dilukai. Dia sedar akan kedudukannya. Dia sedar yang Puan Jeon amat tidak menyukai dirinya.

Hilang sahaja kelibat Jineul dari pandangan mata, Tuan Jeon memegang bahu isterinya.

"Kenapa awak cakap macam tu pada Jineul?"

"Salah ke apa yang saya cakap? Saya dah lama perhatikan dia. Hati saya selalu cakap yang dia akan jadi penghalang di antara Jungkook dan Yeoreum. Awak sendiri ingatkan apa yang kita nampak hari tu?" Soal Puan Jeon sedikit marah.

"Ya, saya ingat. Tapi ini semua bukan 100% salah budak tu. Jungkook pun bersalah juga dalam hal ni." Tuan Jeon berbicara lembut. Cuba menenangkan hati isterinya.

Puan Jeon menghembus nafas perlahan. Hatinya yang sedang panas cuba disejukkan.

"Maafkan saya, ini keluarga pesakit yang bernama Jeon Jungkook?" Soal seorang jururawat wanita yang datang menghampiri mereka berdua.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now