CHAPTER 12

3.6K 420 13
                                    

Han Yeoreum melangkah masuk kedalam sekolah dengan wajah kosong. Kedua-dua belah tangan dimasukkan kedalam poket blazer sekolahnya.

"Yoongi!" Jeritnya apabila kelibat teman baiknya bermain di pandangan mata.

Tangannya melambai-lambai Yoongi yang berada lebih kurang 15 meter dihadapan.

Namun hampa apabila Yoongi hanya menjelingnya lalu meneruskan langkah. Kepala yang tidak gatal digaru. Kenapa Yoongi palaukan dia? Dia ada buat salah ke?

"Yah!" Gadis itu menarik tangan Yoongi. Badan Yoongi dipusing bagi menghadapnya.

"Kau kenapa?" Soal Yeoreum. Dahinya yang licin berkerut tatkala soalan itu dilontarkan pada lelaki dihadapannya.

"Tanyalah diri kau sendiri." Kata Yoongi dengan nada merajuk. Mulut sengaja dijuihkan ke depan sehingga mampu diikat mengunakan riben.

"Kalau aku tahu, aku tak tanya kau bahalul." Yeoreum menepuk dahi Yoongi. Kuatnya sehingga naik merah dahi manusia yang berkulit putih pucat itu.

Yoongi menggosok dahinya yang terasa perit. Nampak je tangan Yeoreum kecik comel molek, tapi hakikatnya anda akan sungguh merana jika menerima pelempang atau tepukan dari tangan kecil gadis itu.

"Tunang tak jemput." Kata Yoongi perlahan. Mata Yeoreum membulat tatkala mendengar kata dari mulut kawan baiknya.

"Shhhh! Mana kau tahu ni?" Tangan gadis itu menutup mulut Yoongi. Sesak nafas dibuatnya Min Yoongi kerana gadis itu turut menutup lubang hidungnya.

"Yaish." Yoongi menepis tangan Yeoreum. Nasib tak sesak nafas.

"Kau lupa, auntie Han kawan baik mak aku kan. Mestilah auntie jemput mak aku." Terang Yoongi. Matanya menjeling Han Yeoreum.

"Alaaa, sorry la. Aku bukan taknak jemput kau, tapi aku nak rahsiakan pertunangan ni." Lengan Yoongi diraih lalu digoyangkan kekiri dan kekanan.

Yoongi menyilangkan tangannya ke dada. Dia masih didalam mood merajuk.

"Sorry la Yoongi. Janganla merajuk, nanti aku belanja kau ramen." Sengih Yeoreum. Dia tahu, Yoongi pasti kalah jika ditawarkan ramen sebagai balasan.

"Tiga bekas." Tiga jari diangkat bagi menunjukkan yang dia mahukan tiga bekas ramen.

"Tamaknya."

"Taknak belanja takpelah." Mulut kembali dimuncungkan. Mahu saja Yeoreum menarik mulut itu. Comel!

"Yelah-yelah. Nanti balik sekolah aku belanja." Lengan Yoongi dipeluknya. Sengihan comel dilemparkan pada Yoongi yang sudah hilang rajuknya.

"Uuuuuu, sayang kau!"

🌹

Kim Jineul berjalan seorang diri di koridor kelas. Waktu rehat begini, sesiapa sahaja tidak dibenarkan untuk berada didalam kelas jadi kerana itu dia berjalan dikoridor kelas tanpa arah tuju.

Mahu pergi ke kantin, perutnya masih kenyang kerana sudah bersarapan dirumah tadi. Jadi, merayau sajalah kerjanya.

"Kim Jineul!" Panggil seseorang.

Gadis itu memalingkan wajahnya mencari punca empunya suara.

"Ya Cikgu Jeon?" Soalnya apabila guru muda itu memanggilnya. Dia menghampiri Jungkook yang sedang memegang timbunan buku.

"Boleh awak tolong cikgu bawakan separuh buku-buku ni?" Pinta Jungkook.

"Oh, boleh. Mari sini saya tolong." Kim Jineul menghulurkan tangannya. Senyuman manis diukir oleh Jeon Jungkook lalu separuh dari buku itu diserahkan kepada Jineul.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now