CHAPTER 20

3.3K 399 65
                                    

"Wuish, beratnya." Kata Yeoreum yang memegang plastik yang berisi ayam.
Ayam pula seberat dua kilogram. Kata Halmonie Jeon, dia mahu menyediakan stew ayam malam ini.

"Marilah sini cikgu bawa." Jungkook ingin mengambil plastik ditangan Yeoreum namun terhalang apabila gadis itu melarikan tangannya.

"Tak apa, biar saya bawa. Cikgu dah bawa banyak barang tu." Yeoreum memuncungkan mulutnya kearah 4 plastik yang berada ditangan Jungkook. Dua disebelah kanan dan dua disebelah kiri.

"Jomlah balik." Gadis itu menarik lengan sasa Jungkook kearah basikal mereka yang terletak dihadapan pasar.

"Sedapnya." Kata Yeoreum semasa melintasi kedai yang menjual sate ikan. Sudah lama dia tidak memakan makanan itu. Haruman sate ikan sungguh menarik perhatiaanya.

"Nak singgah?" Soal Jungkook.

"Nak tapi saya tak bawa duit."

"Tak apa. Cikgu belanja." Senyum Jungkook. Tak sampai hati lihat wajah kecewa Yeoreum sebentar tadi. Apa salahnya belanja tunang sendirikan?

"Yeay! Sayang Cikgu Jeon." Kata Yeoreum tanpa sedar. Lantas kaki melangkah masuk kedalam kedai. Tak sabar mahu merasa sate ikan.

Jungkook pula hanya mengeleng-geleng kepala melihat sikap Yeoreum. Kadang-kadang manja, kadang-kadang dingin. Mood gadis ini sukar dijangka.

Yeoreum duduk di meja yang agak hujung. Kebanyakkan meja sudah dipenuhi pengunjung dan tinggal meja itu sahaja. Demi makanan, duduk mana pun dia tak kisah asalkan dapat makan.

"Cikgu dah order. Nanti mereka hantarkan." Kata Jungkook yang baru tiba. Plastik-plastik yang berisi barang basah diletakkan ditepi meja. Tangannya mengelap peluh yang membasahi dahi.

Yeoreum hanya mengangguk. Sesekali dia melemparkan pandang ke luar kedai. Ramai betul orang datang ke pasar hari ini, biasalah hari minggu.

"Jemput makan." Kata seorang pekerja bersama senyuman. Dua mangkuk yang berisi sate ikan diletakkan dihadapan Jungkook dan Yeoreum dengan berhati-hati.

"Terima kasih." Ucap Yeoreum.

"Sama-sama." Angguk pelayan itu lalu berlalu pergi.

Tanpa membuang masa, terus secucuk sate ikan dimasukkan kedalam mulutnya. Terlepas hajat nak merasa sate ikan.

"Sedapnya." Puji Yeoreum. Secucuk lagi diambil lalu dimasukkan kedalam mulut. Mata dipejam rapat merasai keenakkan sate ikan.

"Makan hati-hati. Nanti tersedak." Nasihat Jungkook.

Yeoreum hanya tersengih. Secucuk sate ikan diambil lalu dihalakan ke mulut Jungkook.

"Nah." Suanya dihadapan mulut Jungkook.

"Huh?" Jungkook mengangkat keningnya.

"Nganga."

"Ohh. Hahaha." Jungook ketawa kekok. Lantas mulut dibuka. Malulah pula makan bersuap begini.

"Sedapkan?" Soal Yeoreum bersama senyuman.

Jungkook hanya mengangguk. Matanya memerhati Yeoreum yang masih tidak berhenti mengunyah sate ikan. Naik tembam pipi gadis itu.

Uhuk uhuk!

Yeoreum terserdak. Lantas Jungkook menghulurkan air putih kepada gadis itu.

"Kan dah kata makan perlahan-perlahan."

"Maaf. Sate ikan ni sedap sangat."

Yeoreum memuncungkan bibirnya. Jungkook tersenyum. Pantas tangannya mencubit pipi Yeoreum membuatkan gadis itu terkesima.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now