CHAPTER 29

3.7K 381 68
                                    

Ting Tong!

Puan Han yang sedang menonton telivisyen dikejutkan dengan bunyi loceng. Pantas dia bangun menghampiri pintu.

"Eh, Yoongi." Puan Han melempar senyum tatkala melihat wajah kacak Yoongi. Sudah lama Yoongi tidak datang bertandang dirumahnya. Dulu-dulu, selalu juga Yoongi datang melepak dengan anak gadisnya.

"Selamat petang auntie. Yeoreum ada?" Soal Yoongi sopan.

"Ada, masuklah. Nanti auntie panggilkan dia." Ramah Puan Han menjemput Yoongi masuk. Bukannya dia tidak kenal Yoongi ini. Dari kecil lagi Yoongi berkawan dengan Yeoreum. Kemana sahaja pasti berdua, macam belangkas!

"Terima kasih. Ini mama ada kirimkan buah tangan untuk auntie." Beg kertas yang berada di tangan Yoongi kini bertukar tangan.

Puan Han menyambut dengan senyuman. Tidak sah jika Yoongi datang ke rumahnya jikalau tidak membawa buah tangan.

"Ada-ada saja mama kamu. Cakap dekat dia terima kasih ya." Puan Han mengusap lembut kepala Yoongi. Sudah dianggap Yoongi seperti anak kandungnya sendiri.

"Kamu duduklah dulu dekat sofa tu. Auntie pergi panggilkan Yeoreum sekejap. Kamu nak minum apa-apa? Auntie boleh sediakan."

Yoongi menggeleng. "Saya dah minum dekat rumah tadi."

Puan Han hanya mengangguk sambil tersenyum.

Lantas kaki Yoongi dihalakan menuju sofa yang berada diruang tamu.

Puan Han pula mendaki tangga lalu melangkah ke bilik Yeoreum. Pintu bilik anak gadisnya diketuk perlahan.

"Yeoreum, Yoongi datang ni."

Yeoreum yang sedang termenung diberanda kembali semula ke dunia nyata tatkala dikejutkan dengan suara Puan Han.

Yoongi? Buat apa lelaki itu datang ke rumahnya? Seingat dia, dia tidak ada berjanji apa-apa dengan Yoongi pada hari ini. Sudahlah dia tiada mood hari ini.

"Yoongi?" Soal Yeoreum setelah membuka pintu biliknya.

Puan Han mengangguk. "Dia tunggu kamu dibawah."

Yeoreum mengeluh perlahan.

"Suruhlah dia naik mama. Yeoreum tak larat nak turun bawah."

"Kamu demam?" Puan Han melekapkan telapak tangannya di dahi Yeoreum. Suhu badan anak gadisnya diperiksa.

"Yeoreum cuma pening kepala sikit." Yeoreum tersenyum tipis. Hakikatnya dia tiada mood untuk keluar dari biliknya.

"Kamu tunggulah. Mama pergi panggil Yoongi sekejap. Nanti mama suruh Yoongi bawa ubat naik atas."

Yeoreum mengangguk. "Thanks mama."

"Okay." Puan Han melangkah pergi. Sebenarnya dia berasa pelik dengan Yeoreum. Pulang sahaja dari hospital terus Yeoreum berkurung didalam bilik. Ajak makan tengahari pun dia tolak. Ada juga dia terfikir, mungkinkah anak gadisnya bergaduh dengan Jungkook? Tapi apa puncanya?

Puan Han menggeleng kepala cuba berfikir positif. Mungkin Yeoreum memang pening kepala dan kerana itu dia mahu pulang awal dari hospital tadi.

"Yoongi." Panggil Puan Han lembut bersama senyuman.

"Ya auntie?" Telefon yang berada dipegangan disimpan ke dalam poket lantas Yoongi berdiri menghampiri Puan Han.

"Yeoreum tak berapa sihat. Kamu pergilah naik bilik dia."

"Oh, okay. Thank you auntie." Senyum Yoongi. Kaki melangkah menaiki tangga menuju ke bilik Yeoreum.

Bagi Puan Han, tidak ada apa-apa yang perlu dia risaukan. Dari kecil lagi dia telah mengenali Yoongi dan dia yakin Yoongi tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan terhadap anak gadisnya. Lagipula dia tahu, sebelum Yoongi nak buat apa-apa yang tidak patut, mahunya kena smash dengan Yeoreum dulu. Sia-sia masuk hospital.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now