CHAPTER 19

3.3K 381 78
                                    

"Selamat pagi Halmomie." Yeoreum menyapa Halmonie Jeon yang sedang menyediakan sarapan. Rasa bersalah pula kerana dia langsung tidak menolong.

"Selamat pagi." Balas Halmonie Jeon bersama senyuman.

"Ada apa-apa yang Yeoreum boleh tolong?" Yeoreum menyoal lembut. Takkanlah dia hanya mahu melihat sahaja Halmonie Jeon yang sedang menyediakan sarapan, tidak sopan pula.

"Kamu tolong kejutkan Jungkook. Dia belum bangunkan?"

"Kejutkan Cikgu Jeon? Tak ada kerja dekat dapur ke halmonie?" Gadis itu menggaru kepalanya perlahan.

"Kerja dekat dapur dah nak siap. Kamu pergi kejutkan dia. Jungkook itu susah nak bangun pagi." Nasi goreng kimchi yang masih berasap didalam kuali dicedok lalu diletakkan ke dalam bekas.

"Umm." Angguk Yeoreum. Terpaksalah dia mengejutkan gurunya itu walaupun hatinya tidak rela.

Kaki diatur kebilik mereka. Tombol pintu dipulas lalu dia memasuki bilik itu.

"Tak senonoh." Kutuk Yeoreun apabila melihat posisi tidur Jungkook. Tidak silapnya semalam kepala Jungkook yang berada diatas bantal, pagi ini kakinya pula yang berada diatas bantal. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Cikgu Jeon, bangun." Kakinya menguis betis Jungkook.

Mata gadis itu diguling keatas tanda menyampah dengan Jungkook. Tunangnya itu langsung tidak memberi tindakbalas apatah lagi membuka mata.

Yeoreum duduk bertinggung ditepi Jungkook.

"Bangunnn." Jarinya mengepit hidung besar Jungkook namum hanya ditepis oleh tangan lelaki itu. Jungkook mengumam perlahan dalam tidur. Mungkin berasa terganggu dengan gangguan Yeoreum.

Yeoreum menjeling. Susahnya orang tua ni nak bangun. Matanya terpandang pencungkil gigi yang terdapat diatas meja.

Langkah diatur lalu sebotol pencungkil gigi itu diambil. Mulutnya mengoyak senyuman sinis.

"Cikgu Jeon." Panggilnya panjang sambil memasukkan pencungkil gigi kedalam lubang hidung Jungkook. Pencungkil itu dipusing-pusing perlahan didalam lubang hidung Jungkook.

"Haishh." Dengus Jungkook dengan mata yang masih terpejam rapat. Tangannya menepis perlahan tangan Yeoreum.

Namun Yeoreum masih terus menerus mengeletek lubang hidung Jungkook menggunakan pencungkil. Sesekali dia ketawa perlahan melihat reaksi wajah Jungkook.

"Arghh." Jeritnya perlahan apabila Jungkook mengengam pergelangan tangannya.

"Seronok main lubang hidung cikgu?" Soalnya. Pergelangan tangan Yeoreum digengam lembut.

Yeoreum menggosok belakang tengkuknya perlahan.

"Sorry." Katanya perlahan.

"Lepaskan tangan saya." Yeoreum menarik-narik tangannya. Tidak selesa apabila berada dalam posisi yang amat rapat dengan Jungkook.

"Ada syaratnya." Jungkook tersenyum sinis.

"Apa dia?" Yeoreum menjeling menyampah. Lelaki ini selalu kenakan syarat padanya. Pasti syarat itu tidak masuk akal. Kenal sangat dengan perangai lelaki itu walaupun baru 2 bulan mereka berkenalan.

"Morning kiss." Senyuman nakal mula bermain dibibir merahya. Pipinya didekatkan pada bibir Yeoreun.

"Tak naklah. Gatal." Yeoreum menampar pipi Jungkook perlahan.

"Kalau tak nak, cikgu tak lepas."

"Saya jerit panggil halmonie." Ugut Yeoreum pula.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now