CHAPTER 40

4K 358 43
                                    

Yeoreum memulas tombol pintu wad Jungkook perlahan-lahan. Kepalanya dijengulkan sedikit, memerhati gelagat Jungkook yang sedang termenung merenung permandangan bandar Seoul.

"Aishhh, kekoknya nak panggil dia." Yeoreum berkata didalam hati. Kelopak mata dipejamkan sebentar. Janganlah Jungkook mengamuk tak tentu pasal nanti, takut juga dia jika Jungkook membaling segala benda kearahnya. Nanti dengan katil-katil sekali dia angkat!

Yeoreum berdeham perlahan.

"Umm, awak okay?" Yeoreum menyoal dengan teragak-agak.

Jungkook hanya berdiam diri. Soalan daripada Han Yeoreum dibiar sepi. Hatinya agak terusik dengan kelakuan gadis itu sebentar tadi. Bukan niatnya untuk mempertikaikan kesetiaan gadis itu, tapi entahlah. Dia agak terikutkan perasaan sebentar tadi.

Dari ekor matanya, dia dapat melihat gadis itu sedang memegang pinggangnya bersama dahi yang berkerut. Jujur, dia tahu gadis itu dilanggar oleh katil pesakit yang ditolak oleh jururawat tadi. Tetapi egonya yang setinggi Gunung Everest atau mungkin lebih tinggi telah menguasai dirinya! Dibiarkan sahaja Yeoreum yang sedang menahan kesakitan tanpa berpaling walaupun sedikit.

Yeoreum hanya melihat Jungkook yang sedang berdiam diri. Mungkin dia perlukan sedikit masa untuk tenangkan diri, fikir gadis itu.

"Kalau macam tu, saya keluar dululah. Kalau ada apa-apa, panggil saja mana-mana nurse dekat sini." Yeoreum berkata perlahan. Kaki diatur menghala ke pintu keluar.

"Maaf." Sepatah ayat itu mampu menghentikan kaki Han Yeoreum dari terus melangkah. Badan kembali dipusing menghadap Jeon Jungkook.

"Eo?" Yeoreum berkerut dahi.

"Maaf sebab marah awak tiba-tiba tadi." Jungkook berkata perlahan. Matanya masih memandang permandangan Seoul. Membelakangi gadis yang dia cintai.

"Ah, tak apa. Salah saya sebenarnya tadi." Gadis itu menggosok perlahan belakang tengkuknya.

Jungkook mengambil tongkat ketiaknya lalu melangkah menghampiri Han Yeoreum. Pasti gadis itu masih dibelenggu rasa bersalah. Lihat sahaja dari riak wajah gadis itu, Jungkook tahu yang hati Yeoreum masih dihurung rasa serba salah.

"Awak tak salah. Saya yang terlebih emo dan ego tadi. Bukannya saya tak percayakan awak, saya percaya awak sangat-sangat sebenarnya. Cuma tadi saya tak suka tengok lelaki tu pegang-pegang bakal isteri saya." Jungkook mencebik. Rasa nak hempuk je kepala Doktor Kim tadi. Sedap-sedap dia saja sentuh-sentuh HAK orang.

Yeoreum ketawa mengekek.

"Janganlah guna bakal isteri. Gelilah saya dengar."

"Biarlah, biar semua orang tahu yang Han Yeoreum hak milik peribadi lelaki kacak yang bernama Jeon Jungkook." Jungkook mendabik dadanya. Tak padan dengan kaki bersemen!

"Masuk keranda angkat sendiri nampak." Yeoreum memerli Jungkook. Lelaki itu hanya tersengih.

Jungkook mendakap Yeoreum erat. "Mian."

Yeoreum hanya tersenyum. Syukur hal ini tidak dipanjangkan.

"Cikgu Jeon!" Seorang gadis membuka pintu wad Jungkook secara mengejut. Siapa lagi jika bukan Kim Jineul.

Yeoreum melepaskan pelukan mereka. Jungkook mendengus perlahan. Masa-masa macam inilah gadis itu mahu menganggu moment manis dia dan Yeoreum.

"Kau buat apa dekat sini?" Yeoreum menyoal Kim Jineul.

Jineul hanya mendengus.

"Suka hati akulah nak buat apa pun dekat sini. Ni bukan hospital bapak kau pun." Balas Jineul sinis. Sakit matanya melihat kemesraan diantar Yeoreum dan Jungkook.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now