CHAPTER 6

4.6K 448 49
                                    

"Dah sampai." Kata Jungkook apabila tiba dihadapan pagar rumah Yeoreum.

"Gomawo Cikgu Jeon." Ucap Yeoreum. Dia tidaklah begitu kurang ajar sehingga tidak tahu untuk berterima kasih pada orang yang sudah berbudi padanya.

"Sama-sama." Balas Jungkook bersama senyuman. Tangan dimasukkan kedalam baju kotnya yang labuh.

"Saya masuk dulu. Annyeong Cikgu Jeon." Yeoreum melambai Jungkook bersama muka yang tiada perasaan.

Dia mahu melangkah pergi namum terbantut apabila Jungkook memegang lengannya.

"Kenapa?" Soalnya bersama kerutan.

Jungkook memegang kedua belah bahu Han Yeoreum lalu menatap mata gadis itu dalam.

"Lepasni awak masuk bilik awak, awak basuh kaki tau sebelum tidur. Jangan mandi sebab mandi malam tak elok. Just basuh kepala awak and bilas kepala awak okay? Nanti kalau awak tak basuh kaki awak dapat nightmare. Arraseo?" Nasihat Jungkook bersama senyuman. Tangannya masih memegang kemas bahu Han Yeoreum.

Yeoreum terkedu seketika. Matanya terkelip-kelip memandang Jungkook. Belum pernah ada lelaki mengambil berat akan dirinya sebegini melainkan Min Yoongi Genius Jjang Jjang Man itu.

"Oh--ok." Balas Yeoreum dengan tergagap.

"Good night. Have a sweet dream about me." Kata Jungkook bersama kenyitan mata yang menggoda. Terkedu Yeoreum seketika.

"Dae, ni--night Cikgu Jeon." Balas Yeoreum dengan kekok.

Sungguh Jungkook mampu buat hati dia tidak tentu arah.

"Saya masuk dulu. Bye." Yeoreum belari masuk tanpa mendengar balasan Jungkook. Malu!

Jungkook hanya tersenyum dengan kelakuan Yeoreum. Jelas kelihatan yang pipi gadis itu merah menahan malu.

Jungkook menghembus nafas perlahan.

"Bye my student."

· 🌹 ·

Yeoreum menuruni tangga setelah selesai berpakaian sekolah. Kakinya dibawa menuju meja makan. Niat dihati mahu bersarapan pagi sebelum ke sekolah.

"Morning ma." Yeoreum mencium pipi kanan Puan Han yang sudah bersedia dimeja makan.

"Morning sayang." Balas Puan Han lembut.

Han Yeoreum mengambil sekeling roti lalu jem strawberry disapu.

"Semalam Yeoreum balik dengan siapa? Bibik Jung cakap ada orang lelaki hantar Yeoreum." Tanya Puan Han setelah selesai mengelap mulutnya.

"Oh, semalam Cikgu Jeon yang hantar Yeoreum." Balas Yeoreum bersahaja. Roti kedua diambil setelah kepingan pertama sudah dimakan.

"Amboi, Cikgu Jeon hantar. Ada apa-apa ke ni?" Usik Puan Han. Dapat dikesan pipi Yeoreum sedikit memerah.

"Mana ada apa-apalah ma. Dia yang tiba-tiba nak teman Yeoreum balik." Terang Yeoreum jujur. Tidak mahu Puan Han salah faham.

"Tapi Cikgu Jeon tu handsome jugakkan. Bertuah siapa yang jadi isteri dia." Jujur Puan Han. Senyuman manis terukir di bibirnya. Minda sudah melayang ke arah lain apabila terbayang wajah kacak Jeon Jungkook.

Yeoreum memandang Puan Han pelik.

"Ma jangan macam-macam. Takkan Yeorum dapat papa yang tua empat tahun dari Yeoreum kot. Ma please, dalam ramai-ramai lelaki, takkan Cikgu Jeon yang ma pilih?" Soal Yeoreum. Sungguh dia tidak dapat bayangkan jika Jeon Jungkook menjadi papanya. Mesti hidupnya terkonkong!

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now