🍁

"Yeoreum balik dulu ibu. Terima kasih sebab sediakan makan tengah hari tadi. Sedap sangat." Puji Yeoreum. Lama juga dia berada di rumah Jungkook. Sekarang pula sudah jam lima petang, sudah hampir senja.

"Sama-sama. Ibu gembira kalau Yeoreum sukakannya." Puan Jeon mengusap kepala Yeoreum lembut.

Yeoreum tersengih. Jungkook hanya memerhati adegan diantara ibunya dengan Yeoreum. Ibunya memang sayangkan Yeoreum.

"Ibu pergi tandas dulu ya. Jungkook, kamu temankan Yeoreum tunggu mama dia." Arah Puan Jeon. Kakinya melangkah laju menuju ke tandas. Dah tak tahan dah ni.

Jungkook berdiri dihadapan Yeoreum. Wajah gadis itu diratapnya.

"Apa?" Yeoreum menjongketkan keningnya.

Jungkook hanya mengeleng bersama sengihan. Sengaja mahu mengusik Yeoreum.

Pin pin!

Yeoreum menjengukkan kepalanya ke laman rumah Jungkook. Nampaknya mamanya sudah sampai.

"Saya balik dululah cikgu. Mama dah sampai tu." Kata Yeoreum sambil menunjukkan arah kereta mamanya.

Jungkook mencebik. "Hadiah selamat tinggal tak ada?"

Yeoreum bekerut dahi. Hadiah apa pula ni?

"Hadiah?"

Jungkook mengangguk. "Yup, hadiah. Kiss?" Tanya Jungkook tanpa segan. Dia memegang dagu runcing Yeoreum.

Yeoreum mencebik. Muka Jungkook ditolaknya dengan telapak tangan.

 Muka Jungkook ditolaknya dengan telapak tangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Gatal!" Tepik Yeoreum.

Jungkook ketawa besar. Sungguh dia bahagia hari ini.

🍁

S

elepas kejadian hari itu, hubungan mereka berdua bertambah erat. Setiap hari Jungkook datang mengajar Yeoreum dirumah seperti yang dijanjikan. Sesungguhnya, Jungkook tidak mahu peristiwa lama berulang kembali.

Hari ini sekolah mereka menganjurkan Hari Sukan Balapan dan Padang.

Yeoreum tidak menyertai apa-apa acara. Katanya malas, hitamkan kulit sahaja.

Tapi jangan fikir dia masih boleh duduk goyang kaki jadi penonton, hakikatnya dia dipaksa oleh cikgunya untuk menjadi PC atau nama panjangnya Pertolongan Cemas semasa aktiviti-aktiviti padang dan balapan berlangsung.

Yeoreum berdiri ditepi trek larian. Sekarang acara 1500 meter lelaki akan berlangsung. Tugasnya ialah memapah peserta yang pengsan atau cramp ke khemah pertolongan cemas yang disediakan di tengah padang.

"Sedia, mula!" Bunyi tembakan mengejutkan Yeoreum. Dia menyaksikan peserta-peserta yang bertungkus lumus berlari demi mendapatkan pingat dan mata bagi rumah sukan masing-masing.

Jungkook pula hanya sekadar memerhati. Melihat anak-anak muridnya bertanding. Sekali-sekala dia mencuri pandang kearah Yeoreum yang berdiri ditepi trek larian.

Peserta yang pertama tiba di garisan penamat setelah berlari sejauh 1500 meter. Yeoreum bersedia untuk menyambut jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

"Huh huh huh." Lelaki yang bernama Park Jimin berjaya melepasi garisan penamat. Guru-guru rumah sukannya bersorak riang apabila Jimin berjaya mendapatkan emas bagi rumah sukan mereka.

"Jimin!" Yeoreum menjerit memanggil lelaki itu tatkala dia hampir jatuh menyembah bumi. Bukannya dia tidak kenal Jimin, mereka sekelas.

"Kau okay?" Tanya Yeoreum setelah menghampiri Jimin yang sedang melutut di tepi trek larian.

"Kaki aku cramp." Balas Jimin dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Ikut aku ke khemah PC." Yeoreum memapah Jimin ke tengah padang. Lintang punkang juga dibuatnya. Jimin itu sudahlah berat dari dirinya. Memang jalan macam orang mabuk lah jawabnya. PC lelaki pula tidak tahu hilang kemana.

Jungkook yang memerhati dari jauh hanya melemparkan pandangan tajam tatkala melihat Jimin yang sedang dipapah oleh Yeoreum.

Jungkook yang memerhati dari jauh hanya melemparkan pandangan tajam tatkala melihat Jimin yang sedang dipapah oleh Yeoreum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mengada betul." Kutuknya pada Jimin.

Dia melangkah laju menghampiri Yeoreum dan Jimin yang sedang menuju ke khemah di tengah padang.

"Mari sini cikgu papah dia." Jungkook menarik lengan Jimin lalu memapah lelaki itu. Jimin dan Yeoreum terkedu dengan kemunculan Jungkook secara tiba-tiba.

"Cikgu buat apa dekat sini?" Soal Yeoreum pelik.

"Tolong awaklah. Cara jalan dah macam orang mabuk cikgu tengok." Perli Jungkook. Dia berjalan laju sambil memapah Jimin dan diikuti oleh Yeoreum dibelakang.

Yeoreum mencebik.

Jungkook meletakkan Jimin perlahan-lahan diatas kerusi yang disediakan. Ikutkan hati, mahu dibaling saja.

Yeoreum pula bergegas mengambil beg kecil yang berisi ais lalu kaki Jimin ditekapkan dengan ais itu.

"Dekat sini yang cramp?" Soal Yeoreum. Jimin hanya mengangguk. Tidak larat untuk membuka mulut.

Jungkook memandang geram. Sudah-sudahlah tu. Tak nampak ke yang dia dah macam tugu negara dekat sini?

 Tak nampak ke yang dia dah macam tugu negara dekat sini?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Dah, dah. Biar cikgu yang buat. Awak pergi uruskan pelajar perempuan." Jungkook menolak bahu Yeoreum perlahan. Ais yang berada ditangan Yeoreum diambil.

Yeoreum menjeling. Kalau cemburu cakap sajalah. Yeoreum melangkah pergi ke trek larian. Bersedia untuk menyambut lelaki-lelaki kacak.

TBC

Sya dpt idea ni msa jd PC kelmarin. Tp jgn slh fhm, sya smbut pljr prmpun je tau. Klau ada yg muka cam Jungkook teringin juga nk smbut🙈🙈🙈. Hari ni hbis lenguh2 lengn, angkt orng punya psl. Berat woo..Jimin menyelit dlm chap ni. Jimin wifeu, happy?

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now