"Yeoreum perlukan bantuan ketika itu dan pada masa yang sama Cikgu Jeon turut perlukan bantuan. Tanpa berfikir panjang, kami berdua bersetuju untuk mengikat tali pertunangan demi memenuhi kepentingan masing-masing. Kami berbuat sesuatu tanpa berfikir panjang dan berfikir apa risikonya kelak. Maafkan Yeoreum sebab tipu halmonie." Tangan tua itu digengam erat. Tampak jelas wajah kecewa halmonie Jeon.

Ya Tuhan, bersalahnya dia kerana menipu wanita tua ini. Berdosanya dia kerana melukakan hati tua itu. Melukakan hati yang ikhlas menyayanginya dan menaruh harapan tinggi padanya.

"Berapa lama kamu berdua akan bersama?" Tanya halmomie sebak. Hatinya tidak rela melepaskan gadis itu. Sungguh dia sayangkan Yeoreum. Dia tidak mahu pertunangan ini putus dipertengahan jalan. Dia mahu Yeoreum menjadi suri hati Jeon Jungkook selamanya kerana dia yakin, hanya gadis ini mampu membahagiakan cucunya.

"Setahun."

Satu perkataan itu mampu membuatkan dia mengalirkan air mata. Tidak sangka yang pertunangan ini ada tempoh tamatnya.

"Maafkan Yeoreum halmonie. Semua ini hanya kebetulan sahaja. Kami berdua sama-sama perlukan bantuan dan kerana itu terwujudnya pertunangan ini." Yeoreum memeluk tubuh tua itu erat. Berharap agar Halmonie Jeon memaafkan kesilapannya.

"Tapi kamu cintakan Jungkook. Halmonie yakin yang pertunangan ini dapat diselamatkan." Tangannya memegang kedua-dua belah pipi Han Yeoreum.

Yeoreum mengeleng perlahan. "Dia tak cintakan saya halmonie. Dia cintakan orang lain."

"Dengar sini sayang, didunia ini tiada yang namanya kebetulan. Semuanya rancangan tuhan dan itu namanya takdir. Kamu mesti percaya itu. Halmonie yakin, pertunangan ini berlaku ada sebab dan baiknya cuma kita hanya perlu menunggu jawapan kenapa semua ini terjadi." Senyum Halmonie Jeon tipis. Jarinya mengelus rambut panjang Yeoreum dengan penuh kasih sayang. Wajah mendung gadis itu ditatapnya dalam.

Kenapa Jungkook tidak menyedari keikhlasan hati gadis ini? Kenapa Jungkook tidak menyedari cinta gadis ini? Dia yakin dengan kata hatinya, Yeoreum mampu membahagiakan Jungkook. Dia yakin, satu hari nanti mereka berdua pasti akan kembali bersama walaupun mungkin akan berpisah buat sementara waktu. Kerana dia tahu, semuanya tidak akan berlaku hanya untuk sia-sia.

🍁

"Kami pulang dulu halmonie." Jungkook memeluk Halmonie Jeon. Cepat sahaja masa berlalu. Ingin sahaja dia tinggal lebih lama tetapi dalam masa yang sama dia merindui Kim Jineul. Separuh hatinya mahu pulang berjumpa Jineul manakala separuh lagi ingin bersama halmonienya dengan lebih lama.

"Hati-hati masa bawa kereta. Jaga Yeoreum baik-baik dan jangan sakitkan hati dia." Nasihat Halmonie Jeon. Rambut Jungkook diusap lembut. Tak sangka cucunya sudah mahu pulang.

"Baik halmonie." Sengih Jungkook.

"Yeoreum, sini." Halmonie Jeon memeluk Yeoreum pula. Gadis yang sudah dia anggap seperti cucu sendiri.

"Halmonie jaga diri. Jangan sakit-sakit dan jaga kesihatan. Nanti kalau Yeoreum ada masa, Yeoreum melawat halmonie lagi ya."

Halmonie Jeon melepaskan pelukannya.

"Terima kasih. Halmonie akan rindu Yeoreum dan Jungkook. Kalau boleh, jangan bertunang lama sangat. Tahun depan kahwin ya." Kata Halmonie Jeon sekadar menguji Jungkook. Sengaja dia berkata begitu walaupun dia sudah tahu pengakhiran pertunangan pasangan itu selepas setahun.

"Kahwin?" Jungkook menelan liurnya payah. Sudah, nampaknya Halmonie memang berkenan dengan Yeoreum.

"Iyalah kahwin. Sampai bila nak bertunang. Kata orang dulu-dulu, tak elok bertunang lama-lama."

Yeoreum hanya mampu melemparkan senyuman hambar. Halmonie Jeon sengaja mahu menguji Jungkook.

"Yeoreum muda lagi halmonie. Perjalanan masih jauh. Ada jodoh, kahwinlah kami." Yeoreum menenangkan keadaan. Dilihatnya Jungkook hanya berdiam diri dan tidak tahu untuk menjawab soalan halmonie. Baiklah dia hentikan segalanya sebelum Halmonie Jeon pergi lebih jauh.

"Jungkook." Seru Halmonie Jeon.

"Ya?"

"Halmonie ada satu permintaan. Harap kamu dapat tunaikannya."

"Permintaan apa halmonie? Jungkook akan cuba penuhkan demi halmonie kesayangan Jungkook ni." Sengih Jungkook. Dia memeluk lengan Halmonie Jeon manja.

"Tolong jaga pertunangan ini. Jangan biarkan ia putus ditengah jalan."

Yeoreum membulatkan matanya. Tidak percaya yang Halmonie Jeon meminta hal sedemikian.

Jungkook terkedu. Perlahan-lahan pelukan pada lengan Halmonie Jeon longgar. Halmonie memang berharap pertunangan ini berkekalan. Bagaimana reaksi halmonie apabila pertunangan mereka putus selepas setahun. Kecewakah wanita tua itu? Akan terlukakah hatinya kelak? Bencikah pada dirinya kerana telah menipu wanita tua itu?

"Boleh tak Kook?" Soal Halmonie sayu.

Jungkook berdiam diri. Tidak mungkin dia berkata 'tidak'. Namun tidak mampu juga dia berkata 'ya'. Jungkook runsing. Perkara inilah yang paling dia takutkan.

Matanya terpandang wajah sayu dan penuh harapan Halmonie Jeon. Hatinya dijentik rasa bersalah. Sungguh dia tidak sanggup kecewakan hati tua itu.

"Jungkook akan jaga pertunangan ni. Jungkook janji."

TBC

Sorry updt lmbt😭..sbnrnya nk updt hri rabu tp mobile data habis..syok sngt main ig😂 ni pon merayu kat abah minta bli topup..nasib baik dpt..k..insyaAllah hri ahad ni updt👌

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now