"Tapi, kereta Kook rosak."

"Basikal kan ada."

Yeoreum membulatkan matanya. Seumur hidupnya, tidak pernah lagi dia menunggang basikal. Kata mamanya bahaya! Kerana itulah dia tidak pernah belajar untuk menunggang basikal.

"Basikal kan ada satu saja." Jungkook mengerutkan dahinya. Takkanlah dia berjalan kaki manakala Yeoreum memunggang basikal. Ini tidak adil! Sudahlah panas terik, sengal kaki akibat berjalan kelmarin pun masih belum hilang.

"Apa susah, Yeoreum bonceng kamu sahajalah."

"Bwo?" Yeoreum meneguk air liurnya susah. Sungguh dia tidak berani untuk menunggang basikal apatah lagi membonceng basikal dengan Jungkook.

"Kenapa? Yeoreum takut?" Soal Halmonie Jeon prihatin apabila melihat wajah Yeoreum yang sudah bertukar pucat.

Yeoreum mengangguk perlahan.

"Jangan risaulah, cikgu pandai bawa basikal." Jungkook mendabik dada tanda riak. Dia tidak pernah jatuh tau bila menunggang basikal. Siap pernah berlumba lagi dengan ketua kamping masa kecil.

"Okay." Yeoreum mengangguk perlahan. Nak buat apalagi, terpaksalah dia setuju.

🍁

Jineul mundar mandir di jendela biliknya. Telefonnya dilihat berulang kali. Menunggu balasan daripada kekasih hati.

Sibuk sangatkah Jungkook sehingga tiada masa untuk membalas mesejnya? Kata lelaki itu, telefonnya sentiasa terbuka untuk menerima mesej atau panggilan dari dirinya.

"Cikgu Jeon." Keluhnya perlahan. Mindanya cuba berfikir positif. Mungkin Jungkook ada banyak hal dikampung untuk diselesaikan.

Matanya dipejam rapat. Bertenang Kim Jineul. Mungkin dia sibuk. Kau janganlah risau sangat. Hatinya menasihati.

Skrin telefon dilihat buat kesekian kali. Bogoshipeoyo.

🍁

"Cikgu yakin ini selamat?" Yeoreum menyoal risau. Sudahlah tiada topi keselamatan, macam mana kalau mereka terjatuh nanti? Macam mana kalau basikal yang mereka tunggang nanti masuk parit? Otanya mula berfikiran negatif.

"Cikgu yakin 100 peratus selamat. Selagi awak bersama cikgu, awak tak akan tercedera." Balas Jungkook yakin. Tangannya menepuk dada. Ini Jeon Jungkooklah, mana pernah cederakan anak dara orang.

"Riak." Kutuk Yeoreum. Tempat pembonceng dibelakang Jungkook didudukinya perlahan. Tangannya memegang bahu Jungkook erat.

"Bahaya kalau awak pegang bahu cikgu."

"Habistu, nak pegang mana?" Soal Yeoreum pelik.

Tangan Yeoreum ditarik lalu ditempatkan dipinggangnya.

"Pegang sini. Peluk cikgu kuat-kuat." Kata Jungkook bersama senyuman manis.

"Peluk?" Soal Yeoreum buat kesekian kali. Dia masih tidak yakin untuk memeluk pinggang tunangnya. Malu! Sudahlah tadi dia terpaksa cium Jungkook, sekarang terpaksalah peluk pula. No..no..no

"Kalau awak tak nak jatuh, awak peluklah."

Yeoreum menghembus nafas lemah. Dia lebih sayangkan dirinya. Terpaksalah dia memeluk pinggang lelaki itu daripada dia jatuh seperti nangka busuk. Itu lebih memalukan.

"Hati-hati tau. Cikgu bawa laju." Jungkook memulakan kayuhannya. Semakin lama semakin laju.

Jungkook tersenyum nipis apabila Yeoreum memeluk pinggangnya dengan lebih erat apabila dia melajukan kayuhan basikal.

"Perlahanlah sikit Cikgu Jeon!" Jerit Yeoreum dibelakang.

"Tak nak." Balas Jungkook. Kakinya mengayuh basikal dengan lebih laju. Terjerit Yeoreum dibuatnya apabila Jungkook sengaja melanggar lubang.

Jungkook ketawa suka. Sungguh dia suka apabila mendengar teriakkan dan rayuan Yeoreum. Jujur, hatinya berbunga.

TBC

✔ Tunang Paling Sweet + jjkDär berättelser lever. Upptäck nu