"Kalau awak panggil halmonie, cikgu buat lagi teruk. Bukan setakat pipi, lips sekali cikgu kerjakan." Jungkook mengangkat keningnya nakal.

Yeoreum menyumpah seranah Jungkook didalam hati. Lelaki ini memang gila! Sudah ada kekasih tapi masih menggoda dia.

Tanpa banyak soal, Yeoreum mencium pipi lelaki itu sesaat.

Jungkook tersentak. Tangannya melepaskan pergelangan tangan Yeoreum tanpa sedar. Peluang itu diambil oleh Yeoreun lalu berlari keluar dari bilik. Malu!

Jungkook memegang pipinya tidak percaya.

"Wah, biar betul."

Niatnya tadi hanya mahu mengusik Yeoreum, namun sungguh dia tidak sangka yang Yeoreum akan menuruti syaratnya.

Dia kembali merebahkan kepalanya. Matanya memerhati kipas syiling dengan pandangan tidak percaya. Otaknya masih mencerna apa yang dilakukan oleh gadis itu sebentar tadi.

Jungkook memejamkan matanya. Wajah Yeoreum yang memerah selepas mencium pipinya terlayar difikiran. Tanpa sedar, dia tersenyum sendirian.

🍁

"Lambat bangun Kook." Sapa neneknya di meja makan. Nasi goreng kimchi dicedok lalu diletakkan kedalam pinggan yang berada dihadapan Jungkook.

"Penat." Balas Jungkook singkat. Jungkook mengukir senyuman. Wah, halmonie memang tahu makanan kegemarannya. Kecur air liurnya tatkala terbau haruman dari nasi goreng buatan neneknya.

Sesekali matanya melirik kearah Yeoreum yang berada dihadapannya. Sedari dari tadi, gadis itu hanya menunduk sahaja. Mungkin masih malu dengan kejadian tadi.

"Yeoreum diam sahaja." Tegur Halmonie Jeon.

Yeoreum tersenyum tipis. Alasan logik dicarinya untuk membalas soalan Halmonie Jeon.

"Nasi goreng halmonie sedap sangat. Itu yang sampai tak bercakap." Kata Yeoreum dalam nada gurauan. Matanya menjeling Jungkook tajam apabila lelaki itu mengeluarkan tawa kecil.

"Yang kamu ketawa tu kenapa Kook? Apa yang lawaknya?" Wanita tua itu menatap cucunya.

"Sedap sampai pipi merah." Usiknya.

"Yahh!" Yeoreum menyepak kaki Jungkook yang berada dibawah meja.

"Sakitlah!" Teriak Jungkook. Betisnya digosok perlahan. Semalam kena pijak, hari ini kena sepak. Apa dia ingat kaki ni besi ke?

"Dah-dah. Tak baik gaduh-gaduh depan rezeki. Makan." Kata Halmonie Jeon tegas walaupun dia tidak tahu apa yang terjadi diantara cucu kesayangannya dan Yeoreum. Mungkin kalau dia tahu, jangka hayat Jungkook akan tamat serta merta.

"Dae." Balas Yeoreum dan Jungkook serentak.

Meja makan itu kembali sunyi dan hanya kedengaran bunyi kunyahan dari mulut Jungkook.

"Kamu ada hal nak buat lepasni?" Soal wanita tua itu.

Jungkook menggeleng. "Tak ada."

"Bagus. Nanti kamu dan Yeoreum pergi pasar. Tolong belikan halmonie barang basah ya dekat pasar. Halmonie ingat nak buat stew ayam malam ini." Pinta Halmomie Jeon. Yeoreum dan Jungkook dipandangnya dengan senyuman.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkKde žijí příběhy. Začni objevovat