"Gatal!" Jerit Yeoreum.

Halmonie Jeon hanya mampu menggeleng kepala melihat tingkah mereka berdua. Macam budak-budak! Tetapi manis sahaja dilihat oleh mata tuanya.

"Kamu jangan macam-macam Kook. Kalau kamu buat perkara tak senonoh pada Yeoreum, siaplah kamu. Nenek cincang-cincang badan kamu." Ugut Halmonie Jeon. Tangan sengaja digayakan seperti memegang pisau.

"Jungkook waras lagilah Halmonie." Cebik Jungkook. Tak gila lagilah dia nak buat macam-macam pada Yeoreum. Silap hari bulan, arwah dia dikerjakan gadis itu.

"Yeoreum, kalau Jungkook kacau kamu, kamu jerit panggil halmonie. Tahulah halmonie nak ajar dia macam mana."

Jungkook menjeling Halmomie Jeon.

"Halmonie macam tak percaya pada Jungkook je." Muka Jungkook memasam. Muka dia ni macam perogol bersirikah?

"Kamu tu bukannya boleh percaya sangat." Balas Halmonie Jeon selamba.

"Dah pergi berehat. Mesti kamu berdua penat. Halmonie nak ke dapur dulu." Halmomie Jeon menepuk-nepuk belakang bahu Jungkook lalu melangkah ke dapur.


🍁

"Saya nak tidur atas katil." Yeoreum melabuhkan punggungnya diatas katil. Sedapnya dapat rehatkan badan. Kaki pula terasa sengal sahaja akibat berjalan tadi.

"Mana boleh, ini katil cikgu punya. Awak tidur bawah." Jungkook menarik tangan Yeoreum.

"Tak nak!" Yeoreum mengeraskan badannya. Apa-apapun, dia tidak akan mengalah. Dia akan pastikan yang katil ini akan menjadi miliknya.

"Apa taknak taknak? Ini katil cikgu punya!" Jungkook masih berusaha menarik tangan Yeoreum. Nampak sahaja kecil, tapi rasa macam tarik ibu gajah! Badan Yeoreum langsung tidak berganjak dari katil itu.

"Saya bagitahu halmonie." Ugut Yeoreum. Gadis itu bangun lalu melangkah ke pintu bilik.

"Tak kisah." Jungkook menjelirkan lidahnya. Fikirnya Yeoreum hanya mahu mengugutnya.

"Halmonie! Jung--znxnrixjxjfjsifjs" Jungkook menutup mulut Yeoreum dari arah belakang. Aishh, budak ni. Nak main mengadu-mengadu pula.

Yeoreum menepuk-nepuk tangan Jungkook yang menutup mulutnya. Ya tuhan, sesak nafas dibuatnya!

"Janganlah mengadu!" Jungkook berbisik perlahan. Habislah dia kena ceramah dengan Halmonie Jeon nanti kalau Yeoreum mengadu.

"Uhmmpp umphhhh!" Yeoreum tidak mengalah.

Tiba-tiba satu idea datang menerjah mindanya. Bersiap sedialah Cikgu Jeon yang terchenta.

Satu.

Dua.

Tiga.

"Eiiiiiiii." Jerit Jungkook jijik. Tangannya ditarik dari mulut Han Yeoreum. Telapak tangannya dilap pada pada dinding kayu rumah Halmonie Jeon berkali-kali. Mana tidak gelinya, gadis itu menjilat telapak tangannya!

"Padan muka!"

"Apa bising-bising ni?" Soal Halmonie Jeon yang baru tiba tatkala terdengar bunyi yang kecoh dari bilik mereka.

"Jungkook taknak bagi Yeoreum tidur atas katil." Adu gadis itu.

"Jungkook." Halmonie Jeon mencerlung Jungkook tajam.

"Tapi, inikan katil Jungkook." Cebik Jungkook. Matanya memandang Yeoreum geram namun hanya dibalas senyuman mengejek oleh gadis itu.

"Jeon Jungkook." Nampaknya Halmonie Jeon telah mengeluarkan suara vetonya.

"Ambillah katil tu. Ambil ambil." Jungkook mengalah. Haih, terpaksalah dia tidur diatas toto.

🍁

Malam itu selepas makan malam, Yeoreum dan Jungkook terus melangkah ke bilik. Penat katanya. Lelah akibat berjalan tadi masih belum hilang.

Yeoreum berbaring menghadap atap rumah. Bunyi kipas syiling mengisi kesunyian malam.

"Yeoreum, awak dah tidur?" Suara Jeon Jungkook menerpa gegendang telinga gadis itu.

"Belum."

"Jomlah sembang. Cikgu tak mengantuk lagi." Kata Jungkook dari bawah. Totonya dibentangkan ditepi katil Yeoreum.

"Sembang tentang apa?" Yeoreum menjengukkan kepalanya kebawah.

"Awak ada first love?"

Yeoreum diam seketika. "Ada."

"Siapa?" Tanya Jungkook teruja. Wah, tak sangka Yeoreum pernah jatuh cinta.

"

Mana boleh bagitahu. Rahsia." Yeoreum kembali merehatkan kepalanya diatas bantal. Matanya merenung kipas syiling yang ligat berpusing.

Jungkook mencebik. Main rahsia-rahsia pula.

"Lelaki tu sedar tak yang awak sukakan dia?"

"Tak, dia tak sedar. Dan saya rasa, dia tak akan pernah sedar sebab dia langsung tak pandang saya." Yeoreum tersenyum hambar.

"Bodohnya lelaki tu." Kutuk Jungkook. Gadis secantik Yeoreum tidak dipandangnya? Bodoh betul.

"Saya yang bodoh. Saya tetap sukakan dia walaupun dia dah ada kekasih."

"Jinjja? Mesti awak sakit hatikan?"

"Tipulah kalau saya kata saya tak sakit hati." Jujur Yeoreum.

"Kalau saya jumpa lelaki tu, saya tumbuk dia bagi pihak awak. Sesuka hati dia sahaja sakitkan hati tunang saya."

"Iya? Tapi tak usahlah Cikgu Jeon. Cikgu akan sakitkan diri cikgu sendiri nanti."

"Sakitkan diri sendiri? Kenapa pula?" Soal Jungkook naif. Sesungguhnya, orang tua ini memang lembap.

"Tak ada apalah cikgu. Dah, tidur-tidur. Dah lewat ni." Yeoreum memejamkan matanya. Jungkook tidar sedar atau hanya buat-buat tidak sedar dengan luahan hatinya?

Yeoreum memejam matanya erat. Ya tuhan, hatinya kalah dengan layanan Jungkook. Kini dia yakin bahawa dia sudah tersilap langkah. Tersilap langkah kerana membenarkan Jungkook masuk kedalam hatinya sedangkan dia dan lelaki itu akan berpisah kelak.

TBC

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now