"Ahh." Dia terjerit kecil apabila matanya ditutup oleh sepasang tangan.

"Cuba teka siapa saya?"

Jineul tersenyum. Sudah dapat mengagak dari nada suara dan haruman perfume.

"Cikgu Jeon." Gadis itu melepaskan tangan yang menutupi matanya.

"Pandai." Jungkook mencubit hidung Jineil lembut. Terasa rindunya sedikit terubat apabila berjumpa dengan gadis ayu itu. Tetapi terpaksa pula berjauhan selama seminggu.

Jungkook menarik kerusi yang berada dihadapan Jineul lalu melabuhkan punggung. Senyuman manis dilemparkan buat si gadis.

"Kenapa nak jumpa?" Soal gadis itu. Matanya dialihkan kearah lain. Malu untuk bertentang mata dengan jejaka kacak itu.

"Rindu." Balas Jungkook manja. Semakin melebar senyumannya apabila pipi Jineul bertukar merah. Terasa ingin dicubit-cubit pipi itu.

"Ada-ada sajalah Cikgu Jeon. Cepatlah bagitahu apa yang cikgu nak cakap." Gadis itu menunduk malu.

"Cikgu kena balik kampung selama seminggu."

"Seminggu? Lamanya. Pasti saya rindu cikgu nanti." Balas gadis itu sayu. Pasti dia rindu untuk bertemu dengan Jungkook nanti.

Jungkook tersenyum nipis. Berbeza benar sikap Yeoreum dengan Jineul. Yeoreum susah benar untuk mengukapkan kata rindu apatah lagi bermanja. Jineul pula mengakui saja apa yang terpendam dihati dan juga bersikap manja. Memang dua personaliti yang berbeza.

Sebut tentang Yeoreum, gadis itu baru saja bersetuju untuk menemaninya selepas dipujuk rayu. Ikutkan hati Yeoreum, dia mahu melepak dirumah sahaja. Malas untuk keluar dari rumah. Tetapi apabila dipujuk rayu oleh Jungkook tanpa henti, terpaksalah dia bersetuju.

"Awak telefon sahaja cikgu. Telefon cikgu sentiasa terbuka untuk awak."

"Yelah. Cikgu balik sorang?"

"Ayah ada kursus jadi ibu teman ayah. Ibu suruh Yeoreum temankan cikgu. Katanya nenek mahu kenal-kenal dengan Yeoreum. "

Entah kenapa, hati Jineul dilanda perasaan yang aneh apabila nama gadis itu meniti dibibir Jungkook. Cemburukah dia dengan gadis itu?

"Oh." Hanya itu yang mampu dibalasnya. Dia cuba menghalau perasaan cemburu yang datang bertandang dihati.

"Awak cemburu ya?" Usik Jungkook. Dapat dilihat wajah gadis itu bertukar mendung tatkala nama Yeoreum meniti dibibirnya.

"Taklah. Saya tak cemburu. Cikgukan sayang saya." Gadis itu tersenyum. Ya, tidak sepatutunya dia cemburu. Jungkook dan Yeoreum tidak mempunyai perasaan yang istimewa diantara mereka berdua. Kenapa dia harus cemburu sedangkan dia percaya bahawa hati Jungkook ada padanya?

"Tahu tak apa." Jungkook ketawa suka. Dia lega kerana Jineul memahami situasinya.

🍁


"Jauh lagi ke cikgu?" Yeoreum menyoal Jungkook yang berada di seat pemandu. Tidak silapnya, lebih kurang dua jam juga dia duduk didalam kereta. Naik kebas punggungnya.

"Lebih kurang 40 minit lagi." Balas Jungkook yang masih fokus dengan pemanduan. Sesekali mata tajamnya memerhati cermin sisi untuk melintas kereta dihadapan kereta mereka.

"Bosannya." Rungut gadis itu. Mahu tidur, takut termalu pula jika dia mengeluarkan air liur basi tanpa sengaja. Tahankan sahajalah mata yang mengantuk itu.

"Kalau bosan, awak tidurlah."

"Tak nak." Tolak Yeoreum. Jangan harap dia terlena apabila berada disamping Jungkook. Buat malu diri sendiri sahaja nanti.

Kereta yang dipandu Jungkook tiba-tiba meragam di tengah jalan. Panik seketika Jungkook dibuatnya.

"Kenapa ni cikgu?" Soal Yeoreum apabila Jungkook menberhentikan kereta di tepi jalan. Lampu kecemasan dibuka.

"Entahlah, kereta tiba-tiba buat hal."

Jungkook melangkah keluar dari kereta. Bonet hadapan kereta dibuka.

"Wuishh, berasap." Kata gadis itu. Memang sah kereta ini buat hal. Siap asap hitam lagi keluar.

"Apa yang rosak ni?" Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Cikgu tak tahu apa yang rosak?" Soal Yeoreum yang berdiri disebelah Jungkook.

"Cikgu ambil kursus perguruan, bukan mekanik." Lelaki kacak itu menjeling tunangnya.

Tersengih malu Yeoreum dibuatnya. Dia pun satu, yang pergi tanya soalan tidak masuk dek akal itu kenapa? Sah-sah tunangnya itu buta tentang enjin kereta.

"Jadi, kita nak buat apa sekarang?"

Jungkook termenung seketika.

"Kita jalanlah. Kalau ada teksi yang lalu kita tahan. Kereta ni biar cikgu call mekanik." Cadang Jungkook. Kalau di lihat keadaan jalan raya ketika ini, harapan untuk mendapatkan teksi amat tipis. Jalan raya lenggang sahaja dengan kenderaan.

"Kalau itu saja pilihan yang ada, kita jalan sahajalah." Balas Yeoreum mengalah. Jalan pun jalanlah.

"Kejap, cikgu kunci kereta." Jungkook berlari anak kearah keretanya. Bagasinya dan Yeoreum dikeluarkan dari kereta.

"Kajja."

Mereka berdua berjalan beriringan. Hampir sepuluh minit perjalanan, sudah 30 keluhan keluar dari mulut gadis itu.

"Jauh lagi ke?" Rungut Yeoreum.

"Kalau dengan kelajuan kita yang macam ni, mungkin esok pagi baru sampai."

"Arghhh." Yeoreum melemparkan beg sandangnya. Dia penat. Dengan panas terik matahari lagi. Mahu pengsan dibuatnya.

"Kalau awak penat, awak pegang tangan cikgu." Senyum Jungkook. Dia mengambil tangan Yeoreum lalu digengam lembut. Dia mengangkat tangan mereka berdua yang bertaut erat.

Terkesima Yeoreum seketika. Jantungnya berdegup kencang. Darah merah menyerbu mukanya.

Ya, dia malu. Dia malu dengan kelakuan Jungkook yang romantik.

TBC

Sebab reads dh cecah 700..sye updt malam ni🙈..lagipun rmai yg tnya bila nk updt🙈..tk rmai mnapun sbenrnya🙈....chaw🖐

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now