"Haishh, apalah kamu ni fikir macam tu." Puan Han menjentik perlahan dahi Yeoreum.

"Ma bukan berkenan kat dia untuk dijadikan suami. Tapi berkenan nak jadikan dia menantu. Dia sesuai dengan kamu tau." Gurau Puan Han. Saja mahu mengusik anak gadisnya diwaktu pagi.

"Ma!!" Yeoreum membulatkan matanya.

Puan Han ketawa riang. Sudah lama dia tidak bergurau-senda dengan Han Yeoreum.

"Eiii, Cikgu Jeon tu tua la. Mana padan dengan Yeoreum." Rungut Yeoreum.

"Mana ada tua Yeoreum. Muda remaja lagi Cikgu Jeon kamu tu. Sudahlah kacak, baik dan sopan pula. Haih, bertuahnya kalau dapat menantu macam tu." Pengetua Son menongkat dagu. Membayangkan jika Jeon Jungkook menjadi menantunya.

"Ya Tuhan, ma dah jauh ni."

Hampir termuntah Han Yeoreum tatkala mendengar segala pujian yang dilemparkan oleh mamanya pada Jeon Jungkook. Kalau Cikgu Jeon dengar ni, dia yakin 300% yang hidung Jungkook akan membesar empat kali ganda dari saiz asal. Awal pagi lagi Yeoreum telah mengutuk Jungkook didalam hati. Inilah ciri-ciri murid derhaka.

"Ma dah pergi jauh sangat ni." Yeoreum mengelengkan kepalanya.

"Apa salahnya pasang angan-angan? Mana tahu dia betul-betul jodoh Yeoreum?"

"Mama!!!"

· 🌹 ·

Jeon Jungkook memasuki kelas sambil memegang rotan panjangnya. Sekali pandang kalah guru disiplin. Hari ini dia berkemeja putih dan seperti biasa dipadankan dengan seluar slack hitam. Sungguh kacak dan menawan. Sampai saya pun tertawan.

"Selamat pagi Cikgu Jeon." Tutur serentak murid kelas itu.

"Selamat pagi. Duduk." Arah Jeon Jungkook.

"Saya mahu sampaikan satu berita dari pengetua. Kamu semua akan sertai perkhemahan pada tahun ini." Kata Jungkook yang berdiri tegak dihadapan bersama rotan dipegangan.

"Alaaa." Keluh semua murid dalam kelas itu. Semua tidak bersemangat untuk menyertai perkhemahan itu.

"Yah, semangatlah. Bukan selalu kamu semua dapat buat aktiviti luar. Plus, tahun ni tahun last kamu semua kan?"

"Tak nak join takpa tak Cikgu Jeon?" Tanya seorang pelajar perempuan yang berambut pendek.

"Tanya Pengetua." Balas Jungkook ringkas.

"Yeoreum, kamu join tak?" Tanya Jungkook apabila terpandang wajah tidak berminat Yeoreum.

"Saya ada pilihan ke?" Balas Yeoreum sinis.

Jungkook hanya tersenyum dengan balasan Yeoreum. Sudah biasa dengan kata-kata sinis gadis itu.

"Nanti cikgu bagi borang kebenaran ibu bapa. Harini kita masuk chap baru. Chapter hari ini agak susah jadi saya harap kamu semua dapat tumpukan perhatian dan maklumkan pada saya jika ada yang kamu tidak faham. Arraseo?" Jelas Jeon Jungkook.

"Arraseo Jeon Sonsaengnim!"

· 🌹 ·

"Okay sampai sini saja hari ni. Ada 30 minit lagi masa saya. Jadi saya nak awak semua buat latihan dalam buku teks muka surat 143 sekarang." Arah Jeon Jungkook tegas. Dia memerhati anak-anak muridnya yang sedang mengeluarkan buku latihan.

✔ Tunang Paling Sweet + jjkWhere stories live. Discover now