Tiba2 hati kau berasa panas dan ingin saja memarahi dia. "Dahlah awak langgar saya lepas tu tak minta maaf. Memang awak ni sombong tak berbudi bahasa dan pekak eh?" Sindir kau.

Kemudian Taehyung tiba² menoleh kepalanya dan memandang kau. Kau cuba untuk memandang mata dia dan tidak kisah dengan kata2 yuri tersebut. Ops kau telah melanggar kedua2 peraturan tu.

Mata kau dan Taehyung bertaut dan kau memandang Taehyung dengan tajam manakala taehyung memandang kau dengan wajah yang tiada sebarang reaksi dan perasaan seperti semasa kejadian dia melanggar kau tadi. Wajahnya seperti menyatakan Ada aku kesah?

Kemudian Taehyung memandang ke depan semula dan tidak menghiraukan kau.

"Awak ni membosankan dan sombong." Kata kau pada Taehyung dengan selamba.

_______________

Selepas loceng waktu berehat berbunyi, kau berehat bersama Yuri di kantin sambil makan roti yang baru dibeli.

"Yuri, kau tahu tak?"

"Tak tahu." Yuri tersengih

"Aduh dengar lah dulu." Kau ketawa.

"Hahaha ok ok apa dia?"

"Aku tak sangka aku kena duduk di sebelah lelaki tu." Kata kau sambil memandang sekeliling kantin yang cantik itu.

"Mwo? Jinjja? Tapi kenapa kau duduk sebelah dia?" Yuri berasa terkejut.

"Mana aku tahu, cikgu yang suruh duduk so aku duduk lah."

"Dia ada berkelakuan pelik tak?"

"Tak tapi aku bengang dengan dia. Dia memang sombong, bisu and pekak ke?"

"Taklah. Dia memang macam tu. Dia tak pernah cakap dengan sesiapa pun. Dia sombong." Kata Yuri sambil makan roti yang dibelinya.

"Jinjja? Oh patutlah. Tapikan aku cuba tegur dia tadi and pandang mata dia. Tapi takda pape pun jadi?"

"Mwo? Kau apa? Beraninya kau! Apa yang kau buat ni? Kau gila ke? Kan aku suruh kau patuh apa yang aku katakan tu." Yuri membulatkan matanya dan terkejut.

"What?? Seriuslah. Takda pape yang berlaku."

"Kau tahu tak?"

"Tak tahu." kau menggeleng kemudian kau tersengih.

"Eish kau ni. Aku belum habis cakap."

"Apa dia?"

"Sebelum kau ada dekat sekolah ni, sebenarnya ada sesetengah orang yang cuba tegur dia and pandang mata dia. Kau tahu tak apa yang jadi?"

Hati kau berdebar2.

"A-apa yang jadi?"

"Dorang terus pindah sekolah. Entahlah, aku dengar dorang jadi gila. Aku tak tahu betul ke tak. Oh alamak.." Yuri menepuk dahinya.

"Kenapa ni?" kau tiba2 berasa cemas dengan kata2 yuri.

"Aku lupa nak jumpa guru kelas aku. Aku ada hal penting nak jumpa dia."

"Kau ni.. Buat aku saspen je lah." Kau tolak bahu yuri.

"Hahaha sorry lah.."

Kau memandang Taehyung yang duduk keseorangan di meja makan dan tiada siapa yang mahu mendekatinya. Tiba2 terbit rasa kasihan kau pada lelaki tersebut. 'Ah semua tu karutlah. Aku ada tegur dia dan pandang mata dia, tapi tak gila pun?' Kau merenungnya lagi. Tiba2 taehyung memandang kau dan kau cepat2 mengalihkan pandangan kau pada dia. Bulu roma kau menaik. 'Serius dia ni ada aura yang menyeramkan.'

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Where stories live. Discover now