Part 29

2.9K 384 36

"Yoongi hyung dah balik!" Kata Taehyung dengan cemas.

"Jangan risau. Dia takkan datang ke sini." Jata Jimin dengan tenang.

"Alamak hyung!" Jungkook menepuo dahinya.

"waeyo?" Tanya Taehyung.

"Aku lupa yang Yoongi hyung akan masuk ke dalam bilik ni untuk ambil seluar jean dia." Kata Jungkook sambil mengambil seluar jean Suga.

"Omo! Apa patut kita buat ni?" Kata J-hope.

"Jungkook!" Taehyung menepuk dahinya.

"Okay bertenang. Aku tolong tarik perhatian Suga hyung supaya tak pergi bilik kau. Bagi seluar jean tu." Minta Jimin lalu Jungkook menghulurkan seluar jean itu kepada Jimin dan Jimin ke luar bilik.

Jimin ternampak Suga masuk ke dalam dalam keadaan kusut lalu Jimin pergi ke arahnya.

"Nah seluar jean kau hyung." Jimin memberi Suga seluat jeannya.

"Kau letaklah dekat atas sofa tu dulu. Aku sibuk ni." Kata Suga dengan serabut.

"Kenapa dengan kau hyung? Macam ada masalah je." Tanya Jimin.

"Takda apalah." Kata Suga menuju ke biliknya.

Jimin terbau sesuatu. Bau darah.

"Ni mesti Yoongi hyung baru je lepas hisap darah manusia ni." Kata Jimin sambil menggosok hidungnya.

[FLASHBACK]

Satu Jam sebelumnya...

Suga berjalan-jalan di sebatang jalan yang sunyi dan dia sedang mencari mangsanya untuk malam ni. Sudah lama dia tidak menghisap darah manusia selepas perjanjian dia dengan seseorang.

Fikirannya amat serabut dan tidak tahu kenapa. Hubungan Suga dan seorang perempuan manusia bernama Cho Che Ri semakin rapat dan itulah yang membuatkan Suga berfikir dengan terlalu banyak.

Dia telah jatuh cinta dengan manusia dan dia berfikir apa yang perlu dia lakukan dan apa yang patut dia katakan kepada adik beradiknya yang lain.

'Aku patut tinggikan ego aku tetapi kenapa aku tak boleh, bila tiap kali berada dekat dengan dia?' Suga mengusutkan rambutnya.

Ini merupakan kesalahan yang amat besar bagi dia kerana telah jatuh cinta dengan manusia.

Suga dan Che Ri banyak menghabiskan masa bersama dan dia selalu keluar bersama Che Ri pada waktu malam. Mereka sudah berjumpa 5 kali dan meluangkan masa bersama2. Semalam Che Ri telah meluahkan perasaannya terhadap Suga dan Suga amat terkejut dan gembira dengan luahan hati perempuan manusia itu. Akhirnya perkataan yang ditunggu2 oleh Suga keluar dari mulut Che Ri.

'Saya cintakan awak.' Walaupun ayat tersebut mempunyai tiga patah perkataan dan sedikit tetapi ayat tersebut dapat menusuk terus ke dalam hati Suga. Tiada siapa yang pernah meluahkan perasaan suka kepadanya. Suga dapat rasakan yang Che Ri merupakan seorang manusia yang baik dan lain daripada yang lain. Dia seorang yang kuat dan tabah.

Tetapi ego Suga amat tinggi dan dia tidak tahu mahu membuat apa.

"Aku tak boleh jatuh cinta dengan manusia. Aku vampire dan banyak manusia mati di tangan aku." Kata Suga dengan serabut.

Tiba2 Suga terhidu sesuatu. "Manusia.." mata suga berwarna merah. Dia ternampak seorang perempuan yang berpakaian agak seksi dan berjalan dengan tidak betul di jalan yang sunyi tiada orang itu. Lalu Suga pergi ke arah perempuan mabuk itu.

"Annyeong manusia." Suga berdiri di hadapan perempuan tersebut dan memegang bahu perempuan itu.

"Lepaskan aku!" Perempuan itu sedar sedikit walaupun mabuk.

"Perempuan secantik kau ni tak patut keluar waktu malam tau. Tak elok." Kata Suga sambil tersenyum jahat. Sudah lama dia tidak menghisap darah manusia.

"Suka hati akulah!" Jerit perempuan itu dengan marah.

'Tak guna.' Suga membenamkan taringnya ke leher perempuan itu lalu menghisap darah perempuan itu sehingga kering. Perempuan itu rebah dan mati di situ. 'Ahh sedapnya darah manusia.' Suga tersenyum puas kemudian dia memusingkan badannya ke belakang untuk balik ke rumah tetapi dia terhenti kerana Che Ri berada tepat di hadapannya setelah dia memusingkan badannya. Wajah Che Ri kelihatan sungguh kecewa dengan perbuatan Suga itu.

"I- I'll explain."

"Semuanya jelas sekali. Awak dah berjanji dengan saya yang awak takkan hisap darah manusia lagi." Air mata Che Ri mengalir ke pipi.

"Mianhae Che Ri. Aku tak sengaja. I can't control myself." Suga mahu mendekati Che Ri untuk mengelap air matanya tetapi Che Ri ke belakang. "Don't touch me."

"Mianhae Che Ri. Aku takkan hisap darah manusia lagi. Aku janji." Kata Suga dengan bersalah.

"Awak dah berjanji. Takkan awak nak mungkiri janji lagi? Saya ni manusia. Bila2 masa sahaja awak akan hisap darah saya. Saya taknak." Kata Che Ri.

"Mianhae Che Ri. Aku takkan lakukan lagi."

"Buktikan yang awak takkan hisap darah manusia lagi dan juga bunuh manusia." Kata Che Ri sambil melihat perempuan yang dibunuh oleh Suga lalu dia berlalu pergi meninggalkan Suga.

Suga kebuntuan. "Aku akan buktikan dekat kau Che Ri." Kata Suga lalu berjalan pulang ke rumah agamnya.

[Back to reality]

Setelah Suga masuk ke dalam biliknya, Jimin pergi ke bilik Jungkook.

"Aku dah uruskan Yoongi hyung. Aku kena jumpa kawan lepas ni. Aku pergi dulu." Kata Jimin.

"Okay kau pergilah." Kata J-hope lalu Jimin keluar.

"Jungkook kau jaga y/n sekejap. Jangan berada terlalu dekat dengan dia. Bagitahu aku kalau dia dah sedar. Hoseok hyung, ikut aku kejap." Kata Taehyung kepada Jungkook lalu dia keluar bersama J-hope ke luar bilik.

Jungkook tersenyum seperti ada sesuatu yang bermain di dalam fikirannya.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!