Part 3

4.3K 433 39

"Appa i'm back." Kau baru pulang dari sekolah dan kau sekarang berada di dalam rumah kau. Kau melihat sekeliling tetapi kau tidak nampak kelibat ayah kau. Kau mengeluh. "Lupa pulak appa kerja."

Kau naik ke tingkat atas dan mencampakkan beg kau ke atas lantai kemudian kau baring ke atas katil yang empuk.

"Yuri dah tak ada. Hmm siapa nak kawan dengan aku? Nampak gayanya esok aku akan rehat sorang2. Takkan aku nak rehat dengan bambam kot. Dia tu dah la dengan kumpulan hotnya tu. Aku taknak ah. Nanti aku kena bash." Kau meletakkan kedua² tapak tangan kau di belakang kepala sambil menggeleng kepala kau.

Tiba2 kau teringatkan Taehyung.

"Betul ke boleh jadi gila bila tegur dia dan pandang mata dia? Dia tu ahli sihir ke? Atau alien?" Tiba2 bulu roma kau meremang.

"Eh taklah. Aku buat kedua2 tu tapi takda pun jadi gila. Aku akan cuba tegur dia lagi sampailah dia bercakap." Kata kau sendirian.

*growl (perut kau berbunyi)

"Aduh lapar." Kau bangun kemudian kau mandi dan turun ke bawah untuk masak. Kau pandai masak simple2 je.

.

.

.
Jam telah menunjukkan hampir pada pukul 10 malam tetapi ayah kau masih tidak pulang lagi.

"Mana appa ni." Kau termenung ke luar tingkap sambil menunggu ayah kau pulang.

"Hmm dah agak da. Appa mesti balik lambat lagi." Kau menutup lauk dan nasi yang kau masak dengan tudung saji kemudian kau naik ke atas untuk tidur.

Taehyung memerhatikan kau dengan wajah yang marah dan tiba² matanya menjadi merah. Taehyung tersenyum jahat. Taehyung berjalan semakin hampir dengan kau dan tiba² kau tersedar.

Kau mengelap peluh kau dan duduk. 'Fuh mimpi apa tu. Peliknya.'

Kau bangun lalu kau bersiap.

"Sayang dah bangun?" Ayah kau yang sedang bersiap duduk di meja makan. Kau pula sudah selesai masakkan sarapan untuk korang berdua.

"Dah." 'Aduh soalan apalah yang appa tanya ni.'

"Appa minta maaf tau. Semalam tiba2 ada kecemasan dan appa balik lambat."

"Gwaenchana appa." Kau duduk di kerusi meja makan.

"Macamana sekolah? Okay? Ada ramai kawan tak?"

"Macam biasalah appa. Saya tak ada ramai kawan lagi."

"Takpe, nanti lama² ada lah ramai kawan. Appa akan cuba untuk tidak pindah lagi."

"Jinjja? Appa janji?" Kau tiba2 rasa teruja.

"Ye appa akan cuba." Appa kau tersenyum dan hati kau berasa gembira.

'Appa akan cuba untuk meluangkan masa dengan kamu, sayang. Appa sedar appa tak banyak meluangkan masa dengan kamu.' Ayah kau memandang kau yang sedang makan roti dengan gembira.

.

.

.

[Di sekolah]

"Hi Taehyung." Kau tersenyum gembira dan duduk di tempat duduk kau. Seperti biasa, dia tak melayan kau dan membuat kerjanya sendiri. Kau duduk dekat dengan dia dan memandang dia. Taehyung sedang memegang sesuatu di tangannya dan ia kelihatan seperti gelang yang berbentuk tangkal. 'Apa benda yang dia pegang tu? Takkanlah kata² Yuri tu betul.' Kau mengerut dahi kau.

"Taehyung, kenapa awak senyap? Jebal cakap dengan saya. Saya bosan ni. Apa yang awak pegang tu?" Kau memandang wajahnya yang sedang pandang ke luar tingkap kemudian dia menyimpan semula kedalam poket seluarnya tangkal itu.

"Y/n, tak payah tegur dia. Dia takkan tegur awak." Bambam duduk di kerusi hadapan kau dan menghadap kau.

"Betul tu." Kata jackson lalu duduk di atas meja kau sambil menjeling Taehyung..

'Selamba je duduk atas meja aku.' Kau memandang punggung jackson yang menyentuh meja kau.

"Eish korang ni. Tak baik lah. Kesian dia." Kau bercakap dengan bambam dan jackson dengan perlahan supaya Taehyung tidak mendengarnya.

"Kaja duduk dekat tempat saya. Kita borak²." Bambam memandang Taehyung dengan berhati².

"Er gwaenchana. Saya nak duduk sini."

"Alaa jom. Jangan malu²." Jackson ketawa.

"Saya penat nak bangun."

"Alasan." Kata jackson kemudian korang bertiga ketawa kecuali Taehyung yang bangun untuk ke tandas.

Korang bertiga memandang Taehyung.

"Awak tak takut ke duduk dengan dia?" Tanya bambam dengan merendahkan sedikit suaranya.

"Buat apa nak takut?"

"Alaa dia kan pelik. Dia anak ahli sihir." Kata jackson sambil memandang kau dengan serius. Kau hanya tersenyum dan tidak percaya dengan kata²nya.

"Macamana awak tahu?"

"Er.." Jackson dan Bambam memandang sesama sendiri.

"Semua tu tak penting. Yang penting awak jangan dekat dengan dia." Kata jackson yang seperti sedang menyorokkan sesuatu daripada kau.

"Okay" kau mengangguk. 'Kata dia sama je dengan Yuri.' Kau mengomel sendirian.

"Jom rehat dengan kami nanti?" Kata bambam sambil meletakkan kepalanya atas meja kau dan memandang kau.

"Err takpalah." Kau tersenyum memandang bambam. Kau suka melihat tahi lalat di bawah matanya. 'Comel.'

Kau keluar kelas menuju ke kantin keseorangan setelah loceng rehat berbunyi.

'Tiba2 rindu Yuri. Nampak gayanya aku rehat sorang².' Kau mengeluh.

Kau beratur untuk membeli makanan dan setelah kau membeli makanan kau mencari tempat duduk. Mata kau tertumpu pada Taehyung yang rehat sorang² itu.

"Hai Taehyung." Kau duduk sama meja dengannya dan menghadap dengannya. Semua orang memandang kau apabila kau berada dekat dengan Taehyung.

"Taehyung, cakaplah sesuatu. Mulai harini saya akan teman awak makan." Kau ketawa kecil.

Taehyung memandang kau kemudian dia sambung makan. Wajahnya masih tiada sebarang perubahan dan asyik kelihatan dingin.

Kau mengeluh. 'Kenapalah aku layan lelaki ni.' Kau makan mi sup yang kau beli.

Setelah korang berdua selesai makan kau mengikut Taehyung ke kelas. Kau menjadi tumpuan umum kerana kau berjalan bersama seorang lelaki yang pelik di sekolah itu. 'Who cares.' Kau tidak kisah dengan mata2 yang memandang kau dan Taehyung.

"Aku harap esok aku tak dengar yang kau dah gila ataupun.." seorang pelajar perempuan itu buat isyarat kelar leher ataupun mati pada kau lalu dia ketawa bersama kawan²nya. Kau hanya tersenyum kerana malas nak melayan. 'Tak maksud akal betul.'

"Taehyung, kenapa dorang kata awak pelik?" Kau memandang Taehyung tetapi Taehyung masih tidak menjawab soalan kau.

'Aku perlukan cara untuk buat dia bercakap.' Kau meninggalkan taehyung kemudian kau pergi ke loker kau untuk mengambil buku.

Kau ternampak Taehyung mengeluarkan sesuatu di dalam poketnya dan ia kelihatan seperti tangkal yang dia pegang pagi tadi.

'Aku ada idea.' Kau tersenyum nakal.

"Taehyung, guru kelas kita panggil awak. Dia nak awak jumpa dia dekat Bilik Guru sekarang. Urgent kata dia." Kata kau sebaik sahaja kau masuk ke dalam kelas.

Taehyung mengeluh kemudian dia meletakkan gelang yang seperti tangkal itu ke bawah mejanya dan terus bergegas ke bilik guru.

'Inilah masanya.' Kau tersenyum.

____________

@Taehyung_mole

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!