Part 9

3.5K 424 18

"Haa.." kau berjalan sambil memandang ke langit dan menghirup udara malam yang segar.

"Akhirnya semuanya telah terbongkar." Kata kau sambil berjalan menuju ke rumah kau. Kau mengambil jalan pendek ke rumah kau kerana ia lebih dekat berbanding jalan besar.

"Kenapalah aku menolak pelawaan bambam tadi." Kata kau sambil memeluk tubuh kau kerisauan kerana kawasan yang kau lalu itu sunyi dan gelap kerana waktu sudah malam
Lampu di situ juga tiada dan jalan cuma disinari oleh cahaya langit malam. Kau berjalan dan berjalan dan akhirnya kau terhenti dan mulut kau terlopong.

"What?" Kau menelan air liur. Di hadapan kau terdapat kawasan perkuburan dan kau terpaksa melaluinya kerana di situlah jalan yang paling dekat. Kau tahu jalan itupun kerana ayah kau pernah lalu ke situ sambil membawa kereta dan ayah kau kata itu jalan paling dekat sekali ke rumah kau. Sewaktu itu tidaklah nampak menakutkan. Kau lupa yang kau perlu melalui kawasan tanah perkuburam.

'Gulp. Sekarang dah pukul 7 malam. Time ni orang kata banyak hantu berkeliaran. Kenapalah aku boleh lupa yang jalan ni ada kawasan perkuburan. Kalau aku patah balik nanti lama aku kena berjalan.' Kau memandang ke belakang yang gelap itu.

'Betul ke aku keseorangan ni?' Kau menelan air liur kau dan cuba berjalan melintasi perkuburan yang sunyi itu. Bulu roma kau sudah menaik sehingga ke tengkuk.

Sewaktu kau berjalan dengan berhati2 masuk ke kawasan tanah perkuburan itu, tiba2 kau terdengar bunyi sesuatu di dalam semak. Kau berhenti dan memandang ke arah semak berdekatan kubur itu. 'Bulu roma aku dan menaik gila dah ni.' Kau mengusap tengkuk kau yang meremang itu.

"Siapa tu?" Kau memandang semak tersebut tetapi tiada sebarang pergerakan. "Bunyi apa tu?"Kau memperlajukan langkah kau untuk keluar di kawasan kubur tersebut.

Kau berlari dan berharap agar kau dapat keluar dari kawasan perkuburan itu dengan cepat.

Nasib kau agak malang pada waktu itu dan akhirnya kau rasakan seperti terlanggar sesuatu dan kau terjatuh terjelepuk di atas tanah. "Aduh." Kau cuba untuk bangun tetapi kaki kau sakit akibat terjatuh terlanggar benda keras.

"Boleh saya tolong?" ada seseorang sedang melutut dan menghulurkan tangan pada kau untuk menolong kau bangun.

Kau mencapai tangan tersebut dan kau bangun.

"Kamsahamnida."

"Cheonma." Lelaki itu tersenyum.

Kau memandang lelaki tersebut dan berasa pelik yang lelaki itu berpakaian hitam yang pelik dan wajahnya begitu pucat. Kau terkejut melihat wajahnya dan kau mengalihkan wajah kau. Kau cuba untuk lari tetapi tangan kau digenggam erat oleh lelaki tersebut. Lelaki tersebut ialah Jimin.

"Jangan kacau aku!!! Pergi kau hantu" Kau cuba untuk melepaskan genggaman Jimin itu tetapi tangan kau dipegang begitu erat sekali. Kau memanggilnya hantu begitu kerana terlalu takut melihat wajahnya yang pucat itu.

"Macamana kau tahu aku hantu?" Kata jimin sambil tersenyum jahat memandang mata kau.

"Lepaskan!!" Jerit kau.

"Aku akan lepaskan kau kalau kau bagi aku darah kau dulu." Kata jimin sambil memandang kau seperti mahu menelan kau. Jimin memandang leher kau.

"Jimin!" Tiba2 Namjoon muncul dengan tiba2 dan terkejut memandang jimin mahu menyerang kau.

"Jimin berhenti!" Namjoon cuba menghalang jimin dan menarik jimin daripada kau tetapi susah.

"Hyung jangan kacau aku." Mata jimin menjadi merah memandang Namjoon iaitu hyungnya.

"Aku dah kata jangan minum banyak benda tu. Kau degil. Kau tak patut ambil benda tu lebih." Belum sempat Jimin menghisap darah di leher kau, Namjoon menarik kuat jimin sehingga dia melepaskan kau. Kau terjatuh lagi sekali dan terkejut.

"Mianhae dia mabuk sebab tu jadi macam ni." Kata Namjoon pada kau lalu memegang erat Jimin yang ingin menerkam kau. Kau cepat2 melarikan diri kau dan balik ke rumah.

Setelah kau sampai ke rumah, Kau menarik nafas kerana kau berlari swkuat hati.

Setelah kau sampai ke rumah, kau menutup dan mengunci pintu rumah kau. Kau menarik nafas kerana kau kekurangan udara apabila kau berlari tadi.

"Aku tak patut lalu situ sorang2." Kau duduk di sofa untuk menenangkan diri kau. Hati kau masih berdebar2 ketakutan. Kau bangun lalu kau masuk ke dalam bilik kau.

"Ingatkan hantu, rupanya orang mabuk. Nasib baik selamat." Kau menggeleng kepala lalu kau ke bilik air untuk mandi.

__________

@Taehyung_mole

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!