Part 53

3.4K 397 65

Walaupun kau dicampak oleh Mark dan badan kau berasa sakit, kau tetap menguatkan diri untuk terus tidak mengalah.

Kau memandang J-hope,Jimin, rapmon dan semua yang tidak dapat menggerakkan badan mereka seperti diikat oleh sesuatu.

Taehyung dan Mark yang masing2 mempunyai kuasa yang kuat masih bergaduh sesama sendiri.

"Oppa macamana ni" Kau memandang J-hope dengan risau. Kau merangkak ke arah J-hope dengan perlahan.

'Y/n, saya ada rancangan.'

Tiba2 kau terdengar suara J-hope di dalam kepala kau. J-hope menggunakan kuasa telepatinya.

'Jangan risau, Mark takkan dengar perbualan kita.' Jhope memandang kau.

'Apa rancangannya?' Kau datang dekat ke arah J-hope tanpa Mark sedari.

'Memandangkan awak boleh bergerak dan pergerakan awak tak dihalang oleh kuasa Mark, awak cuba ambil pisau dalam poket saya?' Arah J-hope.

Tanpa sebarang pertanyaan, kau cepat2 mengambil pisau di belakang poket J-hope lalu kau simpan di dalam poket belakang seluar kau.

Bilik tersebut tidak terlalu gelap kerana disinari cahaya bulan dan juga lampu kecil di setiap sudut bilik.

Pisau tersebut berwarna perak dan bentuknya kelihatan sangat pelik. Tetapi kau tahu apa tujuan pisau tersebut. Kau pernah lihat pisau tersebut dan tidak menyangka pisau tersebut berada di tangan kau sekarang.

'Tikam Mark.' Kata Jhope.

'Tikam?? Tapi macamana?' Kau tidak menyangka kau perlu menikam Mark yang kelihatan amat mustahil itu.

Ye, pisau tersebut merupakan kelemahan bagi setiap puntianak.

Tiba2 Taehyung tercampak ke arah kau dengan wajahnya yang berlumuran darah termasuk juga badannya yang mempunyai kesan calar balar.

"Taehyung!!" Kau menjerit lalu pergi ke arah Taehyung.

"Tepi kau!" Mark menolak kau sehingga terjatuh.

Jungkook menahan kemarahannya terhadap Mark.

"Hahaha kau lemah!" Mark mengangkat Taehyung yang sudah lemah itu lalu Taehyung seperti tidak dapat bergerak dan dia seperti diikat dengan kuasa Mark. Mark menolak Taehyung yang tidak dapat bergerak dan lemah itu terhempas ke dinding.

"Ahh"Taehyung mengerang kesakitan.

"Mark!! Cukup lah!" Jerit kau.

Mark memandang kau dengan tajam dan tiba2 badan kau seperti ditarik oleh sebuah daya lalu kau terbang ke arah Mark.

"Lepaskan aku!" Badan kau tidak dapat bergerak seperti Taehyung walaupun kau meronta sekuat mana pun kerana kau merasakan seperti ada sebuah tali mengikat badan kau.

"Diam!" Mark menghalakan kukunya yang tajam ke arah leher kau. Dia seperti mencekik kau.

"Lepaskan dia.." kata Taehyung dengan lemah. Dia sudah tidak terdaya untuk mengangkat kepalanya atau menggerakkan badannya kerana tercedera akibat diserang Mark tadi.

"Mark tolong jangan bunuh dia. Kau bunuhlah aku." merayu kau.

"Huh.. kau nak korbankan nyawa kau semata2 untuk selamatkan puntianak macam dia ni?"

"Aku rela mati daripada melihat orang yang aku sayang mati." Lagipun kau tidak mahu adik-beradik Taehyung sedih akibat kematian Taehyung.

"Y/n.. jangan.."kata Taehyung dengan lemah. Kuasa potion tersebut amat berkesan dan Taehyung sudah boleh mengawal dirinya sedikit.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!