Part 18

3.6K 383 13

"Aigoo bosannya." Kau keluar dari rumah kau dan mengambil udara yang segar.

"Aku nak buat apa harini ?" Kau memandang sekeliling kawasan perumahan kau. Kau duduk di rumah banglo dua tingkat. Walaupun ia dua tingkat tetapi ia kelihatan besar.

"Aku bukan jenis nak bergaul dengan jiran sebelah. Baca surat khabar atau tengok berita pun aku tak suka." Kau berjalan keluar dari kawasan rumah kau dan mengambil udara segar. Kau terhenti.

"Dekat sini ada taman tak?" Kau mula berjalan untuk mencari taman. Setiap taman perumahan mesti ada taman permainan atau taman rekreasi kan? Jadi kau mencari taman kerana di situlah kau akan meluangkan masa mengambil angin dan melihat kanak2 bermain. Di rumah sebelumnya pun kau melakukan sebegitu. Kau sukakan taman lagi2 taman yang ada tasik yang Taehyung tunjukkan kepada kau semalam.

"Gotcha. Tepat sangkaan aku. Dah jumpa pun taman rekreasi." Terdapat kanak2 bermain di taman tersebut. Kau meluru ke buaian dan duduk di buaian tersebut lalu bermain. Kau tersenyum lebar. Kau suka bermain dengan buaian walaupun kau sudah besar. Kau tidak kisah dengan semua itu.

"Appa." Senyuman kau terhenti. Kau teringat lagi sewaktu kau kecil appa kau selalu menemani kau bermain di taman. "I miss you appa." Kau bermain dengan buaian tersebut lalu berayun dan berayun. Kau berhenti menggunakan kaki kau kemudian kau mengeluarkan handphone kau.

"Nak call appa." Ayah kau ada memberi kau nombor barunya kerana dia sedang berada di luar negara sekarang iaitu di Amerika Syarikat.

Kau menekan butang hijau di skrin handphone kau lalu kau meletakkan di telinga kau.

"Yeoboseyo." Ayah kau menjawab panggilan kau.

"Yeoboseyo appa!! I miss you so much!" Jerit kau gembira.

"I miss you too. Siapa suruh tak ikut." Kata appa kau di dalam talian.

"Saya suka duduk di sini. Tapi bosan sikit sebab appa takda dekat sini. Appa sihat?"

"Appa sihat. Kamu sihat? Maafkan appa kalau appa tak dapat bersama kamu sekarmag."

"Gwaenchana appa. Saya sihat je dekat sini. Saya pun nak minta maaf sebab berlaku biadap haritu appa. Mianhae." Kau berasa lega setelah meminta maaf kepada appa kau.

"Gwaenchana. Appa yang salah. Kalau bosan pergilah shopping. Appa ada masukkan duit setiap minggu. Cukup dalam akaun bank tu." Kata ayah kau yang sangat prihatin itu.

"Jinjja? Gomawo appa."kau tersentum gembira. 'Bolehlah aku shopping sakan nanti.' Kau tersenyum.

"Cheonmaneyo. Jaga diri tau waktu appa takda ni. Appa tengah sedaya upaya nak uruskan perniagaan appa secepat mungkin supaya appa boleh balik awal."

"Nae appa. Saya pandai jaga diri. Appa pun jaga diri juga. Jangan jatuh sakit. Nanti cepat2 balik sini tau appa. Appa jangan risaukan saya." Rindu kau terubat setelah mendengar suara ayah kau.

"Nae. Annyeong.. Appa pergi dulu."

"Annyeong appa. Take care." Kau tersenyum lalu mematikan talian kau.

Kau melihat skrin handphone kau dan mencari nimbor taehyung lalu kau mendail nombornya.

'kenapa tak angkat?' Kau mengerut dahi kau.

'Aku baru je nak pergi shopping dekat bandar seoul lepas ni dengan dia' Kau cuba menelefon Taehyung lagi sekali tetapi taehyung tidak mengangkatnya.

"Mungkin waktu cuti ni dia sibuk dengan keluarga kot. Aku tak patut kacau dia." Kata kau sendirian lalu menyimpan handphone kau ke dalam poket.

Kau melihat jam yang hampir nak pukul 12.30 tengah hari itu.

"Tak apalah. Aku boleh pergi shopping sendiri. Bukan jauh pun. Tapi aku kena pergi bank dulu lah sebab nak keluarkan duit." Kata kau sambil melihat jam tangan kau.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!