Part 23

3.4K 378 24

"Taehyung!!!" Jerit kau lalu kau berlari ke arah Taehyung yang tercedera teruk itu dan meletakkan kepalanya di atas peha kau.

"Taehyung awak kena pergi hospital ni. Awak banyak kehilangan darah." Kata kau dengan risau sambil menangis.

"Jangan risau." Mata Taehyung menjadi hitam coklat semula tetapi gigi taringnya masih tajam. Kau dapat melihat mata Taehyung bertukar warna. Taehyung mengesat air matanya.

"Taehyung, awak puntianak?" Kau memandang Taehyung dengan tidak percaya. Kau melihat taring Taehyung.

"Nae dan juga Demon. Tapi saya dari keturunan manusia juga. Mianhae." Ucap Taehyung. Kata2 Taehyung amat mengejutkan kau dan menyentuh hati kau. 'Mianhae?' Kau tidak menyangka Taehyung merupakan puntianak dan Demon. Orang kata dia anak ahli sihir tetapi sangkaan mereka semua salah.

Taehyung seperti tersedak kemudian dia batuk berdarah.

"Taehyung! Jangan tinggalkan saya." Kau menangis. kau buntu mahu melakukan apa sekarang. Jika kau call ambulance, ambulance tidak sempat sampai juga kerana ia mengambil masa berpuluh minit untuk sampai.

'Taehyung puntianak.' Kau dapat satu idea.

"Taehyung, awak hilang banyak darah ni. Awak ambillah darah saya dan apa2 saja supaya awak selamat." Kata kau. Walupun kau mabuk tetapi kau dapat menangkap apa yang berlaku.

"Awak serius? Aniyo. Saya takkan hisap darah awak dan juga ambil tenaga awak untuk sembuh." Kata Taehyung sambil memegang perutnya yang ditikam itu. Luka di perutnya bertambah teruk dan sakit. Kepala Taehyung berasa pening.

"Taehyung. Please take my blood and anything that can cure you . I can't let you die. If you die I'll die too." Kau menangis kerana tidak sanggup melihat keadaan Taehyung yang menderita itu

"But.. I can't do that to you. Awak akan mati. You'll die if I do that." Kata Taehyung yang badannya semakin lemah itu.

"Just do it! Untuk keselamatan awak. Awak akan mati! Buat jelah Taehyung! Saya takkan mati. Trust me." Kau mengesat air mata kau.

"Nae. Mianhae y/n. Ini akan menyakitkan awak." 'Saya akan hisap darah awak dan ambil tenaga awak. I'm sorry.'

"Gwaenchana. Awak dah selamatkan saya." Taehyung cuba bangun dari pembaringannya sambil kau membantunya dan Taehyung memegang leher kau.

"Pegang tangan saya dan genggam kuat2 jika awak sakit." Kata Taehyung memegang tangan kau. Kau menutup mata dan Taehyung membenamkan gigi taringnya ke leher kau. Taehyung tidak membenamkan giginya terlalu dalam sehingga ke dalam leher kau dan dia hanya membenamkan ke permukaan leher kau sahaja. Kau memejam mata kau lebih rapat dan menggenggam tangan Taehyung lebih kuat untuk menahan sakit. Kau dapat rasakan seperti ada bisa memasuki badan kau dan badan kau rasa seperti lemah. Pandangan kau semakin berat dan kepala kau sakit. Darah di leher kau keluar dengan banyak dan perlahan lalu Taehyung menghisap darah kau yang mengalir. Mata Taehyung menjadi merah. Darah yang mengalir keluar dari tangan dan perutnya berhenti dan lukanya semakin lama semakin elok.

"Taehyung, I love you." Ucap kau sambil menahan kesakitan lalu Taehyung mengeluarkan gigi taringnya dari leher kau dan darah kau berhenti mengalir keluar. Taehyung menjilat sisa darah di leher kau kemudian dia mengelap bibirnya yang ada darah itu menggunakan tangannya. Taehyung tidak menyangka kau akan ucap ayat itu kepadanya.

Taehyung memandang mata kau yang berada di dalam kesakitan itu. Dia tak sanggup melihat kau begitu. "Y/n. I love you too." ucap Taehyung lalu kau tersenyum. Kemudian Taehyung memegang dagu kau menggunakan tangan kanannya dan mencium kau untuk mengambil tenaga kau. Kau dapat rasakan tenaga badan kau ditarik keluar dan badan kau menjadi lemah. Taehyung menahan kau daripada terbaring ke tanah dengan menahan belakang kau menggunakan tangannya kirinya dan akhirnya kau tidak dapat menampung badan kau kerana terlalu lemah dan kau pengsan.

Luka akibat tikaman di lengan dan perutnya semakin sembuh dan hilang dan hanya tinggal parut sahaja. Kepala Taehyung juga tidak berasa pening dan badannya kuat seperti sedia kala.

"Y/n? Y/n!" Taehyung memangku kau dan memeriksa nadi kau. Taehyung menghembus nafas lega. Kau selamat.

"Y/n awak tak mati. Betul kata awak." Taehyung memeluk kau yang sudah tidak sedarkan diri itu. Dia tidak menyangka kau terselamat dan mengetahui yang kau mencintainya. "I'll protect you from anything. Awak selamatkan saya." Taehyung bangun dan mengangkat kau cara bridal style.

"I'll bring you home" Taehyung teleport ke dalam biliknya. Dia akan merawat kau dan memberi kau ubat yang berada di dalam bilik Namjoon sementara mereka semua tidak balik lagi.

Taehyung meletakkan kau perlahan ke atas katilnya lalu dia menyelimutkan kau. Wajah kau kelihatan pucat, lagi2 bibir kau kerana darah kau diambil oleh taehyung tadi.

"Y/n saya minta maaf sebab hisap darah awak dan ambil tenaga awak." Taehyung duduk di sebelah kau iaitu di sebelah katil sambil membetulkan rambut kau. Taehyung menghidu kau. Bau wine. 'Dia minum wine? Ni mesti dorang yang bagi dia minum ni.' Taehyung menggeleng kepala.

Badannya rasa begitu kuat sekali setelah menghisap darah manusia. 'Betul kata Namjoon hyung. Darah manusia memang kuat. Tapi aku tak patut hisap darah dia.' Taehyung bangun kemudian dia melihat sekeliling biliknya yang bersepah itu.

"Bersepahnya." Taehyung menggeleng kepala kemudian dia mengemas biliknya yang bersepah itu.

Taehyung mengutip satu persatu baju dan seluar jimin yang bersepah itu termasuk juga boxer jimin kemudian dia meletakkannya di dalam bakul.

"Nanti dorang semua balik. Apa yang patut aku buat. Lagi2 Jimin kembar aku tu. Balik nanti mesti dia tidur atas katil." Taehyung jalan ulang-alik di dalam biliknya.

"Aku akan buat Jimin tak masuk dalam bilik ni." Taehyung menyelimutkan kau sehingga paras leher kemudian menutup lampu bilik dan pintu lalu keluar bilik untuk berjumpa dengan Jungkook. Taehyung menyuruh jungkook supaya Jimin tidur di dalam biliknya dan Jungkook tiada masalah lalu bersetuju. Dia masih bermain game di phonenya.

'Okay tugas uruskan Jimin sudah selesai. Sekarang aku kena cari emergency kit.' Taehyung keluar bilik Jungkook kemudian mencari emergency kit di kabinet yang terletaknya benda tersebut.

"Mana emergency kit ni. Ahh jumpa pun." Taehyung membuka kotak tersebut dan kecewa. Ubat di dalamnya sudah tiada dan kebanyakan barang kecemasan di dalam kotak itu audah habis.

"Ni mesti Yoongi hyung guna untuk luka dia haritu." Taehyung menggeleng kepala. Yoongi tidak memberitahu apa yang berlaku kepadanya dan yang lain. Dia balik2 je, badan dia dah berbalut dengan bahan di klinik manusia. Yoongi juga sudah berubah sedikit dan tidak bersumpah atau berkata buruk tentang manusia banyak sangat.

"What should I do. Y/n manusia. Jadi aku kena rawat dia cara manusia." Taehyung terpaksa keluar dan mencari ubat untuk kau.

'Jungkook! Ingat tau apa yang aku suruh tadi. Jangan bagi Jimin masuk bilik aku. Balik nanti suruh Jimin tidur bilik kau.' Taehyung menghantar pesanan melalui fikirannya kepada Jungkook.

'Nae hyung.' Jawab Jungkook.

.

.

.

"Ahh penatnya." Jimin masuk ke dalam rumah bersama Jhope lalu menuju ke bilik masing2. Jimin dan J-hope pergi ke kelab malam tadi dan mereka berdua menari dan enjoy di kelab malam tersebut. Mereka kadang2 pergi ke sana untuk menari dan enjoy sahaja bukan lebih dari tu. Jimin dan jhope pergi ke sana juga kerana ada perempuan cantik dan seksi.

"Huaaa." Jimin menguap sambil masuk ke dalam biliknya dalam keadaan mengantuk. Jimin seperti biasa, dia akan tidur memakai boxer sahaja. Jadi dia membuka baju dan seluarnya lalu mencampakkannya ke atas lantai lalu naik ke atas katil dalam keadaan yang teramat mengantuk.

"Mmmm." Jimin baring ke atas katil lalu menyelimutkan dirinya dan memeluk bantal peluknya dengan erat.

"Selesanya bantal peluk ni." Jimin tertidur sambil memeluk bantal peluknya.
________________

Saya tukar tajuk cerita ni daripada 'You are Mine' ke 'The Choosen One'

@Taehyung_mole





THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!