Part 35

3.4K 381 22

Pada zaman dahulu sewaktu manusia dan puntianak hidup bersama dalam keadaan aman dan damai, mereka saling bantu membantu antara satu sama lain.

Pada waktu itu, keluarga nenek moyang Taehyung merupakan keluarga yang amat dihormati kerana mereka merupakan keluarga yang berasal dari puntianak dan digeruni ramai. Ramai juga puntianak yang hidup bersama manusia.

Nenek moyang Taehyung yang berasal daripada keturunan puntianak telah berkahwin dengan manusia dan akhirnya lahirlah eomma Taehyung. Eomma Taehyung merupakan campuran puntianak dan manusia. Selepas eomma Taehyung menjejak usia remaja, eomma Taehyung telah tertarik dengan Demon dan akhirnya mereka berkahwin. Hasil daripada perkahwinan mereka, mereka telah mendapat 7 orang anak lelaki dan seorang daripadanya masih bayi iaitu Jungkook.

Terjadi satu kisah pada suatu malam, beberapa puntianak telah membunuh beberapa orang manusia dan menghisap darah mereka. Disebabkan kejadian itulah penduduk manusia di situ merancang untuk membunuh semua puntianak tetapi ketua puntianak telah mendapat tahu tentang rancangan manusia itu terlebih dahulu dan akhirnya ketua puntianak di situ telah membuat garisan sempadan antara dunia puntianak dan manusia di situ. Semua puntianak lari ke kawasan sempadan garisan yang dibuat oleh ketua puntianak tersebut tetapi malangnya appa Taehyung telah terbunuh. Eomma Taehyung sempat membawa ketujuh2 anak lelakinya ke garisan sempadan tersebut dan pada waktu itu Jungkook berumur 10 tahun. Eomma Taehyung yang membawa 7 anaknya dan beberapa orang puntianak lagi dikejar oleh sekumpulan manusia dan akhirnya mereka selamat merentasi sempadan tersebut tetapi eomma Taehyung telah terkena panahan pisau perak yang dilontarkan manusia. Sewaktu eomma Taehyung berjaya melintasi garisan tersebut yang dimana manusia tidak boleh masuk ke dalam dunia puntianak melainkan puntianak yang membenarkan mereka masuk, eomma Taehyung ada meninggalkan pesanan kepada mereka.

Eomma Taehyung rebah ke atas tanah.

"Eomma!!!" Jerit mereka lalu Jin memangku kepala ibunya sambil menangis melihat ibunya yang sedang berada dalam kesakitan.

Suga yang berumur 14 tahun pada waktu itu sedang memegang Jungkook yang 10 tahun itu lalu pergi ke arah ibunya manakala Namjoon dan J-hope menjaga Taehyung dan Jimin yang berusia 12 tahun.

"Anak-anak eomma, Yoongi, Jin, Namjoon, Hoseok, Jimin, Taehyung dan Jungkook. Eomma sayang kamu semua. Eomma minta maaf sebab tak dapat menjaga dan melindungi kamu semua." Eomma Taehyung memuntahkan darah.

"Eommma!! Jangan tinggalkan kamii!!" Jungkook, jimin dan Taehyung yang paling kuat menangis pada waktu itu.

"Jin, namjoon, Yoongi, hoseok.." eomma Taehyung memandang mereka semua dengan kesakitan.

"Nae eomma.." Suga menangis sembil memegang tangan eommanya dan berharap ibunya tidak akan pergi meninggalkannya.

"Janji dengan eomma supaya jaga adik-adik kamu ni dengan baik, jangan bergaduh,jaga sesama sendiri dan kamu kena melindungi adik kamu semua." Pesan eomma Taehyung kepada hyung2 taehyung.

"Janji eomma." kata mereka samnip menangis.

"Eomma jangan tinggalkan Yoongi!!" Suga menangis.

"Mianhae Yoongi.." Eomma Taehyung memberi senyuman terakhir kepada mereka dan akhirnya eomma Taehyung menghembuskan nafas yang terakhir.

"Eomma!!" Mereka menjerit dan menangis dalam satu masa.

Namjoon dan Jin tolong menenangkan adik beradik mereka semua daripada menangis. Mereka semua mencium dahi eomma mereka dan akhirnya eomma mereka menjadi debu dan debu ibunya berterbangan ditiup angin.

"Tak guna kau manusia!!!!!" Jerit Suga dengan marah.

"Kau akan kena akibatnya manusia!! You get mess with the wrong person. Kau takkan hidup tenang manusia! Aku akan bunuh kau semua!!" Mata Suga menjadi merah dan dia mahu keluar dari garisan tersebut untuk membunuh manusia.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!