Part 28

3K 396 50

"Tak. Melainkan... " J-hope memandang Taehyung dengan serius.

"Melainkan apa?" Taehyung berdebar2.

"Aku tak ingat."

Taehyung menepuk kepalanya. "Apa hyung ni."

"Takpa. Nanti aku ingat balik. Ada tertulis dalam buku nota aku." Kata J-hope.

"Okay sekarang ni kita kena bawa dia masuk dulu. Nanti vampire yang lain nampak susahlah kita nanti." Kata Jimin yang cuba mengangkat kau.

"Eh kau nak buat apa ni?" Taehyung melihat Jimin mendukung kau.

"Aku nak bawa dia masuklah." Taehyung mengangguk lalu Jimin menuju ke pintu masuk rumah dan membawa kau masuk diikuti dengan Jhope dan Jimin.

"Siapa yang hyung dukung tu?" Jungkook pergi ke sebelah Jimin dan mengikut Jimin naik ke atas menuju ke bilik sambil memandang kau.

"Nanti aku bagitahu. Kau jangan bagitahu hyung yang lain." Kata Jimin.

"Okay hyung." Jungkook tersenyum gembira kerana menerima tetamu di dalam rumahnya.

"Tapi kenapa dia pengsan?" Tanya Jungkook.

"Nanti aku ceritakan." Kata Taehyung dengan serius.

"Kenapa semua orang serius ni? Kenapa dia pengsan? Hyung semua nak buat apa dengan dia? Kenapa bau dia lain?" Jungkook mengikuti ketiga2 hyungnya masuk ke dalam bilik dan J-hope menutup pintu.

Jimin meletakkan kau ke atas katil Taehyung dan taehyung tolong menyelimutkan kau.

"Dia kawan aku. Dia pengsan masa aku bawa dia keluar dari dunia kita."

"Dia manusia?" Jungkook terkejut.

"Nae." Jawab J-hope.

"Patutlah bau dia lain." Jungkook pergi ke arah kau dengan teruja. Dia tidak pernah melihat manusia dan akhirnya dia dapat melihat manusia dengan lebih dekat.

"Jangan." Jimin menghalang Jungkook mendekati kau.

"Wae?"

"Kau puntianak. Ingat tu." J-hope beri amaran. Bau manusia dan puntianak amat lain dan puntianak amat tertarik dengan bau manusia.

"Oh okay aku ingat." Jungkook mengangguk.

"Tapi dia cantik." Jawab Jungkook dengan selamba sambil tersenyum lebar memandang kau. Taehyung memandang Jungkook.

"Jungkook. Jangan bagitahu hyung yang lain. Kau kenal kan hyung2 kita macamana." Kata Taehyung.

"Nae aku takkan bagitahu." Jungkook mengangguk.

"Okay sekarang macamana kita nak buat dengan dia?" Kata Jimin.

"Kau letak dia dalam bilik aku dululah. Lagipun bilik aku kat hujung and jauh. Yoongi hyung tak selalu masuk bilik aku." Kata Jungkook sambil tersengih.

"Boleh percaya ke kau ni?" Kata Taehyung.

"Boleh. Hyung percayalah aku." kata Jungkook.

"Betul juga kata Jungkook tu. Lagipun Yoongi hyung tak selalu ke bilik Jungkook sebab bilik Jungkook kat tingkat atas dan hujung. Kalau letak dia kat situ takdalah Yoongi perasan dengan dia. Lagipun Jungkook tak selalu duduk dalam bilik dia." Kata Jhope memandang Taehyung.

"Okay. Jungkook aku pinjam bilik kau." Kata Taehyung lalu pergi ke arah kau dan mendukung kau cara bridal style.

"Macamana dia boleh pengsan?" Tanya Jungkook yang banyak tanya itu.

"Dia tak dapat keluar dari dunia kita. Dia tercampak tadi sewaktu dia nak lintas garisan sempadan tu."

"Bukan sakit pun." Jungkook mengerut dahi.

"Dia manusia dan perempuan. Bagi dia mestilah sakit. Manusia lemah. Kita kuat. Jadi aku nak kau jaga dia. Kau jangan buat benda tak elok dekat dia." kata Taehyung.

"Heh takdalah." Jungkook tolong membuka pintu biliknya dan mereka masuk lalu meletakkan kau di atas katil Jungkook.

Taehyung dapat rasakan sesuatu. Tiba2 bayangan Suga berada di dalam fikirannya. 

"Yoongi hyung dah balik!" Kata Taehyung dengan cemas.

________________

Thank you sebab vote. Jangan lupa vote tauu ^^



THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!