Part 33

3.4K 391 42

12:00 a.m.

Kau berada di dalam bilik dan baru sahaja selesai mandi. Taehyung memberitahu kau supaya tidak  keluar dari bilik selepas pukul 12.00 malam tanpa sebab.

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik kau diketuk.

Kau meluru ke pintu lalu membuka pintu untuk melihat siapa di luar.

"Oh hi Taehyung."

"Hi." Balas Taehyung. Kau memberi Taehyung masuk ke dalam bilik kau.

"Ada apa awak datang ke sini?" Tanya kau lalu duduk di kerusi.

"Saya datang ke sini sebab nak minta maaf dekat awak sebab bawa awak ke sini." Kata Taehyung dengan rasa bersalah.

"Gwaenchana. Saya suka tempat ni. Tak sunyi dan saya boleh berkenalan dengan adik-beradik awak." Kau ketawa kecil.

"Awak tak kisah kami ni puntianak? Awak tak takut?" Tanya Taehyung.

"Tak. Waeyo?"

"Takda apa pun. Apa reaksi awak setelah dapat tahu saya ni puntianak? Kenapa awak sanggup berkawan dengan saya lagi walaupun awak sudah tahu saya ni puntianak?" Tanya Taehyung.

"Saya tak kisah semua tu sebab saya cintakan awak." Kata kau dengan sejujurnya. Sebuah senyuman terbit di bibir Taehyung.

"Saya pun cintakan awak." Ungkapan Taehyung itu membuatkan hati kau berdebar2.

"Taehyung. Mana eomma dan appa awak? Saya tak nampak pun." Kata kau dan tiba2 senyuman Taehyung mati.

"Saya salah cakap ke?" Tanya kau.

"Eh taklah. Nanti saya ceritakan dekat awak." Taehyung cuba senyum kembali untuk menutup rasa sedihnya.

"Oh okay." Kata kau.

"Okay saya keluar dulu. Kunci pintu tau." Kata Taehyung.

"Nae. Goodnight Taehyung." Ucap kau.

"Goodnight." Taehyung tersenyum lalu dia keluar dari bilik kau dan kau mengunci pintu. Kau tersenyum dengan ungkapan kata2 Taehyung itu.

Kau melihat sekeliling bilik tersebut. Besar, cantik dan bersih. Macam ada orang gaji tolong kemaskan. 'Eh sejak bila dorang ada orang gaji? Aku tak pernah nampak pun.' Kau menggaru kepala yang tidak gatal.

"Huaaarghh." Kau menguap menandakan kau sudah mengantuk. Kau menuju ke katil lalu kau baring dan melelapkan mata.

Tok! Tok! Tok! Pintu bilik kau diketuk lagi lalu kau membuka mata dan menuju ke pintu dalam keadaan mengantuk.

"Oh Taehyung. Ye awak nak apa?" Taehyung berdiri di hadapan pintu kau sekali lagi lalu dia meluru masuk ke dalam bilik kau. Dia mengunci pintu bilik kau.

"Macam ada benda penting je awak nak bagitahu ni. Wae Taehyung?" Tanya kau.

Taehyung pergi ke arah kau lalu mendekatkan dirinya ke arah kau. Jantung kau berdebar2. Taehyung memegang kedua-dua tangan kau. Kau dapat rasakan yang Taehyung sekarang amat lain dari yang tadi.

"I come here to say goodnight." Mata Taehyung bertukar menjadi merah lalu dia menghisap darah di leher kau. Kau berasa amat terkejut dengan tindakan Taehyung itu tetapi kau tidak boleh berbuat apa2 atau bergerak kerana taringnya sudah terbenam di leher kau. Leher kau terasa sakit seperti sewaktu Taehyung menghisap darah kau haritu.

Taehyung berhenti menghisap darah kau lalu memandang tepat pada mata kau. Kau takut untuk melihat matanya yang merah dan menakutkan itu.

"Look at me." Kata Taehyung lalu kau memandang matanya.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!