Part 41

3.5K 434 79

Sewaktu kematian eomma dan appa mereka, mereka terpaksa tinggal di rumah datuk nenek moyang mereka yang telah diwariskan kepada mereka oleh datuknya. Ibu dan bapa saudara Taehyung menjaga mereka selepas itu kerana ibu dan bapa saudara mereka yang berketurunan vampire itu amat rapat dengan mereka dan mereka sanggup menjaga Taehyung dan adik-beradiknya setelah kematian kakak kepada ibu saudaranya iaitu eomma Taehyung.

Tetapi sekarang aunty dan uncle Taehyung itu sudah tidak menjaga mereka kerana mereka sekarang sibuk menguruskan perniagan mereka di dunia manusia dan mereka merupakan usahawan yang paling berjaya di dunia manusia. Ada cara mereka tersendiri untuk mengelak daripada terkena cahaya matahari.

Pada suatu hari, Jungkook, Jimin dan J-hope mengikuti ibu dan bapa saudaranya ke pekan untuk membeli barang. Hanya tinggal rapmonster, suga, jin dan Taehyung sahaja. Taehyung masih lagi bersedih dengan kematian eomma appanya dan dia tidak keluar dari bilik melainkan jika dia lapar sahaja. Sama juga seperti suga. Suga masih marah dan berdendam dengan manusia dan dia cuba untuk menambah staminanya supaya dia menjadi lebih kuat untuk buat persediaan membunuh manusia.

"Apa patut kita buat dengan Taehyung tu? Puas aku pujuk dia tapi dia taknak juga keluar bilik." Kata Jin sambil turun dari tangga satu persatu menuju ke ruang tamu.

"Aku ada satu idea. Apa kata kita bawa dia keluar? Bawa dia hirup udara segar dan juga buat dia lupakan eomma appa kita buat sementara waktu."cadang rapmonster yang sedang membaca buku itu. Rapmon memang kaki ulat buku dan dia memang suka membaca buku.

"Tapi aunty dengan uncle tak bagi kita keluar merayau kemana2 kan? Bahaya dekat luar tu sebab kita masih tak biasa dekat sini." Kata Jin.

"Don't worry. Aku dah mahir jalan2 dekat sini. Lagipun aku tahu cara nak melindungi diri dan juga korang semua." Kata Rapmon sambil menutup bukunya.

"Yoongi kita nak buat macamana?" Tanya Jin.

"Dia ada dekat mana sekarang?" Tanya rapmon.

"Macam biasalah. Dia ada dekat bilik latihan." Jawab Jin yang sedang naik satu anak tangga.

"Yoongi tu biarkan sahaja. Takkan kau tak kenal perangai dia hyung. Dia tak boleh dikacau." Kata rapmon.

"Alright then. Aku panggil Taehyung jap." Kata Jin lalu dia naik je atas semula.

"Taehyung." Jun masuk ke dalam bilik Taehyung dan Taehyung sedang termenung di tepi tingkap memandang keluar.

"Hmm.." jawab Taehyung tanpa memandang hyungnya.

"Kau nak ikut kitaorang tak?"

"Pergi mana?"

"Tempat yang menarik. Kau mesti sukakannya." Kata Jin sambil memandang Taehyung yang semakin berminat itu.

"Tempat yang menarik? Nak!" Tiba2 sahaja mood Taehyung bertukar setelah mendengar tempat yang menarik. Taehyung memang suka tempat2 yang adventure ni.

"Kaja." Jin berasa lega kerana senang untuk mengajaknya keluar.

"Aku sebenarnya bosan duduk rumah agam yang besar ni. Aku teringin juga ambil udara yang segar." Kata Taehyung.

"Itulah. Kitaorang pun sebenarnya bosan. Sebab tu aku nak ajak kau sekali. Kaja."

.

.

.

Mereka merentasi semak samun yang dilalui oleh mereka. Dunia vampire amat berlainan dengan dunia manusia. Keadaan di dunia vampire agak gelap sedikit dan tiada cahaya matahari yang terik yang boleh membuatkan kulit mereka terbakar. Hutan yang mereka masuki itu memang amat berlainan sekali. Pokok2nya amat menakutkan dan tinggi. Setiap pokok di dalam hutan tersebut seperti mempunyai mata yang sedang memerhatikan mereka bertiga dan juga ranting2nya seperti tangan yang bergerak.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!