Part 19

3.3K 380 24

Di Sekolah...

Taehyung masuk ke dalam kawasan sekolah dan seperti biasa dia akan menjadi perhatian pelajar di dalam sekolahnya. Taehyung pergi ke lokernya untuk mengambil buku.

"Taehyung!" Mark berdiri di sebelah lokernya sambil berpeluk tubuh.

Taehyung menutup lokernya dan memandang Mark.

.

.

.

"Annyeong Taehyung." Kau duduk di tempat kau sambil menegur Taehyung. Taehyung tidak menjawab malahan dia memandang ke luar tingkap.

"Helloo~ Taehyung" kau melambai tangan kau di hadapan wajahnya tetapi Taehyung masih tidak melayan kau.

'Aku ada buat apa2 salah ke? Ke sebab ciuman haritu?' Kau berasa risau kerana khuatir Taehyung memarahinya.

"Taehyung awak marah ke?" Tanya kau tetapi Taehyung tidak memandang kau dan dia seperti kali pertama kau duduk di sebelahnya.

"Taehyung janganlah macam ni. Kalau awak marahkan saya, tell me. I'm sorry."

'Awak tak buat apa² salah pun.' Taehyung mengeluh. Dia rasa bersalah kerana menghiraukan kau. Hatinya sakit tetapi dia melakukan semua itu untuk kebaikan kau.

"Taehyung." Kau memanggil lembut namanya. "Pandang saya. Saya ada buat apa2 salah ke? Kenapa awak macam ni?"

'Mianhae y/n.' Taehyung tidak menjawab dan meletakkan kepalanya di atas meja dan buat2 tidur. Hatinya sangat sakit kerana melakukan sebegitu terhadap kau.

Kau berasa risau dan terguris kerana Taehyung seperti memarahi kau dan tidak menjawab persoalan kau.

"Okay I'll give you time . If you feel okay, you tell me." Taehyung masih meletakkan kepalanya di atas meja. Kau mengeluh lalu kau bangun dan pergi ke meja Eunji dan Yoona.

"Y/n, malam ni nak pergi shopping lagi tak? Unnie aku nak bawa kau ke tempat menarik kat Seoul. Katanya ada sale." Kata Eunji sambil tersenyum.

"Jom lah ikut sekali. Sandara dan Sulli pun ikut sekali macam semalam." Kata Yoona. Sandara dan Sulli merupakan pelajar gred 5 dan mereka ialah senior kau.

"Jinjja? Ada sale? Okay aku ikut. Kau ambil aku macam semalam ke?" Tanya kau kepada Eunji.

"Nae, unnie aku boleh ambil." Eunji ketawa.

"Gomawo. Tak sabarnya." Kau tersengih.

"Mestilah. Ada sale kot." Yoona turut ketawa sekali.

"Aku nak rehat dengan korang boleh harini?" Tanya kau lalu memandang Taehyung. Sepertinya Taehyung tidak mahu bercakap dengan kau buat masa ni.

"Boleh. Kau di alu-alukan." Kata Yoona dengan gembira.

"Betul tu. Kau rehat lah dengan kitaorang. Buat apa nak rehat dengan lelaki pelik sebelah kau tu." Kata Eunji sambil menjeling Taehyung. Kau hanya tersenyum kecil tetapi di dalam hati kau rasa terusik dengan kata² Eunji.

"Gomawo."

"Cheonmaneyo." Jawab mereka lalu kau duduk di tempat kau semula setelah Cikgu masuk. Sepanjang masa pembelajaran Taehyung langsung tidak bercakap dengan kau sehinggalah waktu rehat.

"Jumpa kitaorang dekat kantin tau." Kata eunji pada kau lalu mereka berdua turun dulu. Kau pula mahu bercakap dengan Taehyung.

"Taehyung kenapa dengan awak ni? Awak ada masalah ke? Haritu okay je saya tengok awak."

Kau berdiri di sebelahnya kemudian dia bangun untuk rehat. Dia tidak memandang kau.

"Taehyung." Kau memegang tangan Taehyung lalu Taehyung menepis tangan kau. "Jangan sentuh aku." Taehyung bersifat kasar terhadap kau dan kau rasa terguris dengan perbuatan Taehyung.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!