Part 2

5.1K 493 4

"Murid², harini kelas kita akan ada pelajar baru." Kata seorang guru wanita sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas. Kau berdiri di luar pintu kelas.

"Murid baru? Siapa?" Mereka semua tertanya². Kemudian kau masuk.

"Y/n sini. Perkenalkan diri kamu kepada semua orang di dalam kelas ni."

"N-nae." Kau tunduk hormat kemudian kau memandang mereka semua sambil tersenyum.

"Wahh comelnya dia." Kata seorang pelajar lelaki yang bernama Bambam. Bambam merupakan seorang pelajar yang terkenal di dalam sekolah itu dan dia mempunyai kumpulan nakal yang dikenali ramai di dalam sekolah itu. Antara ahli kumpulannya ialah Jackson, Jr, Yugyeom, Mark, Youngjae dan Jaebum. Tetapi di dalam kumpulan itu bambam seorang yang baik. Walaupun mereka nakal tetapi mereka sangat handsome dan sangat digilai oleh ramai perempuan di sekolah itu.

"Annyeong, y/n imnida.Sila berikan tunjuk ajar."

"Annyeong!!" Kata mereka semua dengan gembira kerana menerima pelajar baru.

"Okay y/n, sekarang kamu boleh duduk di belakang sekali yang ada tempat kosong di sebelah murid lelaki itu." Tunjuk guru kau kemudian kau mengangguk.

"Arasso cikgu."kau memandang tempat yang ditunjukkan oleh cikgu kau.

'Taehyung??' Di dalam hati kau terkejut tetapi kau berlagak seperti biasa seperti kau tidak tahu siapa dia.

"Taehyung??" Mereka semua berbisik dan terkejut kerana kau perlu duduk di sebelah lelaki yang pelik itu.

"Dia tak patut duduk di sebelah lelaki pelik tu." Kata seorang pelajar bernama eunji itu.

"Betul tu. Kesian dia." Yoona berasa kesihan pada kau.

Kau berjalan perlahan ke tempat yang akan kau duduk itu sambil memandang Taehyung yang sedang termenung ke luar tingkap.

'Kenapalah aku duduk dengan lelaki sombong ni.' Kau meletakkan beg kau ke kerusi dan kemudian kau duduk di kerusi yang bersebelahan dengan Taehyung itu. Taehyung seperti tidak kisah dengan kau dan seperti dia tidak perasan yang kau duduk di sebelahnya.

"Hai pelajar baru!" Kata bambam pada kau sambil melambaikan tangan pada kau.

"Oh hai." Kau melambai tangan pada dia semula sambil tersenyum.

"Aish jinjja comelnya dia."Kata bambam sambil tersenyum sendirian.

"Oi kenapa dengan kau ni?" Jackson menolak bahu bambam.

"Aku rasa dia comellah." Bambam bisik di telinga Jackson.

"Haha aku pun rasa begitu." Jackson tersenyum nakal.

"Hey kau jangan buat apa2 dengan dia eh."

"Ye ye." Jackson ketawa.

Semasa cikgu sedang mengajar, kau berasa sangat janggal sekali apabila duduk di sebelah Taehyung kerana dia sangat senyap dan tidak mengeluarkan apa2 suara pun. Dia hanya fokus cikgu mengajar dan ini membuatkan kau lebih tidak fokus untuk belajar. Kata² Yuri bermain di dalam fikiran kau.

'Y/n, jangan tegur dia. Jangan pandang mata dia. Jangan tegur dia. Jangan pandang mata dia.'kau ulang perkataan itu dan akhirnya kau mengalah. 'Ahhhhh' jerit kau dalam hati. Kau tidak dapat mengawal sikap degil kau itu. Kau rasa seperti mahu menegur lelaki yang digelar pelik oleh orang ramai di sekolah itu.

"Emm hai.. Nama awak siapa?" Kau cuba untuk memandang dia tetapi bukan pada mata dia. Taehyung tidak membalas dan memandang ke depan.

"Hellooo" kau melambai tangan pada taehyung tetapi masih tiada sebarang reaksi. "Awak ni memang pekak eh?" Taehyung masih tidak melayan kau.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!