Part 55

4.2K 371 64

Seminggu kemudian...

Kringgg!! Bunyi jam loceng yang membingitkan telinga terus dimatikan oleh kau.

"Mengantuknya berapa lama aku tidur?" Kau menggosok mata lalu melihat jam telah tunjuk pada pukul 10 pagi.

"Eh aku dah terlambat pergi ke sekolah!" Kau bangun dengan cepat tetapi badan kau tiba2 berasa sakit.

"Kenapa aku rasa macam baru lepas mendaki gunung ni? Sakit pulak badan." Kau memegang belakang kau lalu kau melakukan regangan. Lalu kau cepat2 berlari ke dalam bilik air dan mandi dengan cepat lalu kau memakai baju.

"Macamana aku tak boleh sedar ni. Harini hari apa eh? Macamana aku boleh terlupa?" Kau mengambil phone kau lalu kau melihat skrin phone.

"Pfftt harini hari ahad?" Kau mencampak phone kau di atas katil lau kau tersengih.

"Macamana aku boleh tak ingat ni? Apa aku buat semalam sampai lupa?" Kau mengurut dahi kau untuk mengingat kembali tetapi kau tidak dapat ingat apa2. Kau berjalan di sekeliling bilik kau dan berfikir. Kau baring semula di atas katil kau dan memandang siling bilik sambil termenung.

"Teruk betul mimpi aku tadi. Ada ke patut aku mimpi aku sukakan mamat puntianak? Menyeramkan betul." Kau ingat samar2 wajah lelaki di dalam mimpi kau tetapi kau sudah tidak ingat keseluruhan bayangan yang kau anggap mimpi itu.

"Dah lah dalam mimpi tu aku kena tikam." Kau teringat semula apa yang kau mimpi tu. Tapi kau rasa seperti betul. Kau cepat2 bangun lalu memeriksa leher kau di hadapan cermin termasuk juga perut kau yang kau mimpi ditikam oleh puntianak jahat.

Kau menghembus nafas lega kerana kesan tersebut tidak ada.

Selepas itu kau termenung di luar jendela. Kau tidak tahu kenapa perasaan kau pada waktu itu berasa keliru. Kau tidak tahu apa yang berlaku semalam dan juga hari2 yang seterusnya. Yang kau ingat hanyalah kau berpindah ke sekolah baru dan mempunyai beberapa kawan di sana dan salah satu kawan yang kau baru berkenalan telah berpindah.

"Apa dah jadi dengan aku ni." Kau mengetuk kepala kau lalu kau masuk dan duduk di atas katil semula dan berfikir tentang mimpi yang kau alami.

"Mimpi tu nampak macam betul dan vampire tu. Tapi macamana eh muka dia?" Kau cuba untuk ingat kembali tetapi kau tidak ingat wajah vampire yang berada di dalam mimpi kau itu.

Sewaktu kau sedang leka berfikir, tiba2 ada seseorang mengetuk pintu lalu membukanya.

"Eh dah sedar?" Ayah kau masuk ke dalam dan pergi ke arah kau lalu meletakkan belakang tangannya ke dahi kau untuk merasa suhu badan kau.

"Sedar? Saya pengsan ke appa?" Tanya kau.

"Er.. eh taklah. Kamu tidur lama sangat. Ingatkan pengsan." Ayah kau bercakap memandang tempat lain.

'Serious aku rasa tak ingat apa yang berlaku semalam.'bisik di dalam hati kau.

"Appa bila balik?? Huhu rindu appa!" Kau memeluk appa kau dengan erat.

"Semalam appa balik. Tak sangka pula appa akan balik seawal ni." Kata Appa kau.

"Baguslah. Takdalah appa tinggalkan saya sorang2 lagi."

"Alaa merajuk ke anak appa ni? Jangan risau sayang. Appa dah takkan pergi bekerja outstation lagi. Appa akan bekerja di sini je. So kamu jangan risau sebab appa takkan berpindah lagi." Ayah kau mengusap kepala kau.

"Jinjja appa?" Kau memandang appa kau dengan teruja.

"Nae sayang." Appa kau tersenyum.

"Yayy!! Sayang appa!" Kau memeluk appa kau.

"Dah. Pergi bersiap. Appa tunggu kat dalam kereta. Kita pergi sarapan kat luar."

"Arasso appa." Kau mengangguk lalu appa kau keluar.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!