Part 51

3.1K 374 70

"Y/n!!" Jerit Jimin dan sedaya upaya untuk bangun menyelamatkan kau yang telah pengsan akibat belakang leher kau yang terletaknya spinal cord atau nadi saraf diketuk oleh Mark terkena tepat pada nadi saraf kau. Kau pengsan lalu jatuh terjelepuk di atas lantai.

"Tak guna!" Kata Jimin dengan marah.

Jin yang tidak sanggup melihat kau diperlakukan begitu terus pergi ke arah Mark dan menyerangnya.

"Kau jangan sesekali datang dekat." Mark memberi kepada Jin dan juga Jungkook sambil menghalakan kukunya yang tajam ke arah leher kau.

Jin dan Jungkook tak boleh buat apa2 kerana khuatir kau akan dibunuh oleh Mark.

"Mana adik kau yang tak guna tu?" Tanya Mark tersenyum puas setelah kau berada di tangannya. Mark merasakan bahawa dia lebih kuat dan akan menang.

Jimin, rapmon, Jin dan jungkook pandang sesama sendiri.

"Mana!!" Jerit mark.

"Aku tak tahu. Dia keluar." Jawab Jimin.

"Aku tak suka tunggu lama2. Kalau kau nak Y/n balik. Kau suruh Taehyung jumpa aku kat rumah lama aku." Kata Mark.

Jin yang mahu mengambil kau dari Mark tiba2 sahaja Mark hilang begitu sahaja bersama kau.

"Tak guna." Kata Jin dengan bengang lalu dia menyepak kaki kerusi berdekatan.

"Apa patut kita buat ni?" Kata Jungkook dengan risau.

"Y/n mana?" J-hope berlari ke arah Jin bersama Suga. Luka mereka sudah sembuh dengan cepat sekali kerana mereka merupakan puntianak dan telah minum sedikit potion.

"Dia dah bawa y/n lari." Jawab Jimin dengan risau.

"Okay semua bawa bertenang. Benda pertama kita kena buat ialah angkat Namjoon dan beri dia potion untuk sembuh." Kata Jin.

____________________

Y/n p.o.v

Kau membuka mata dengan perlahan dan melihat sekeliling. Penglihatan kau sedikit kabur dan kau berasa kepala kau begitu berat sekali dan sakit. Kau memegang kepala kau dan mengingat kembali apa yang telah berlaku.

Setelah kau mengingat kembali apa yang telah berlaki kau cepat2 bangun dari pembaringan kau. Kau berada di atas katil yang besar dan kau berada di dalam bilik yang besar tetapi gelap dan muram.

Kau berasa takut kerana bilik tersebut kelihatan amat menakutkan dan sejuk.

Keadaan di luar amat gelap dan jam sudah menunjukkan pada pukul 10 malam.

'Lamanya aku pengsan.' Kau memegang kepala kau.

"Aku kat mana ni?" Kau memeluk diri kau kerana berasa seram sejuk.

'Taehyung oppa. Tolong saya.' Kau memandang sekeliling lalu memeluk lutut kau.

"Jangan risau, dia akan datang sini dan bantu kau." Kau berasa terkejut dengan suara tersebut. Kau kenal suara itu.

Mark.

Dia berdiri di sebelah katil kau dan kau terkejut dengan fizikal Mark sekarang. Dia kelihatan seakan bukan manusia lagi.

"Macamana kau tahu dia akan datang?" Kau berasa amat marah bercampur terkejut terhadap perubahan Mark.

"Aku yang suruh dia datang. Dan lepas dia datang, kau takkan dapat tengok dia hidup lagi." Mark gelak dengan jahatnya.

"Mark! Kenapa kau macam ni? Kau kata kau nak jadi baik dan berubah?"

"Kenapa? Kau terkejut dengan perubahan aku sekarang?" Mark tersenyum jahat.

"Sejak bila kau ni seekor raksasa? Puntianak?" Kau memandang Mark dengan jijik dan marah.

"Sejak aku lahir lagi aku ialah puntianak. Kenapa? Kau tak puas hati ke?" Tiba Mark berada di sebelah kau lalu kau cepat2 menjauhkan diri kau dari Mark.

"Kenapa kau takut? Taehyung pun puntianak juga." Mark tersenyum jahat.

"Tapi dia tak sejahat kau!" Jerit kau cuba menjauhkan diri kau dari Mark dan cuba membuka pintu bilik tersebut tapi terkunci.

"Kau takkan dapat keluar dari sini." Mark yang seakan2 mempunyai daya kuasa terus menghalakan jarinya pada kau lalu kau tiba2 terasa diri kau ditarik dengan satu daya yang tidak dapat dilihat.

"Lepaskan!!" Jerit kau sambil meronta2 dilepaskan.

Kau ditarik terus ke katil dimana Mark baring tadi dan akhirnya kau berada di sebelah Mark semula. Mark memusingkan badannya menghadap kau dan tersenyum jahat. Senyumannya seakan mengejek kau yang kau adalah seorang yang lemah.

"Kau nak apa dengan aku hah?"

"Aku taknak apa2 dari kau. Aku cuma nak bunuh Taehyung." Mark ketawa dengan jahatnya.

"Mark, jebal. Jangan apa2kan Taehyung. Kenapa kau nak bunuh dia? Apa salah dia?" Kau merayu pada Mark lalu menangis kerana risau Taehyung akan dibunuh oleh Mark.

"Jangan nangis sayang. Aku nak bunuh dia sebab aku benci dia. Aku tahu kau sayangkan dia. Sebab tu aku guna kau untuk umpan dia." Mark cuba mengelap air mata kau tetapi kau mengelak.

"Kenapa kau benci dia?"

Tiba2 wajah mark bertukar. Wajahnya seperti marah. "Kau tak perlu tahulah." Jawab Mark.

"Mark tolong jangan bunuh Taehyung. Aku akan buat apa saja." Kata kau.

Mark memandang kau. "Apa-apa saja?"

"Nae apa-apa saja." Kau tidak dapat bergerak kerana daya kuasa Mark masih mengikat erat kau lagi.

"Apa-apa sahaja?" Mark menggerakkam badannya lalu naik ke atas kau. Tiba2 badan kau boleh bergerak semula.

"Apa kau nak buat ni?" Kau cuba menolak badan Mark jauh dari kau.

"Kau tahu tak yang aku ni takkan berubah. Aku takkan berubah jadi baik. Kalau kau nak nasihatkan aku pun kau nasihat orang yang salah." Mark memandang kau dengan wajah marah.

"Dulu aku tak sempat nak merasa badan kau sebab Taehyung tak guna tu kacau daun. Tapi sekarang aku boleh buat apa saja sebab Taehyung ada." mark smirk lalu memandang mata kau. Setelah kau mendengar apa yang dikata oleh Mark, mata kau membulat kerana terkejut.

"Mark jebal hajima!" Kau meronta2kan badan kau.

"Kau kata kau akan buat apa2 saja. Jadi boleh kau bagi badan kau kat aku?" Perli mark.

"Tak! Bukan tu maksud aku." Kau cuba menolak mark tapi tak berdaya.

Mark mendekati wajahnya ke arah wajah kau beberapa inci.

"Jangan cium aku. Kau jijik!" Kau ludah pada wajah mark.

"Tak guna!" Mark menampar wajah kau.

Wajah kau terasa pedih setelah ditampar oleh Mark.

"Ouh kau cabar aku ya." Mark tiba2 menghisap darah kau lalu kau berasa pening dan lemah.

'Taehyung tolong saya.' Air mata kau mengalir keluar

___________

Maafkan author kerana kelambatan author untuk update T.T author akan cuba sedaya upaya habiskan cerita ni secepat yang mungkin T.T sayang korang sangat2. Rindu author ngan pembaca semua.

@Taehyung_mole


THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!