Part 50

3.7K 391 94

"Kenapa tu?" Suga terbangun dengan wajah yang serius manakala Jungkook pergi ke arah kau dengan terkejut.

"Wae? Kenapa dengan J-hope oppa?" Tanya kau kerisauan lalu Jimin pergi ke arah kau dengan terburu2.

"Hyung, aku akan jaga y/n. Kau pergi tengok siapa tu." Arah jimin lalu Suga mengangguk dan pergi ke arah bunyi jeritan J-hope tadi. Jimin memegang bahu kau lalu kau dan Jungkook tiba2 berada di dalam bilik Jungkook. Jimin menggunakan kuasanya untuk berpindah dengan cepat.

Jimin dapat menghidu sesuatu yang tidak kena.

"Kenapa? Apa yang dah berlaku?" Tanya kau kerisauan.

Jimin menghantar telepati kepada Rapmonster dan Jin yang sedang berada di dalam bilik kajian lalu Raomonster dan Jin sekelip mata muncul di dalam bilik Jungkook.

"Mana Yoongi dan J-hope?" Tanya Rapmon.

"Ada dekat ruang tamu." kata Jimin dengan risau.

"Jin hyung, kau tolong jaga y/n dan Jungkook. Aku dan Jimin akan tengok apa yang berlaku." Arah rapmon.

"Arasso." Jin pergi ke arah kau dan jungkook lalu berkata. "Jangan risau, mereka akan tengok apa yang berlaku." Jin cuba menenangkan kau dan Jungkook yang sedang buntu dan ketakutan itu dengan mendudukkan korang berdua di kerusi sofa yang berada di dalam bilik tersebut.

Jimin dan Rapmon pergi je ruang tamu dan ternampak sebuah bayang hitam terbang di ruang tamu. Jimin dan Rapmon memandang J-hope yang telah pengsan dan Suga yang terduduk di atas lantai sambil menahan kesakitan akibat lengan kirinya luka akibat diserang oleh sesuatu.

Jimin cepat2 pergi ke arah hyungnya dan membantu hyungnya dengan membawa mereka ke tempat yang selamat.

"Kau!" Mata Rapmon berwarna merah sambil tunjuk bayang2 tersebut menggunakan jari telunjuknya.

"Kau buat apa datang sini?" Rapmonster seperti marah bercampur terkejut melihat lembaga itu kerana dia mengenali lembaga itu.

Lembaga yang terbang di ruang tamu sebesar rapmonster itu turun dan pergi ke arah Rapmonster lalu menunjukkan diri sebenarnya iaitu.... Mark.

"Aku ingat kau dah tak kenal aku." Kata Mark dengan berpakaian hitamnya dan wajahnya bertukar menjadi puntianak iaitu berwajah pucat dan gigi taringnya terserlah sewaktu dia tersenyum jahat.

"Bukan kau dah tak boleh masuk ke dunia ni ke?" Rapmonster memandang tajam Mark dan mengambil langkah berjaga2 dan bersedia untuk menerima setiap serangan balas yang akan diterimanya nanti.

"Yeke? Ye ke aku tak boleh masuk ke dunia ni?" Mark memandang ke atas dan buat2 lupa.

"Kau dah bersumpah!"

"Ah!! Peduli apa aku dengan semua tu!"

"Kau dah mengingkari perjanjian tu. Maknanya aku boleh hapuskan kau bila2 masa je di dunia ni atau dunia manusia." Kata Rapmonster lalu bertukar bentuk menjadi demon plus vampire.

Mark kebelakang sambil smirk. "Sebelum kau hapuskan aku, aku akan hapuskan kau dulu."

"Kau nak apa datang ke sini lagi dan kacau tempat aku?" Mata rapmon berwarna merah pekat dan berasa marah terhadap Mark.

"Aku nak y/n. Mana dia?" Tanya Mark.

Tiba2 Jimin datang ke arah Rapmon selepas merawat Suga dan Jhope.

"Mana y/n?" Tanya Mark dengan bengang kerana rapmon tidak menjawab pertanyaannya.

"Y/n? Siapa y/n?" Rapmon buat2 tidak pernah mendengar nama tersebut.

THE CHOSEN ONE [ BTS FANFIC ]Read this story for FREE!