Hubung : 2 + 1 + 1(?)

By yiyiafiqa

10.9K 735 388

Seorang gadis yang kasar dan lasak, juga jaguh sukan paintball. Seorang gadis yang berupaya untuk 'nampak' fi... More

- Nota -
Prolog
1 (1)
1 (2)
2 (1)
2 (2)
3 (1)
3 (2)
3 (3)
3 (4)
4 (1)
4 (2)
4 (3)
5 (1)
5 (2)
5 (3)
6 (1)
6 (2)
6 (3)
7 (1)
7 (2)
8 (1)
8 (2)
8 (3)
8 (4)
9 (1)
9 (2)
9 (3)
9 (4)
10 (1)
10 (2)
10 (3)
10 (4)
11 (1)
11 (2)
11 (3)
11 (4)
12 (1)
12 (2)
12 (3)
12 (4)
13 (1)
13 (2)
13 (3)
14 (1)
14 (2)
14 (3)
15 (1)
15 (2)
16 (1)
16 (2)
16 (3)
17 (1)
17 (2)
18 (2)
18 (3)
- TGIO -
Extra : Tragedi (Tart)
Extra : Raksasa (Poket)
Extra : Riuh (Salin)
Extra : Just (Du-it) - 1
Extra : Just (Du-it) - 2
Extra : Just (Du-it) - 3
Extra : Just (Du-it) - 4

18 (1)

136 8 2
By yiyiafiqa

-9 Bulan Kemudian-

Zel merenung bungkusan yang baru sahaja diterima melalui kurier semasa dia mengemas barang untuk dibawa ke KST. Dibelek-belek kotak itu sepuasnya. Nama penghantar dibaca. Dari luar negara.

"Rasanya tak ada pun order apa-apa. Apa bendanya ni?"

Dia berjalan ke arah tingkap biliknya di tingkat atas. Tingkap daun itu dibuka luas, lalu dia melompat keluar, menjejak bumbung, membawa bungkusan itu bersamanya. Dengan berhati-hati dan pantas, dia berjalan ke arah tingkap bilik Hana - rumah mereka berdua sebelah menyebelah.

"Hana, awak ada tak di dalam?" Daun tingkap diketuk. Tidak lama kemudian, sebelah tingkap dibuka.

"Boleh tak jangan buat stail penjenayah? Boleh je kan datang macam orang biasa?" perli Hana.

"Ala. Nak tanya ni. Awak tahu apa-apa pasal ni?" Bungkusan di tangan ditunjukkan.

Lama Hana merenung nama penghantar. "Ah ya! Saya baru dapat surat tadi. Alamat rumah saya, tapi di belakang sampul tertulis, 'untuk minah brutal'."

Hana masuk ke dalam, diikuti Zel yang melompat dari tingkap. Hana sudah siap mengemas nampaknya, beg dan kotak bersusun kemas di tepi bilik. Surat di atas meja belajar diambil lalu diserahkan kepada Zel. Dengan segera Zel membaca surat itu.

"Oh?"

Bungkusan itu dibuka pula. Satu set lengkap pistol paintball jenama Tippmann TiPX model terbaru terserlah di hadapannya.

Anehnya Zel masih kekal wajah tanpa rasa.

"Eh? Ni kan..." Hana membaca surat itu pula.

"Hana."

"Hm?"

"Saya rasa macam nak smackdown je mambang jamban tu, sambil ucap terima kasih."

"Er... Smackdown? Tapi, dia dah ganti..."

"Ya. Sebab tu nak ucap terima kasih. Tapi... Nak smackdown juga. Manalah tahu dia guna duit sesiapa ke..."

Hana terus garu kepala.

"Er... Nanti saya tanya Bray ya..."

(...)

Laily duduk menghadap Tuan Alex di pejabat itu. Nero tiada bersamanya, dia ada hal penting untuk diuruskan, katanya. Lelaki bersut itu direnung sekilas, lalu dia meneliti dokumen yang diletakkan di hadapannya.

"Saya rasa, saya tak dimaklumkan langsung akan hal ini. Saya ingat dengan tertangkapnya dia, kami berdua dah tak ada kaitan dengan encik."

"Ya. Saya tahu. Tapi, ini bukannya ada kaitan dengan 'Nour Iman'."

Laily menggeleng perlahan.

"Saya minta maaf, tapi saya terpaksa menolak tawaran Encik ni."

Tuan Alex merapatkan kedua telapak tangannya, lalu diletakkan ke bawah dagu.

"Awak pasti?"

Laily angguk.

"Walaupun... Menurut Syeksen 174 Kanun Keseksaan, awak akan dipenjara kerana menolak tawaran ni?"

"Ya. Sebab saya sekarang dah terikat dengan perjanjian lain. Saya rasa Encik Alex pun dah tahu pasal tu."

Tuan Alex terdiam.

"Menurut perjanjian itu, saya tidak boleh berkhidmat dalam mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta sepenuh masa, selama mana saya berada di situ. Jadi, kalau Encik Alex mahu juga penjarakan saya, Encik kena hadap pihak pengurusan tempat itu."

Tuan Alex mengangguk sambil hela nafas. "Kalaulah program ni dilaksanakan lebih awal, rasanya kamu berdua dah sertai pun. Saya masih perlukan bantuan kamu berdua."

"Tak. Anggota Polis yang lain tak nak kami terlibat pun, sebenarnya. Mereka anggap kami ni menyibuk," gumam Laily perlahan.

"Tapi, kalau bukan disebabkan kamu berdua, rancangan di sebalik Institut Tahfiz Nour Mina takkan terbongkar lebih awal dan rancangan 'Nour Iman' akan jadi kenyataan."

"Tapi, kami berdua tetap dianggap menyibuk. Sebab kami 'orang awam'."

"Sebab itulah program ini diwujudkan."

Laily senyum. "Kita tak tahu lagi apa akan jadi pada masa akan datang, Encik. Sekarang ni, saya nak fokus dengan apa yang sepatutnya saya buat. Kalau Encik Alex perlukan apa-apa, boleh saja hubungi saya..."

Laily bangun dari kerusi.

"... Sebagaimana Encik hubungi saya pada malam kami berdua buat laporan pasal 'Nour Iman' tu dahulu. Saya beransur dulu, Encik."

Laily tunduk sedikit tanda hormat lalu berjalan menuju ke arah pintu keluar.

"Laily."

Laily menoleh seketika ke arah Tuan Alex.

"Saya akan perhatikan kamu. Nero juga. Kamu tahu itu, kan?"

Laily hanya senyum sambil angguk sekali, lalu keluar dari bilik itu.

(...)

Suasana tasik itu tenang dan mendamaikan. Angin bertiup lembut membawa aroma rumput dipotong. Laily berdiri di bawah sebatang pokok rambutan yang separuh dahannya sudah berbunga.

Bukan. Bukan sebatang. Dua batang pokok rambutan berlainan jantina, tertanam sangat rapat sampaikan kelihatan seperti sebatang pokok besar dari jauh. Dan, bahagian yang berbunga itu ialah dari pokok jantan.

KRASH!

Laily menoleh ke arah semak tidak jauh dari situ, tersentak apabila mendengar bunyi langgaran itu. Seorang remaja lelaki keluar dari celah semak, cuba menarik basikalnya yang kelihatan tersekat di celahan semak itu.

"Langgar pokok lagi dia ni," gumamnya perlahan lalu mula menapak ke arah remaja lelaki itu. Basikalnya sudah berjaya dikeluarkan apabila Laily berada di sebelahnya.

"Pergi la periksa mata tu, Fizi. Mana tahu power naik ke," kata Laily sambil berpeluk tubuh.

Fizi tersengih sambil membetulkan kedudukan cermin matanya yang sedikit senget, basikalnya ditongkatkan.

"Bukan salah cermin mata la. Salah anjing liar yang duduk di balai cerap sana. Tiba-tiba kejar tak ada sebab," rungutnya tidak puas hati.

Basikal putih milik Fizi direnung.

"Ni bukan basikal Ikea yang kena tarik balik ke?"

"Ya."

"Kenapa simpan?"

"Sayang. Mana ada lagi basikal pattern macam ni? Kalau sebab basikal ni ditarik balik dari pasaran adalah atas alasan 'keselamatan', saya dah check dan tukar apa yang patut pun. Beli pakai gaji kerja part time ya." Fizi kemudian mencebik. "Kalau bukan sebab Tuan Alex tu, rasanya cukup duit untuk bayar yuran asrama untuk semester lepas."

Laily terus sengih.

"Yalah. Kata nak 'tebus dosa'. Tolong Polis tu, kira tebus dosalah tu."

"Ha. Memang. Pasal dia, saya tak dapat tidur malam sepanjang di balai! Dahlah sejuk sangat balai tu! Pakai baju banyak lapis pun masih dapat rasa sejuknya. Letak suhu paras beku ke apa?" Ketara sungguh rasa tidak puas hati terhadap pegawai Polis berbangsa Cina itu.

"Hm... Seperkara lagi. Disebabkan awak sakit tekak sampai hilang suara sepanjang minggu, sampai terpaksa berkomunikasi pakai bahasa isyarat, pihak Polis pula ingat awak tu bisu," kata Laily lagi, masih sengih. "Mesti mereka tak sangka yang awak, 'Nero' si penggodam 'black cap' misterius di alam maya, sambung belajar di sini."

Fizi hanya sengih. "Yalah. Luar jangkaan ya! Kalau bukan sebab saya fail Matematik Tambahan dulu..." Dia tertawa kecil. "... Kita takkan sama course... Oh ya!" Fizi tepuk tangan sekali. Tiba-tiba teringatkan tujuannya di situ.

"Tuan Alex nak jumpa awak pagi tadi, kenapa?"

Laily pandang ke arah tasik. Nafas dihela lemah.

"Dia offer sesuatu yang menyebabkan kita dipenjara kalau menolak."

"Eh? Mana adil?"

"Masalahnya, dah termaktub dalam undang-undang pun. Tapi..."

Laily pandang ke arah Fizi pula.

"... Selagi kita di sini sebagai pelajar, selagi itu kita dapat elak dari perkara yang Encik Alex nak kita sertai tu."

"Dan... Apa bendanya itu?"

"SPN. Skuad Pelindung Negara, di bawah Kementerian Pertahanan. Unit Gerakan Khas PDRM juga joint venture dalam program tu. Rasanya awak dah agak pun siapa ketuanya."

"Kalau ketuanya Tuan Alex, tak nak join."

Laily angkat bahu. "Kalaulah dia ada lagi di situ lepas kita tamat belajar, terima sajalah dia ya."

Fizi terus hela nafas.

Continue Reading

You'll Also Like

412 11 4
Ahmad, seorang graduan Arkitek nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London. Namun, ibubapanya meminta beli...
5.5K 81 7
aku yang telah dibuang keluarga akibat kebodohku yang lalu. Pertemuan yang tak diduga menjadikan kebodohan itu kembali. Banyak permainan dan situasi...
489K 28.4K 57
Sebuah kisah cinta karya Sabrina Marrose. Yara Ameena Syed Attar Mula: 8/9/2023
107K 3.5K 28
Sambungan 'My Feeling With You 2' Ada satu kejadian yang menyebabkan Boboiboy dkk sesat di sebuah bandar dimensi asing. Dia sana Boboiboy dkk mesti m...